Didik Al Quran

Wednesday, July 17, 2013

Perwiraku Pengemudi Bahtera Rumahtangga


Perwiraku Pengemudi Bahtera Rumahtangga

Tegakmu melangkah mencari nafkah
Buat insan tersayang di rumah
Susah senang ditanggung tanpa lelah
Kerana sayang dikau teguh tidak rebah

Ku pingin menjadi sayapmu
Moga laluanmu meniti hari bertambah mudah
Menggamit rasa nan bahagia
Berkekalan hingga ke syurgaNya

Ilahi Rabbi satukanlah hati kami
Dalam redhaMu Robbi
Kerana tujuan kami bukanlah duniawi
Tetapi akhirat yang kekal abadi

--
Ungkapan Syukurku untuk-Mu
27062013 | 3.00 am 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca