Didik Al Quran

Tuesday, June 9, 2020

UMMIE'S snack, snek sihat pilihan terbaik keluarga anda

Assalammualaikum wbt tuan/puan, pakcik makcik, adik kakak, sahabat dan saudara seIslam yang dirahmati Allah sekalian. 

Saya minta maaf, mengganggu anda pada waktu begini 🙏 

Pengenalan Ummie's Snack
Saya Siti Rodhiah nak perkenalkan anda dengan snack sihat yang diadun dengan bahan² premium dan terpilih, yang pastinya HALALAN THOYYIBA insyaaAllah. 

Bahan terpilih dan bermutu tinggi digunakan sebagai ramuan asas pembuatan snek sihat ini. Beberapa bahan utamanya adalah organik yang diluluskan oleh ISO. Dan salah satu daripada ramuannya adalah "super food" chia seed yang kaya khasiatnya.

Saya tak berniat nak kenalkan anda dengan chia seed, saya percaya anda telah pun tahu khasiatnya. Bagi yang belum mengetahui boleh google dan dapatkan maklumat lanjut berkenaan chia seed. Atau boleh klik link di bawah ni insyaaAllah


"Homemade Healthy snack" Snek sihat pilihan utama keluarga anda insyaaAllah. Say NO TO JAJAN. Say YES to UMMIE'S SNACK insyaaAllah.


Di sini saya sertakan link untuk rujukan anda keburukan JAJAN yang perlu kita ketahui insyaaAllah.




UMMIE'S snack, snek sihat kudapan berkhasiat untuk keluarga anda insyaaAllah.

InsyaaAllah Open Order dibuka untuk 38 balang sahaja, selama 3 hari bermula hari ini, 9 Jun 2020 dan tamat pada 11 Jun 2020.

Jika ada berminat nak dapatkan Ummie's Snack boleh klik link di bawah insyaaAllah 


#MakanBukanAsalMakan
#pastikanMakananSihat
#perutAndaAdalahAmanah
#jagaPerutOtakTerjamin

Wednesday, April 22, 2020

Doaku untukmu sayangku

Ya Allah..
Ku tahu betapa aku ini gambaMu yang lemah dan kerdil..
Sangat kerdil.. Aku benar² lemah, benar² tak berdaya tanpa bntuan daripadaMu..

Ya Robb aku sedar ada peranku dalam kedengkelan anak² ku ampuni aku ya Robb, gantikanlah ia dengan hal yang lebih baik buatku..

Ya Allah saksikanlah aku maafkan anak²ku atas apa jua kesalahannya padaku. Mereka terlalu kecil dan akulh yang bersalah bukannya mereka. Akulah yang jengkel itu bukn mereka.

Ya Robb, saksikanlah bahawa aku redha kepada anak² ku dengan REDHA yang sempurna sejak mereka dilahirkan hingga mereka kembali kepadaMu kelak aamiin ya robb.. 

Ya Allah, gantikanlah sakitku melahirkan, membesarkan mereka dengan baik pekerti, soleh, hafiz dan faham Quran kepada mereka ya Robb..

Allah.. Ampunilah segala dosa²ku. 

Fokus

Bonda.. 
Kamu ibu rumahtangga!
Ingat tujuan hidupmu!
Redha siapa yg dikau perlukan?
Apa FOKUS hidupmu yang patut kau utamakan?

Sedarlah oh sedarlah..
Seorang yang bernama isteri itu tempatnya di rumah.
Usaha utamanya adalah MENCETAK DAI PEJUANG AGAMA bukan mengejar dunia..

Dunia yang akan ditundukkan kepadanya.. Dunia yang akan melutut padanya hanya saja dia melakukan yang haq.. Apakah ia? Utamakan yang utama!

Jangan sesekali kau mengabaikan peranmu sebagai isteri, dan ibu.
Jangan biarkan harimu tanpa merawat luka hati ankmu
Jangan biarkan hrimu berlalu tanpa memberi perhtian kepada anakmu yang sentiasa menagih perhatianmu ibu..

Ya Robb, terima kasih atas peringtanMu.. Alhamdulillah.. Maafkan ku dan maafkan lah dia yang melukaiku.. Selamatkan dia daripada azabMu dan bimbinglah dia.

Marahku..

Ya Robb.. Tiada dayaku..
Aku sangat perlukan dakapanMu saat ini..
Aku rasa diperkecilkan.. Seperti juga dihinakan.. Terlalu rendah..

Apa yang sedang Kau tunjukkan padaku ya Allah..
Adakah aku salah dalam mendidik..
Aku telah akuinya sejak lalu..
Aku tahu dimana silapku.. 
Telahku menyembah sujud padaMu lantaran khilafku yg tidak mampu kutepis..

Aku kan hambaMu..
Aku selalu sepi sendiri..
Tiada siapa² menemani hari²ku..
Aku lebih senang menelan semuanya sendiri daripada aku memuntahkannya di telinga manusia..

Manusia tidak mampu berbuat apa²..
Mereka hanya akan menambah luka hatiku, parah jiwaku dan sedih ku berpanjangan..

Ya Robb Tuhanku..  Kini aku kembali menukilkan kata²ku di sini.. Aku terlalu rindu.. Rindu padaMu untuk ku terus adukan semua perkara..

Ya Robb hatiku penuh benci dan jengkel.. Sayang dan kasih menghilang entah kemana.. Aku kaku dan bisu.. Mulutku lebih banyak terkunci daripada berbicara.. Tiada lagi senyum menawan dibibirku yg ada hanya senyuman yang dibuat dan dipaksakan..

Tuhanku.. Aku sedar, betapa memberi contoh baik dengan mengangkat diri bukanlah suatu hal yang disenangi malah disalah erti. Ampuni aku..

Aku sedar.. Bahawa manusia memang akan datang dan pergi.. mengharapkan manusia pasti membawa kepada kekecewaan.. 

Ya Allah aku sedih dengan adikku.. Sedih akan sikapnya padaku.. Ya robb andai ini semua kerana silapku dan kasih sayangMu, hadirkan ikhlas dan redha d hatiku agar aku tenang menghadapinya.. 

Ulasan Pembaca