Didik Al Quran

Wednesday, April 24, 2013

Bidadari buat Suami




Ya Allah.. 
Dambaku adalah Redha suamiku..
Redha-Mu terletak di atas redha suamiku padaku..
Bantulah aku untuk sentiasa menyenangkan suamiku..
Memandangku membuatkan hatinya tenang dan bahagia..
Mendengarkan kata-kataku hatinya runtun..
Berpisah menggamit rindu segar..
Indah sang bidadari..
Bidadari dunia..

Ya Allah ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati-Mu..
Isteri yang dikasihi suami..
Isteri yang solehah buat suami..
Isteri yang sentiasa di hati suami..  
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..
Tolonglah aku ya Allah..

--

~ Bidadari sang suami matlamat hidup demi mencapai REDHA dan CINTA-Nya ~
Musafir Dunia
17122012 | 1.38am 
     

Bidadari

Artist: Rabbani

Ketika hilang segala yang nyala
Kau hadir dengan pelita hati
Simpuhmu melangkah kesopanan
Tiada bicara dapat dilafazkan

Pulangku kau sambut dengan senyuman
Pemergianku didoakan kemuliaan
Kau sulam kasih sayang ini
Dengan kemesraan

Walau kesederhanaan
Yang mampu kuhulurkan
Kau tadah penuh keredhaan
Limpah syukurmu kususun rapi
Agar dirimu dapat kuhargai
Sebagai bidadari

Kau permaisuri hati
Kau permata suci
Akan tatahkan hatimu
Dengan sinar iman
Akan kuhiasi jiwamu
Dengan kewajipan
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan
Serta anak yang menjadi penawar

Dirimu anugerah Tuhan
Amanah buat insan beriman
Rusuk kiriku
Dicantumkan
Agar dapat kita bergandingan

Wednesday, April 17, 2013

Usah Bersedih Hati



USAH merasa SEDIH andai tersisih, bukankah HIDUPmu untuk raih perhatian ALlah?!

USAH sedih andai diri diCELA, bukankah CELA dr Allah sj yg diTAKUTi?!

USAH merasa SEDIH andai diJAUHi, bukankah ALLAH sj yang mahu diDEKATi dan sentiasa di HATI?!


USAH sedih andai merasa keseorangan, bukankah ALLAH sentiasa ada untuk orang2 berIMAN?!


Sungguh TIADA kesedihan bg ORANG MUKMIN kerana TUJUAN akhirnya adalah REDHA ALLAH bukan redha manusia.


--

~ MD
11.21PM | 27082012

Wednesday, April 10, 2013

An-Nasihah



JANGAN menjauh dari NUR ALLAH wahai insan.. 
Kelak dirimu tidak mendapat JAMINAN keselamatan dan pemeliharaan dari ALLAH, pemilik jiwamu!

HIDAYAH itu perlu dicari BUKAN ditunggu!

USAHAkan keSOLEHan dirimu bukan menunggu detik datangnya satu keAJAIBan! KeAJAIBan TIDAK mungkin terjadi andai dirimu tidak mengusahakannya!

AWASi setiap perilakumu..
Kerana semuanya PASTI dipertanggungjawabkan! 
Pasti diberi PEMBALASan!

--

- Musafir Dunia -
11.27 PM | 27082012

Wednesday, April 3, 2013

Bukan yang Pertama





Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…


Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,

Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…

Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!

Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu…

Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam

Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!

Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…

Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah hakikat…

Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya

Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!

Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,

Kerana suami yang pertama bagi isterimu…

Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.

Jika dirimu tidak sedemikian,

Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!

Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!!!


Ulasan Pembaca