Didik Al Quran

Monday, May 16, 2011

Indahnya Couple Setelah Nikah


Bismillah..

Fitrah insani mahukan teman hidup.. 
Demikian juga gadis itu, yang meniti hari-harinya dengan doa pengharapan kepada-Nya agar dipertemukan dengan belahan jiwanya... Namun bukanlah dengan tindakan berCOUPLE seperti pemuda pemudi akhir zaman ini lakukan!.. Cukuplah dengan dialog kepada Tuhan yang Maha Pendengar, agar dikurniakan suami buatnya sebagai pendamping hidupnya.. Seorang suami yang penyayang, mencintai dan menyayanginya kerana Allah..

Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Dia telah mengurniakan belahan jiwa sesuai dengan masa dalam maklum-Nya yang kita hamba-Nya tidak tahu. Sungguh pengetahuan kita sangat-sangat terbatas. Allahu akbar.

Tangan yang sering dijaga daripada 'berpegangan tangan' semasa bujangnya, kini dipegang erat oleh insan bernama suami, HALAL lagi BARAKAH! alhamdulillah.. Terasa nikmatnya.. Masya'Allah.. ^^

Bicara yang sering tegas semasa bujangnya terhadap insan bernama 'LELAKI', kini sering menuturkan bait-bait indah CINTA kepada lelaki yang bernama suami, hanya dia yang HALAL bagi dirinya.. Subhanallah indah dan nikmatnya, alhamdulillah.. Terasa cinta milik diri, syukran ya Allah.. ^^

Bibir dan hidung yang dulunya dijaga hingga sengaja diSUNYIkan dengan cumbu-cumbuan demi hanya untuk yang HALAL baginya. Kini alhamdulillah bibir dan hidung itu tidak lagi sunyi kerana Allah telah anugerahkan tempat untuk ditumpahkan kasih, cumbu-cumbuan sebagai wadah hangat penguat cinta suami isteri, indah! alhamdulillah.. ^^

Fitrah insani yang mahu dibelai dan disantuni dengan lembut, membuak-buak kemahuan itu.  Namun diTAHAN kerana TAAT kpd syariat-Nya. JAGA diri! belum masanya! nah kini sudah masanya, Allah telah kurniakan pasangan setelah NIKAH sebagai DASAR IKATAN.. Maka belaian sering didapatkan sebagai tanda kasih dan cinta suami isteri. HALAL lagi diREDHAi-Nya..

Semua yang dulunya HARAM telah HALAL setelah NIKAH. Malah semuanya ada nilaiannya. Nilaiannya adalah IBADAH. ya IBADAH! Berpahala!

Nah apa tunggu lagi!? meNIKAHlah! Pasti kau merasa NIKMAT setelah JAGA diri sebagai PAGAR diri dimasa BUJANGmu.. ^^

Alhamdulillah.. alhamdulillah ya Allah..

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?!

-HambaNya-
in the observation of Allah

Ulasan Pembaca