Didik Al Quran

Wednesday, February 13, 2013

Usah Bersedih Sahabat Kecintaanku

Sahabatku kecintaanku..
Dengarlah bicaraku..
Khas untukmu..


Duhai sahabat kecintaanku

Usah dikau bersedih hati dengan caraku
Maafi diriku andai dikau sangat terluka dengan caraku
Daku hanya mahukan kebaikan untukmu
Janganlah dikau menyalahkan dirimu atau sesiapa
Kerana ianya adalah perjalanan yang harus dikau tempuhi
Aturan Allah yang Maha Mengatur

Sahabat kecintaanku..
Ketahuilah betapa hatiku menyayangimu kerana Allah
Jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan kerana Allah
Bukankah telah terpatri di hati kita
Bertemu dan berpisah hanya kerana Dia..
Insya’Allah daku kasih padaMu kerana Allah
Dengan izinNya kita dipertemukan
Dan Dengan IzinNya jua kita terpisahkan..

Terimalah bicaraku ini khas buatmu
Tetap teguhlah di atas jalan Allah yang suci
Usah dikau goyah dan ragu kepada janjiNya
Yakinilah bahawa Allah sentiasa ada
Untuk hamba-hambaNya
Jangan pernah dikau lupa bahawa Allah 
Sentiasa melihat apa saja lakumu
Waspadailah setiap perbuatanmu

Kan ku doakan kebahagiaanmu
Ketenangan jua keberhasilan dalam hidupmu
Sungguh tidak sanggup dan tegar ku mendengar
Dirimu jatuh terperosok di dalam lembah yang gelap dan kelam
Kerana diriku hanya mahukan dirimu berada dibawah sinar
Sinar terang yang menenangkan..
Jagalah imanmu, akhlakmu kerana Allah
Yang Maha Penyayang dan Pengasih

Hasil Nukilan: Musafir Dunia (MD)
1 November 2010
12.45 am

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca