Didik Al Quran

Saturday, April 28, 2012

Zaujah Solehah

Ya Allah, jadikanlah hamba isteri yang SOLEHAH buat suami, amin

Dengan Nama Allah yang Maha Mulia. 


Sungguh tiada daya dan upaya kita dalam berbuat sesuatu hatta menggerakkan jari jemari jika tidak di izinkan Allah. Maha suci Allah yang menciptakan manusia berpasang-pasang yang dengannya kita merasa aman. Tiadalah keamanan dan ketenangan yang sebenar dalam jiwa insan melainkan dengan Tuhan. Allah.. T_T Izinkanlah mata sering basah merindukanMu, hati bening dan nyaman denganMu. Subhanallah dunia dan seisinya tiada makna dalam hati jika hati gersang dari mengingati Tuhan.. T_T Allahu akbar.. Sungguh Engkau Maha tahu bahawa hati-hati ini hanya mahukan diriMu memenuhi relung hati.

Selangkah demi langkah kaki meniti hari. Dari zaman bujang kini menjadi suri suami. Alhamdulillah. Tidak cukup hanya menjadi suri, jadilah suri yang solehah. Namun tidak semudah yang dijangka untuk mendapat title 'solehah'. Mujahadahtun nafs diperkuatkan, selain sabar dalam ujian rumahtangga dan istiqamah dalam menjaga hubungan dengan Allah. Secara ringkasnya SOLEHAH hanya akan dapat dikekalkan sifatnya apabila hubungan dengan Allah dijaga dengan istiqamah. Apabila kata Allah diletakkan pada tempat yang tertinggi, maka kata suami pastinya tidak akan diremehkan, kerana Allah mengkehendaki isteri mentaati suami. Allahu akbar.

Sudah Solehahkah Diri?
Solehahnya sang isteri apabila memenuhi dua syarat iaitu pertama, taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Kedua taat kepada suami.

1. Taat kepada Allah dan Rasul dapat diringkaskan seperti berikut;
  • Menjaga amalan fardhu dan ditambah dengan amalan sunnah
  • Menutup aurat dengan benar
  • Tidak berhias(tabarruj) seperti orang jahiliyah
  • Tidak bermusafir atau bersama lelaki ajnabi melainkan adanya mahram
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
  • Sering membantu lelaki dalam hal kebenaran, kebajikan dan takwa
  • Melazimkan diri bersedekahdalam senang mahupun susah
  • Menjaga hubungan baik dengan jiran

2. Taat kepada suami pula dapat dijelaskan seperti berikut;
  • Sentiasa menyenangkan suami
  • Sentiasa bermanis muka dengan suami
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suami sewaktu ketiadaan suami
  • Sentiasa memenuhi ajakan suami
  • Keluar rumah hanya dengan izin suami
  • Merendahkan suara dihadapan suami
  • Menuruti suami dalam hal kebenaran tanpa membantah
  • Tidak menerima tamu yang tidak disukai suami
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga

Apabila dua hal tersebut dipenuhi maka wanita itu dapat digelar isteri solehah namun jika masih lompang dalam diri, usahakannya dengan sungguh-sungguh. Insya'Allah mudah-mudahan kita digolongkan Allah dalam golongan isteri solehah, amin3 ya robb..

Tidak kurang pentingnya untuk kita mengetahui hal-hal yang merendahkan martabat wanita agar kita dapat mewaspadai diri kita dari melakukannya. Mudah-mudahan Allah pelihara kita, min.

Faktor-faktor yang Merendahkan Martabat Wanita
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. 

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit. 

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

Semoga kita dibantu Allah untuk mengamalkan ilmu yang kita perolehi dan turut sama bermuhasabah diri sendiri. Ingat masih ada esok untuk kita dapatkan sinar mentari yang bakal menghiasi hari baru. Tiada istilah terlambat dalam kamus hidup muslim dan setiap hari yang mendatang adalah hari yang baru yang perlu kita corakkan dengan sebaiknya demi kebahagiaan yang berpanjangan insya'Allah..

wallahu a'lam..

--
Damba REDHA Tuhan dan Suami
~MD

Wednesday, April 4, 2012

Pemuda Agama


Repost: Pemuda Agama


Duhai Rijal Allah
Engkau Rijal Agama
Rijal harapan ummat
jangan kau persia usiamu
gunakan ia sebaiknya 
untuk kau mempertahankan Agama Islam
Agama yang suci Agama yang diredhai

Duhai Rijall Allah
jangan mudah kau tergoda dengan dunia
dunia ini fana tidak kekal lagikan sirna
usah kau terpedaya pesona wanita
rupa paras yang menawan
mencuri hatimu
memohon ampunlah padaNya
agar dirimu terpelihara 
daripada dahsyatnya fitnah wanita

perkasakan dirimu dgn Nur Iman
bersyariat dalam setiap tindakan
sunnah sebagai pegangan
kitabullah sebagai panduan
untuk penerusan generasi Idaman

generasi pewaris nabi
berpegang teguh kepada Agama
Dunia ini terpelihara dgn keimanan penghuninya
perkasakanlah dirimu duhai rijall Allah
perkasakanlah dirimu

--

Musafir Dunia
7.40 a.m, 18 september 2008

Monday, April 2, 2012

Baiti Jannati


Robbi habli minassolihin..
Robbihabli min ladunka zurriatan thoyyibatan innaka sami' uddua'
Amin3 ya Robbal a'lamin.. 

Ulasan Pembaca