Didik Al Quran
Showing posts with label Fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Books Lover

Assalammualaikum semua,

Ana berharap agar antum diberikan kesihatan fizikal dan iman yang terbaik, diberikan keberkatan waktu dan usia insyaaAllah ^_^

Semalam pasti tidak akan kembali, esok belum pasti dan hari ini, sudahkan benar-benar kita maknai? Subhanallah bila dimuhasabah akan waktu ni, sedih. Sedih sekali. Kita telah banyak menzalimi diri sendiri dengan pengabaian waktu yang telah Allah berikan kepada kita. Dunia hari ini terlalu sibuk dan menyibukkan hingga kita hampir terlupa atau memang dah terlupa pun apa yang sebenarnya yang kita cari. Innalillah. Kita sibuk dengan dunia IT- facebooknye, whatapps nye dan macam-macam lagi yang admin sendiri tidak arif tentangnya. Kadangkala kita perlu menyendiri untuk mencari jiwa yang hilang ditelan arus kesibukan dunia. Kita perlu mencari kembali jiwa bersih, fitrah insani yang mendambakan redha Ilahi. Allahu rabbi..

Perkongsian: Minat membawa kepada redha Tuhan.
Ukhti yang dikasihi kerana Allah, tujuan ana menulis pada kali ini sekadar nak berkongsi kesukaan/minat bersama, semoga minat tersebut dapat membawa kita melangkah di atas landasan kebenaran menuju Allah insyaa Allah. Ana sangat minat kepada buku. Pantang nampak buku, nak beli saja. Sehingga rak di rumah sudah tidak mampu menampung banyaknya buku-buku kecintaan ana. Alamatnye kene beli rak baru, tapi sehingga kini masih tertangguh untuk beli rak baru :)

Ukhti, Hidup ini perlu dilalui dengan sesuatu yang hidup juga agar kita tidak mati sebelum mati yang sebenar. Hati kita perlu dihidupkan dengan iman, dibajai agar kekal subur. Admin menggunakan kecintaan kepada buku sebagai satu wasilah untuk menyiram tanaman iman yang hampir kering agar kembali subur. Antara buku yang menjadi kecintaan admin, yang owesome dan ringkas adalah majalah JOM! Antum  sudah mengenali majalah tersebut? Best sangat majalah ni, membacanya membawa kita ke satu daerah tenang yg mendamaikan, wah indah! :) Itulah nur Islam, memang indah.

Majalah Jom

 
Oleh kerana minat dengan buku, ana pun join stormreaders, untuk beli sendiri je. Kalau antum nak beli buku online, bolehlah ke kedai buku online, memang mudah klik-klik je dah siap. esok lusa buku sampai ^_^

Zikir Fikir dah berhabuk, lama tak update. Moga diberi kesempatan waktu oleh Allah untuk menulis, memberi manfaat kepada para pembaca, biiznillah.


wallahu a'lam

Friday, January 31, 2014

Bila Luka Hadir Tanpa Di Duga

 

Bismillah..

Dunia oh dunia.. Akuilah bahawa dunia medan ujian wahai diri bernama insan.
Pernahkah anda dilukai dan terus dilukai tanpa diduga dan anda sedar bahawa diri anda benar dan tidak melakukan kesalahan tetapi anda tetap disakiti dan dilukai waima dengan kata-kata mahupun secara fizikal. Sedih bukan? Tentulah sangat sedih. Bibir mampu berdusta namun hati? Tentulah tidak. 


Bila disakiti dan dilukai, apakah tindakan yang perlu diambil? Sering kita tersalah langkah dalam menyikapinya sehingga mengakibatkan perang besar. Betul tak? Ye kita memang sering khilaf namun jangan biarkan kesilapan lalu terus dilakukan. Sebaliknya jadikan kesilapan lalu sebagai satu peringatan untuk kita muhasabah agar dapat memperbaiki diri saban waktu. Muslim kan sentiasa bertambah baik dan bukannya berada di takuk yang sama saban saat, minit, jam, hari dan tahun. Muslim juga tidak akan melakukan kesilapan yang sama berulang kali! Sejauh mana kita praktikkan! Ayuh sama kita bermuhasabah.

Saat dirimu dilukai..
Istighfarlah sebanyak-banyaknya. Barangkali dirimu juga pernah melakukan hal yang sama kepada orang lain suatu masa dahulu atau satu detik yang tidak kamu disedari. Istighfarlah dengan bersungguh-sungguh moga dengannya Allah berikan kamu rahmat dan menggantikan kedukaan dengan kegembiraan. Lalu berdoalah kepadaNya agar Allah mengampuni dosamu dan dosa orang yang melukai hatimu. Lapangkanlah hatimu mindamu dan maafkanlah orang itu. Mintalah kepada Allah agar hatimu dapat redha dan sabar serta benar-benar memaafkan orang yang membuatmu sedih. Insya'Allah hidupmu pasti ceria dan tidak sedikit pun tergugat dengan ujian banyak yang datangnya dari manusia. Namun hakikatnya dari Allah swt yg senantiasa memerhatikanmu dan menguji keimanan hamba-hambaNya.

Bersabarlah dengan sabar yang terindah, Assobrun Jamil ^_^
ps: Semoga ALlah kurniakan taufikNya kepada kita semua untuk beramal, amin

Friday, January 17, 2014

Ikon Remaja Islam





Bismillah wa alhamdulillah..

Syukur ya Allah masih diberi peluang yang kesekian kalinya untuk menapaki hari. Ya Allah jadikanlah hari-hari yang dilalui dipenuhi Rahmat dan Kasih Sayang-Mu kepada diriku, keluargaku, sanak saudaraku dan kaum muslimin. Kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami untuk menCINTAi keTAATan dan keBAIKan hingga kami dimatikan, Allahumma amin.

Pernah suatu ketika ana melewati dan beriktikaf sebentar di sebuah masjid saat menemani suami mengajar di Kuala Lumpur, sempat ana mendengar sedikit dari intipati program kanak-kanak mengisi masa cuti sekolah di kawasan itu barangkali. Antara pertanyaan ustaz yang mengendalikan program tersebut adalah "Adik dah besar nak jadi apa?". " Saya nak jadi macam Aron Aziz" jawab seorang kanak-kanak. Demikian juga jawab beberapa orang yang lain apabila ditanyakan soalan yang sama. Jawapan mereka menggambarkan bahawa minda kanak-kanak telah dirosakkan dengan dunia hiburan semata hingga matlamat sebenar seorang Islam kabur dan tidak dipupuk apalagi disemai dan disuburkan malah ianya terus terkubur. Innalillah. Inilah yang membimbangkan dan menggusarkan kita semua. 

Namun dibalik cerita tadi ada juga anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan tentang al-Quran, Solat, Cinta Allah dan Rasul juga matlamat Jihad dan Syahid dalam hidupnya. Semuanya bermula di rumah! 2 November 2013 telah mencatit sejarah seorang pemuda yang berusia 20 tahun meninggal dunia dan tersebar keseluruh dunia berita kematiannya dan beliau menjadi terkenal dan dikenali. Ramai juga yang ingin mengetahui siapa sebenarnya Muhammad Ammar bin Ahmad Azam ini. Subhanallah, semasa hidupnya sibuk dengan aktiviti membantu masyarakat dan dakwah. Kerana itu beliau dikenali dan dihormati. Jika dilihat telatah anak muda seusianya, apa yang dilakukan? Ramai juga yang telah hanyut dengan fatamorgana dunia. Cinta monyetnya! gila facebook! Kaki gaduh dan sebagainya. Innalillah. Bukalah minda dan hati wahai anak muda! Dunia ini bukan tempat tinggal tetapi ianya tempat menyemai amal sebagai bekal untuk dituai di negeri abadi, akhirat namanya.
 
Kembali kepada cerita tentang ibu dan bapa kepada seorang anak yang hebat yang juga seorang pelajar Malaysia di Turki. Video dan artikel tentang beliau  (arwah Muhammad Ammar) banyak disebarkan melalui laman sosial youtube sekarang ini. 
Kisah Ammar menjadi sebutan malah video mengenai kisah remaja berusia 20 tahun dari Malaysia yang merantau jauh semata-mata mahu mendalami ilmu Islam itu disaksikan lebih sejuta pelayar YouTube. 
 
Jenazah beliau disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki. Betapa hebatnya penghormatan untuk anak muda yang berumur 20 tahun ini. 
 
Baru-baru ini dalam temubual bersama ibubapa Ammar oleh akhbar tempatan, beberapa tips saya rasa yang telah diketahui oleh kebanyakkan ibubapa tetapi dalam mengimplementasinya... selalulah kebanyakkan kita melakukannya sambil lewa. Semoga ianya boleh menaikkan semangat ibubapa yang suam-suam kuku dalam mendidik anak secara Islami. 
 
“Memberi NAMA YANG BAIK supaya mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, misalnya nama Muhammad, ajari mereka mengenai ketinggian adab kepada ALLAH, RASUL, ULAMA, GURU, ajari mereka ALQURAN.
 
"Wajibkan mereka SOLAT, ajari mereka SEJARAH ISLAM supaya mereka bersemangat untuk memperjuangkan agama ALLAH ini serta yang terakhir ajari mereka supaya mempelajari BAHASA ASING. Sebab itu saya hantar Ammar ke Turki (Negera Konstantinopal yang dibuka oleh Muhammad Al Fateh) supaya dia faham sejarah Islam Uthmaniah dan dapat memberi sumbangan pada Islam satu hari nanti, namun ALLAH lebih menyayangi beliau, saya reda dengan ketentuan-NYA ,” katanya.
 
Maka saksikanlah kebenaran dari kebenaran Allah, kemuliaan dari kemuliaan yang Allah janjikan kepada siapa yang mengejar akhirat. Bagi ana selaku 'ibu' (Alhamdulillah telah di iznkan Allah menjadi seorang ibu) adalah mengambil semangat dan motivasi daripada ibu bapa beliau (arwah Ammar) untuk mendidik zuriat pencinta agama dan syahid. Bersama-sama membanyakkan zuriat yang berkualiti yang membanggakan Rasulullah selaku ummatnya. InsyaAllah.

Saat ana sempat melihat salah satu vidoe di utube, berjujuran air mata ana menatapnya. Begitu tabah ibu dan bapa beliau menghadapi kematian anaknya dan begitu gigih sekali didikan yang diberikan kepada Ammar sehingga beliau menjadi insan yang dimuliakan. Dan ana terharu saat kematiannya yang begitu dihormati penghuni bumi, di langit apatah lagi masyaAllah hanya Allah yang tahu. Beginilah juga impian hati ana, untuk mempunyai zuriat seumpamanya, semoga Allah rezkikan dan memberi kekuatan dan ketabahan kepada kudrat yang kerdil ini dalam berbakti di dunia ini, Allahumma amin..

 Video tersebut adalah video yang ana lihat. Ana kongsikan di sini untuk tatapan semua..

Friday, January 3, 2014

Adakah Dia di hatimu



Bismillah...

"La taghdab!" - Janganlah engkau marah

Adakah kita benar-benar mengamalkan saranan Rasulullah agar tidak marah?! Rasulullah mengucapkan sebanyak tiga kali, membawa erti satu penegasan agar kita tidak marah atau mengikutkan kemarahan. Marah hanya akan membawa padah kepada empunya diri dan juga kepada orang yang menjadi sasaran kemarahan. Apabila seseorang marah maka mudahlah dirinya diperbudakkan oleh iblis. Marah juga adalah berpunca daripada api (iblis).

Wahai diri yang hina dan lemah, tanyakan pada dirimu, adakah aku benar-benar telah beramal dengan al-Quran dan sunnah?! Jika benar cinta-Nya dan rasul-Nya yang kau kejar selama ini, mengapa tegar kau mengalah dengan nafsumu sendiri dan mengikuti kemarahanmu. Mengapa tidak kamu hanya diam saja walaupun kebenaran nyata dipihakmu. Diam bukan beerti kalah dan mengalah. Rasulullah juga menyarankan dalam hadis baginda, kita semua di anjurkan lebih banyak diam daripada berkata-kata. Diam juga menunjukkan seseorang itu bijak di sisi Allah kerana telah berjaya menumpaskan hawa nafsu yang galak menyarankan agar kita saling bersengketa dabn bermusuhan.

Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazholimin..

Sungguh kita sememangnya sering menzalimi diri kita sendiri saban waktu dan detik. Namun sejauh mana kita sedar akannya dan sejauh mana kita mengakuinya dan menginsafinya serta memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun! Kita sering dibuai perasaan yang entah ape-ape, sedih dan terus bersedih, murung dan meratapinya. Bukankah Islam telah ajarkan kepada kita bagaimana cara menyikapi keadaan seumpama itu. Apabila sedar kita bersalah, mohon maaflah lalu mohon ampun kepadaNya dan solatlah dengan sabar. Sungguh dengan sabar dan solat dapat membantu kita dalam kehidupan sehari-harian. Allahu akbar. Tidak sedikit manusia yang apabila ditimpa kesedihan, meratapi kesedihan dan menyalahkan orang lain. Lebih dari itu menulis dan meluahkan di fb. Allahu Allah! Ubahlah! Ikut cara Islam ajarkan. Kita ada Allah tempat mengadu, kita ada Dia teman yg sentiasa setia disamping kita...

Ayuh muhasabah diri, adakah Dia di hati kita?! Tepuk dada tanyalah Iman...

Friday, December 20, 2013

Cara mengelak diri dari hasutan jin, iblis dan syaitan


Bismillah...

Cara mengelak diri dari hasutan jin, iblis dan syaitan:
  • Pastikan Menjaga Solat
  • Hidupkan budaya membaca Al Quran
  • Amalkan zikir jika ada waktu kosong sendirian
  • Pastikan pulang ke rumah sebelum waktu maghrib. Sebab waktu maghriblah waktu jin dan syaitan berkeliaran. Pastikan sebelumnya kita tutup tingkap dengan menyebut nama Allah.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk
  • Sebelum tidur membaca 3 qul dan ayatul kursi
  • Elakkan angan-angan yang dongeng dan panjang

Angan-angan yang panjang boleh menenggalamkan kita ke dasar yang jauh. Tanpa sedar ianya mengheret diri sehingga melupakan Allah s.w.t. Syaitan menggunakan angan-angan sebagai senjata bagi membinasakan manusia. Contoh dalam surah Yusuf, Zulaikha yang disebut sebagai Imraatul Aziz, adalah seorang wanita kaya dengan suami yang berpangkat tinggi. Kerana banyaknya masa dan kurangnya aktiviti kerohanian seperti zikir maka nafsunya bergejolak. Tidak dapat menahan perasaan walaupun sudah berusaha menahan dengan akal. Sedangkan nafsu itu hanya boleh dikawal dengan IMAN.

Friday, November 22, 2013

Usah Pandang Belakang


Bismillah wa alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah hari ini masih dapat dinikmati. Faghfirlana ya Rahman, faghfirlana ya Rahim. Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazholimin.. Allahumma solli ala Muhammad. Alhamdulillah maseh diberi rasa nikmat mempunyai teman yang sering ada di sisi, menerima kekurangan diri dan tidak jemu memberi semangat. Itu semua hanyalah asbab namun hakikatnya semuanya dari Tuhan belaka. Alhamdulillah.. Mari sama berpesan-pesan kepada keSABARan dan keBENARan, mudah-mudahan Allah merahmati kita semua.

Wahai insan, disaat hatimu dirundung kesedihan yang amat lantaran manusia banyak atau keadaan yang membuatmu sedih. Menangislah jika tangisan itu mampu meredakan kesedihanmu. Lalu usaplah pipimu dan bermonologlah kepada Allah yang Maha Kuat. Katakanlah dengan sesungguhnya;


"Ya Allah, aku ini hamba yang lemah penuh kejelekan,
 Aku tidak mampu mengharungi keadaan sukar ini sendirian, 
tolonglah aku ya Allah, sungguh Kau Tuhan yang Maha Kuat. 
Ampunilah silap dan salahku ya Allah. 
Hapuskan dosaku ya Allah. 
Berikanlah kesihatan rohani dan jasmani kepadaku ya Allah,
 agar dengannya aku dapat beribadah kepadaMu dengan sebenar-benar ibadah, 
Allahumma amin"

Lalu bingkaslah dari pembaringan, lalu ambillah wudhuk dan solatlah. Dalam solatmu dan sujudmu, adukanlah perihalmu kepada yang Maha mendengar. Pasti Dia tidak akan mensia-siakan rintihanmu. Demikianlah cara Baginda Rasul menyikapi setiap kesulitan dalam hidupnya iaitu dengan SOLAT dan SABAR. Semoga kita semua dapat mencontohi dan mempraktikkan dalam kehidupan kita, amin. Selesai bermadu kasih dengan-Nya, tambahi lagi kenikmatan dengan membaca ayat-ayat cintaNya yang sering di baca oleh pencinta Tuhan. Jangan lepaskan peluang untuk menatapnya apalagi dalam keadaan hatimu sedih, Allah pasti membelaimu dengan beningnya kata-kataNya. Allah pandanglah kami yang hina ini dengan pandangan kasih dan sayangMu, sungguh Kau Maha santun terhadap hamba-hambaMu. 


Wahai insan, disaat lambakan kerja yang tidak dapat dikau lunasi dan keadaan yang membuat hatimu panas dan matamu berkaca. Ingatlah Allah yang memberikan keadaan demikian kepadaMu. Tiada satu pun yang bakal menimpamu melainkan dengan izinNya belaka. Walaupun pada zahirnya datang dari manusia namun hakikatnya dari Allah. Allah sedang memperhatikan tingkahmu dan sedang mengujimu. Sabarlah dan sabarlah lalu redhalah. Hanya itu saja yang boleh dikau lakukan tiada yang lain. Jika demikian yang dikau lakukan pasti dan pasti Allah mengampuni dosa-dosamu dan mengangkat darjatmu di sisi-Nya dan dirimu menjadi kesayangan Allah. Bukankah kamu menginginkan CINTA Allah maka laluilah ujian cinta darinya. Bermonologlah kepada Allah merungkai segala rasa yang bersarang di lubuk hatimu;

Ya Allah.. Sungguh aku sangat sedih dengan keadaan ini,
Aku tidak mampu dan tidak berupaya mengahadapinya,
Aku sedih menghadapi keadaan ini,
Aku ini manusia yang lemah,
Aku tidak mampu mengubah manusia,
Aku tak berupaya untuk melakukan kerja-kerja ini sendirian,
bantulah aku ya Allah menyikapi keadaan ini dan manusia,
bantulah aku melunasi kerja-kerja ini,
Sungguh Kau saja yang mampu membantu aku

berwudhuklah lalu solatlah. Serahkan semuanya kembali kepada Allah dan redhalah atas segalanya. Bangkitlah dari sifat lemah, lakukanlah kerja sekadar mampu, sedikit demi sedikit, insya'Allah pasti berhasil akhirnya. mohonkan kekuatan dari-Nya, Dia pasti membantu setiap urusanmu dan urusanmu menjadi mudah. Usah ratapi apa yang berlaku menyebabkan dirimu jatuh dalam kemurungan yang tiada kesudahannya. Pandanglah dengan pandangan mata hati, bahawa ini semua dari Allah yang Maha Pengasih. Allah sangat kasih kepada hamba-hambaNya, masakan Allah memberikan sesuatu untuk keburukan? Tentulah tidak. Justeru bersangka baiklah dengan Allah dan sesama manusia insya'Allah husnul khatimah pasti akan dikau dapatkan saat ajal menjemputmu..


Allah segala-galanya, tanpa Dia pasti resah dan kehilangan segalanya.
wallahu taala a'lam.

Friday, November 8, 2013

Pergaulan Ibu Mempengaruhi Bayi dalam Kandungan





Bismillah..


Sebagaimana yang telah ana janjikan sebelum ini dalam entri 'Bercinta nak keluar rumah', ana akan kongsikan kepada anda bagaimana pergaulan wanita yang hamil sangat berpengaruh kepada bayi dalam kandungan. Entri yang ana bawakan kali ini adalah hasil pembacaan yang dilakukan daripada sebuah buku yang bertajuk 'Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman'. Buku ini tidak terdapat di kedai-kedai buku kerana ianya merupakan e-book yang dibeli secara online. Alhamdulillah sangat bermanfaat dalam usaha melahirkan bayi genius yang cinta Al-Quran. Mudah-mudahan Allah mudahkan jalan untuk mencapainya, Allahumma amin..

Menurut seorang penyelidik, Robert Moss, "Kanak-kanak dalam kandungan berkomunikasi bukan sahaja dengan ibu, tetapi juga dengan orang-orang yang diterima oleh ibu mereka sebagai ‘selamat dan boleh didekati’ atau ‘bahaya dan perlu dijauhi’ dalam persekitaran ibu mereka itu sepanjang kehamilan”. Maka ibu hamil sangat perlu berhati-hati dalam memilih orang luar dalam pergaulan kita sehari-hari. Mereka ini memberi peranan sebagai pencetus kepada mesej yang akan disampaikan oleh otak kita kepada bayi dalam memilih orang yang bagaimanakah yang patut dihampiri bila mereka membesar kelak. Jadi perlu ada penapisan yang jelas yang kita katakan kepada diri kita sendiri dan bayi dalam membuat pemilihan. Ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada ibu tetapi juga dalam mendidik bayi membentuk jiwa mereka yang cinta untuk menghampiri orang-orang soleh-solehah dan menjauhi orang yang sebaliknya.

Ikut pepatah bahasa Inggeris. “Birds of the same feather flock together.” Maksudnya jika berkawan dengan orang yang suka ke surau dan masjid, kita akan terikut kerana ajakan dan cerita mereka untuk kesana; tetapi jika berkawan dengan orang yang suka mengumpat dan memfitnah lama kelamaan kita juga akan jadi pakar dalam mengumpat dan memfitnah seperti mereka.

Sufyan Astsaury berkata,
“Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Dengan itu, wanita hamil harus berhati-hati dalam memilih nilai luaran atau orang luar untuk bersama atau untuk dijadikan teman. Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
 
Telah bersabdanya Rasulullah s.a.w. sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, “Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.”

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, "Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya yang tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis lain yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui. Sejujurnya bukan senang untuk mencari kawan yang baik. Memilihlah jika kita mahu bersahabat kerana Allah. Allah s.w.t berfirman dalam az Zukhruf, ayat 67 yang bermaksud;

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan iman dan soleh”.
 
Justeru itu kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan kita dan berharap mereka juga begitu.


Penyakit berkawan jika tidak kerana Allah s.w.t. akan menimbulkan penyakit-penyakit yang akan menular kepada penyakit hati dan menghitamkannya.. Lebih parah iaitu penyakit mengumpat.

Menurut Imam al Ghazali perkara yang menyebabkan manusia suka mengumpat antaranya:
1. Untuk memuaskan hati
2. Pergaulan yang tidak sihat
3. Menunjuk-nunjuk kelebihan, kemegahan dan keistimewaan diri
4. Hasad, dengki dan Iri hati
5. Menghadiri majlis gelak ketawa
6. Sifat takabur dan bongkak

1. Untuk memuaskan hati
Kerana marah, cemburu dan dengki maka disebut-sebut orang yang dimarah itu mengumpat untuk memuaskan hatinya. Jiwanya sudah tidak dikendalikan oleh jiwa agama. Menurut Imam al Ghazali, kedengkian yang menyebabkan dendam kesumat dan kemarahan itulah pendorong perbuatan mengumpat.

 2. Pergaulan yang tidak sihat
Kerana tidak mahu digelar ‘anti sosial’ maka kita terus mendengar sesi mengumpat orang yang dimarah oleh sahabat kita. Tanpa sedar kita pula menunjukkan rasa simpati dan terjebaklah dalam dosa mengumpat tanpa mengetahui apa cerita yang sebenarnya.

3. Menunjuk-nunjuk kelebihan, kemegahan dan keistimewaan diri
Orang yang sombong dan angkuh akan merendahkan orang lain dengan mengadakan satu ‘story board’ (penceritaan) supaya orang lain percaya bahawa merekalah yang baik dan berkelebihan.

4. Hasad dan Iri hati
Apabila perasaan ini bersarang dalam hati , timbul rasa tidak senang bila orang lain pula dipuji, disanjung atau dimuliakan. Hati yang penuh hasad dan dengki akan mendorong seseorang melihat kelebihan dan kelemahan diri tetapi sebaliknya sangat berminat dengan melihat kekurangan dan kesilapan orang lain untuk diwar-warkan kepada orang ramai.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya, hasad dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan kebaikan yang dilakukan seumpama api yang membakar dan menghanguskan kayu” Riwayat Abu Daud)

5. Menghadiri majlis gelak ketawa
Majlis seperti ini akan mendorong seseorang cuba sedaya upaya menimbulkan gelak tawa orang lain hingga tanpa sedar telah menggunakan keaiban orang lain bagi menjadi popular di mata orang ramai.

6. Sifat takabur dan bongkak
Sifat ini dan sifat sifat negativ seumpamanya adalah sifat yang diusahakan oleh syaitan yang sentiasa kreatif menghasut dan menggoda manusia supaya mengingkari Allah s.w.t.
Perkara ini akan menyebabkan hati yang tidak akan pernah puas, sentiasa sakit hati dengan orang lain dan akhirnya akan menyebabkan tekanan dan kemurungan pada diri sendiri. Bila diri berada dalam tekanan dan kemurungan, mustahil seorang wanita itu akan memikirkan kesejahteraan bayi dalam kandungannya.

Sudah tentunya semua ini akan mengganggu janin dalam kandungan dengan memberi kesan yang negatif. Ubah dengan melakukan perkara dibawah :
1. Dekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2. Carilah kawan yang solehah. Kawan mempunyai sifat yang mudah “menular”. Jika kita dikelilingi orang yang memiliki cara pandangan yang positif, bersemangat dan optimis, maka kita juga akan memiliki kecenderungan untuk meniru sifat tersebut. Selalulah berada dalam lingkungan mereka yang memberi manfaat dunia akhirat.
3. Berhenti menumpukan perhatian hidup anda pada sesuatu yang bukan milik anda. Pandang dengan penuh kesyukuran apa yang anda miliki. Contoh: kesihatan yang baik, suami yang bertanggung jawab dan keluarga tersayang.
4. Visualisasikan apa yang anda impikan.. hidup yang tenang, rumah tangga yang sakinah dan mawaddah, bahagia dengan anak yang didik dengan usaha sendiri yang bijak dan terkehadapan.

Menurut
Robert T. Kiyosaki dalam memilih kawan, pemilihan kawan adalah penting jika seseorang ingin kaya dan berjaya. Bila kita fokus ke satu usaha, secara automatik kita mempunyai aura untuk menarik kawan-kawan yang sama fokus dengan kita.
"If you want to be rich, choose your friends carefully. It's important to be friends with the right people. Many people will find that, as they get richer, the friendships that they had before also change. If you're rich, it's harder to be friends with people who are adverse to money, business and investing. It's simply a matter of different focuses in life.” (Robert T. Kiyosaki)
Walau bagaimanapun, untuk mencari kawan yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. tidak semudah mencari kawan ketawa.. Syaitan akan cuba untuk memesongkan kita dengan mendatangkan kawan-kawan yang akan melarikan fokus itu. 

Ya Allah lindungilah diriku, zuriat keturunanku daripada kawan-kawan yang menjauhkan kami dari Mu, dan hampirkanlah orang-orang soleh kepada kami agar Cinta-Mu tetap subur dalam sanubari kami, Allahumma amin..

Friday, October 11, 2013

Mencari TV Kosong Untuk Tujuan Mendidik Al-Hafiz Hafizullah


Bismillah..

Alhamdulillah saat ini Allah mengizinkan tangan menaip kate di layar skrin yang sering kita tatap saban hari, tidak pernah tinggal. Betul x? ke ana sorang je macam tu.. Jika masa kita dengan laptop/komputer lebih banyak dari kita bersama Allah dan Al-Quran kita patut muhasabah dan ubah gaya tersebut, moga kita dapat kejar apa yang yang kita cita-citakan, Cinta Tuhan Amin3 ya Robb.. Saat menulis ni jam menunjukkan 5.59pm baru usai mendengar segmen 'Ibrah' di corong radio ikim.fm, Alhamdulillah. Dan sekarang sedang menikmati lagu Mahir Zain, 'Open your eyes'.. Allah beningnya saat bait-baitnya dihayati. Siaran radio ikim.fm telah lama sunyi, tidak dibuka kerana yang menggantikannya adalah jauh lebih baik iaitu alunan ayat-ayat sucinya. Dan itulah yang menemani pendengaran ini saban detik 24 jam sehari. Namun apabila mendapat makluman d twitter ikim.fm segmen2 yang sangat ana minat, ana akan beralih mendengarkannya untuk tujuan saqafah ilmu biiznillah.

"Ada tak jual TV kosong, yang tiada siaran?" soal ana kepada adik ana

Pertanyaan ana mengundang lucu di hatinya lantas ana ditertawakan. Ana bingung kenapa ketawa, lucu ke?
"Mana ada jual TV kosong.. Apa la akk ni" jawabnye dengan sedikit baki tawanya


Tidak jemu untuk mencari.. Soalan di ajukan di laman sosial dengan soalan yang hampir serupa. Namun jawabnya..

"Akak bergurau ke?" respon seorang kenalan
"Tidak, akk serius. Akk tidak bergurau.." Balas ana dengan tegas


Sememangnya ana serius dengan pertanyaan ana. Dan ana jarang mengeluarkan kata-kata yang tidak serius. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ana begitu beriya-iya mencari TV yang tiada siaran@TV kosong. Sebelum menyatakan sebabnya ana nak maklumkan respon ana terhadap TV terlebih dahulu. Ana adalah salah seorang pemBENCI TV. Sangat benci! Allahu akbar, semoga kebencian itu kerana-Mu. Masakan tidak, ana pernah memotong wayar TV d rumah sendiri kerana terlalu bencikannya! Mujurlah ana tak di boikot dan dimarahi, alhamdulillah. Semua hanya senyap atas tindakan ana, walaupun ana melakukannya saat tiada siapa yang melihatnya kecuali Allah, tapi mereka tahu angkara siapa. Hmm macam mana mereka tahu ana pun tak pasti.
"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan memberinya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad)
Kebencian ana kepada TV kerana bagi ana TV telah merosakkan minda, fokus kita. TV juga menjadikan kita alpa dan leka dan mensia-siakan masa yang Allah berikan kepada kita. Ianya virus yang sangat berpengaruh kepada ummat Islam khususnya kepada kanak-kanak. Sewaktu menikah, ana ada mengutarakan satu permintaan kepada sang suami bahawa ana tidak mahu TV. Suami akur dengan kehendak ana. Dan ana dah lama tidak melihat TV. Sesekali suami belanja makan di luar dan pastinya ada skrin TV, waktu itulah tidak dapat dielakkan mata menatapnya. Dah ada depan mata, taknak macam mana pun pasti akan terlihat juga. Sudah dihidang menanti santap! Saat itu jugalah hati panas membahang dengan hidangan-hidangan yang disajikan di layar TV. Tiada manfaatnya! Walaupun siaran agama, tiba saat iklan menayangkan wanita separuh bogel hanya dengan tuala mandi! Iman boleh terlucut bagi siapa yang melihatnya! Innalillah. Ana benci TV! Bagi ana, setelah menjadi isteri, ana wajar menjaga semuanya untuk suami termasuklah matanya, hidungnya dan telinganya. Justeru dengan adanya TV ana rasa ana akan tewas untuk menjaganya.

Berbalik kepada cerita asal, kenapa pula ana mencari TV? Ye sekarang ana sedang memikirkan cara mendidik zuriat ana. Medium apa yang sesuai dengan mengisi setiap masanya agar ianya bermakna. Pendidikan anak bermula dirumah. Ianya dimulai sejak anak berada dalam kandungan lagi. Dan ana memikirkan ana perlukan skrin TV sebagai medium didikan untuk anak-anak kelak. Namun TV yang tiada siaran saja yang menjadi pilihan supaya ianya berfungsi memasang VCD sahaja. Ana perlukan TV seumpama itu agar apa yang dipaparkan dapat dirancang dan memastikan didikan bagi membentuk jati diri anak-anak Islam tercapai. Soalnya adakah TV seumpama yang diharapkan itu ada! Semoga Allah membantu ana dalam hal ini, Allahumma amin.

Friday, September 27, 2013

'Bercinta' nak keluar rumah


Bismillah..
Biasa tak dengar perkataan tu 'bercinta'. Apa yang anda faham bila membaca tajuk entri ini ye? Jangan salah faham sudah le ye ^_^ Orang Melaka bila sebut 'bercinta' tu maksudnya suatu perkara yang sukar dilakukan atau seakan ada sesuatu yang menghambatnya daripada melakukannya.

Masya'Allah masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Kini usia kandungan ana 7 bulan. Hmm ana pun x pasti dengan jelas usia kandungan ana sebab doktor tak cakap ape-ape pun. Ana yang kira-kira sendiri. Semakin lelah dan terbatas setiap perbuatan, mungkin tidak biasa dengan keadaan yang baru di alami sebagai seorang ibu hamil. Hanya ketabahan dan kesabaran dipohonkan kepada Allah, hanya Dia saja yang ada sentiasa menemani diri. Kepayahan yang dilalui benar-benar menginsafkan diri selaku anak kepada seorang ibu. Huk huk "yah sayang ummi isk, maafkan salah silap anakmu ini..". 

Keadaan fizikal yang semakin lemah dan ketidak upayaan ini menyebabkan diri memilih untuk berada di rumah saja. Kelas-kelas yang dijadualkan seperti kebiasaannya, hampir kesemuanya tidak dapat dihadiri saat ini. Bercinta sungguh nak keluar rumah, Allahu akbar. Selain itu banyak kekhuatiran yang bermain di fikiran. Di jalanan sukar untuk mengelak daripada dosa. Ibaratnya keluar saja rumah, dosa-dosa dah tersedia untuk diterima. Umpamanya memandang yang bukan mahram. Dosa yang sering kita lakukan sedar ataupun tidak. Memilih untuk di rumah saja lebih selamat dirasakan. 


Kelas jahitan hampir dua bulan tidak dapat dihadiri. Banyak faktor yang menyebabkan ana tak pergi ke sana. Antara faktor dosa yang tidak dapat di elakkan, innalillah. Bercerita hal orang lain sudah menjadi satu perkara biasa yang wajib dalam setiap perbualan mereka. Yang tak mahu dengar nak buang ke mana telinga? Apakah yang tidak mahu turut serta dapat mengelak? Corong telinga sentiasa terbuka tersedia menerima apa saja bunyi yang ada di persekitaran, sadisnya! Dosa dapat dengan begitu mudah sekali. Nak salahkan mereka? Bukan bgitu cume menyatakan situasi dunia sekarang yg terhidang untuk dosa. Sukarnya mengelak! Dan paling ditakuti ianya akan memperngaruhi zuriat dalam kandungan. Justeru di rumah saja adalah lebih baik, menurut hati yang sentiasa memohon yang terbaik dari Maha Pencipta.

Oleh kerana pergaulan ibu semasa hamil sangat berpengaruh kepada bayi dalam kandungan, justeru ianya sangat penting di ambil berat dan tidak dipandang remeh. Mengapa ianya kelihatan berat ye, insya'Allah akan ana kongsikan pada entri yang datang yang ana perolehinya daripada hasil pembacaan. Namun ana telah mempraktikkannya sebelum ana tahu mengenainya, Allah terlebih dahulu telah mendidik dan memelihara ana agar tidak bergaul dengan orang yang sebarang. Ianya sangat penting dalam kehidupan menuju akhirat. 

Sudah menjadi rutin, setiap hujung minggu menghadiri kelas Quran. Walaupun tujuannya sangat baik namun ianya tidak menjamin diri terhindar daripada dosa. Hati dihambat dilema entah yang keberapa kali. Akhirnya membuat keputusan untuk pergi di saat-saat akhir. Ini kerana rindu akan majlis ilmu. Kepada Allah dipohonkan bantuan agar diri terselamat daripada dosa-dosa yang tidak diketahui. Hanya kebaikan dan pahala saja yang diharapkan. Alhamdulillah sedikit terubat dahaga ilmu. Tidak seperti sebelum ini, semuanya dapat dilalui dengan mudah dan bersahaja. Kini bukanlah susah namun perlu kepada penelitian baik buruknya khususnya untuk bayi dalam kandungan. Sangat menjaga agar bayi hanya mendapat yang baik-baik saja. Mudah-mudahan Allah redha dan rahmati, amin.

Sungguh ana rasa bahagia berada di rumah daripada berada di jalanan/ luar rumah. Banyak perkara yg dapat dilakukan selain menambah amalan dan bacaan. Ana memang sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian sejak dari masa gadis lagi. Sehinggakan ayah ana menggelarkan ana sebagai 'gadis gua' yang memerap dirumah. Ana tak marah dengan gurauan itu malah merasa gembira. Dengan keadaan itulah diri ana terselamat dari dosa-dosa yang tidak disengajakan dan juga yang tidak diketahui.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ana, dosa kita semua yang sering alpa dan lalai dalam menyikapi masa yang diberikan Allah kepada kita. Astaghfirullah.. Mohon maaf ana pohonkan kepada semua yang mengenali ana. Minta dihalalkan semuanya ya, samada berupa budi mahupun harta yang tidak mampu dibalas. Kebaikan antum hanya Allah saja yg dapat membalasnya dengan kebaikan yang jauh lebih baik dari apa yang antum usahakan biiznillah. Mohon doa kalian juga, moga kita semua menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman dengan sebenar-benar iman, Allahumma amin.

wallahu taala a'lam..

Wednesday, September 18, 2013

What u give u get back!

Bismillah wa alhamdulillah...

Terkadang kita terguris dengan kata-kata orang kepada kita.. betul x? Mungkin kita juga pernah mengguris hati orang dgn kate2 kita, lalu berISTIGHFARlah dan mohon diberi keSABARan oleh Allah menghadapinya, MAAFkan dan berDOAlah agar kita tidak melakukan hal yg sm.. strive to mardhatillah insyaaAllah..


Tidak ada sesuatu yg menimpa seseorang melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya andai dia bersabar menghadapinya. Lalu bersabarlah dgn sabar yang terindah.. Sungguh Rasulullah adalah manusia yang paling sabar, sabar dalam sabar.

Sabar dalam sabar beerti apabila diuji kesabarannya menjadilah ia semakin sabar. Mampukah kita mencontohinya?! Allahu akbar.

Wednesday, July 31, 2013

Wahai Jiwa yang sering Ingkar




Di BUMI Allah kita HIDUP dan mendapat REZEKI..
Di bawah LANGIT Allah kita bernaung dan berlindung..
Di bawah sinar mentari kita mengalami SIANG untuk beKERJA dan berSOSIAL..
Di bawah sinaran lemBULAN kita mengalami MALAM untuk ISTIREHAT..
Daripada HAIWAN ciptaan-Nya kita beroleh manfaat dan MAKANAN..
Daripada TUMBUHAN ciptaan-Nya kita jadikan pelengkap HIDANGAN..
Daripada AIR kurniaan-Nya kita MINUM dan berSUCI..
Namun mengapa kita sering LUPA kepada Dia yg Maha Santun dan Penyayang kpd kita?!
Mengapa kita sering INGKAR pada SURUHAN-Nya..
Mengapa kita sering melakukan LARANGAN-Nya...
Ingatlah DUNIA bukanlah tempat untuk menDERHAKA tetapi
ianya merupakan LADANG berAMAL mengumpul sebanyaknya keTAATan..


--


~ Usahakan semampumu wahai jiwa2!
Wrote by Musafir Dunia @ Al-hijrah Solehah
6:46 am | 16072013

Wednesday, July 24, 2013

Kasih Sayang Tuhan


Bismillah... 

Siapa yang tak pernah sakit ce angkat tangan.. Hee tentu xde kan.. Jom same kita hadam mutiara yang bakal di kongsikan ni, moga kita semua mendapat manfaat daripadanya. Insya'Allah semoga Allah menjadikan kita semua wanita super yg hampir dengan Tuhan, amin.

Menurut Syeikh Muhammad Mutawalli Syarawi, manusia wajib menyembah Allah walaupun syurga dan neraka tidak ada. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya yang mukmin kerana ujian itu adalah nikmat daripadaNya

Kasih Sayang Tuhan

Saat dirimu teruji dengan sedikit lelah dan kepenatan
Adukanlah hanya kepadaNya
Hanya Dia yang berhak mendengar rintihanMu
Sungguh Dia rindu mendengarkan,
rintihanmu berpanjangan

Saat dirimu merasa tidak berdaya dan tiada kekuatan
Mengadulah hanya kepadaNya
Hanya Dia yang tahu akan kemampuanMu
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
yang Maha Kuat dan Hebat

Saat dirimu terlantar sakit, longlai dan tiada daya
Usah mengadu kepada manusia tp
bersabarlah dengan secubit rasa dari-Nya
kerana Dia ingin membersihkan dirimu dari dosa dan noda

Sabarmu atas sedikit cubitan sayang dari Tuhan
adalah bukti cinta sayang-Nya Dia pd mu
penuh hikmah dan santun
tafakurlah sejenak memikirkan
Agar dirimu terus dalam bimbingan-Nya

Usah diratapi malah disyukuri
Usah mengaduh malah bersabarlah
Kecapilah nikmatnya sebuah UJIAN
dengan sebuah SENYUMAN ^_^

--

Ajarilah aku mensyukuri-Mu Tuhan
-by Musafir Dunia @ Al-hijrah Solehah 
12.20 am | 16072013

Ulasan Pembaca