Didik Al Quran

Thursday, August 22, 2013

Selamat Hari Raya



Bismillah wa Alhamdulillah...

Selamat hari raya diucapkan buat semua, yang sedang membaca blog ini dan semua yang mengenali saya. Hari ini masih dalam bulam Syawal yang diraikan walaupun ianya bukan 1 Syawal namun hangatnya masih terasa walaupun suam-suam kuku. Alhamdulillah..

Hari raya tahun ini sangat bermakna bagi saya ^_^ Lembaran baru hari raya seorang insan bergelar isteri. Selain suami di sisi, kandungan juga menyertai.. Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah yang mengurniakan suatu anugerah yang sangat indah dan bermakna ini. Subhanallah Maha suci Allah, jika Dia berkehendak segalanya tidak dapat mengekangnya. Segalanya pasti terjadi jika Dia yang berkehendak walaupun sulit di akal manusia menerimanya. Allah Maha Besar.

Hari raya pertama, puas pusing sekampung. Tak kira berapa buah rumah sehingga ke malam beraya menghubungkan silaturrahim. Kata suami, 9 buah rumah ^_^ sempat suami menghitungnye hee. Syukur saudara mara tidak jauh, semuanya tinggal dekat-dekat, tidak sekampung, kampung sebelah je. Apa yang pasti majoritinya adalah dalam satu negeri.


Yang lucunya hari raya pertama sambil-sambil melayan tetamu yang datang berkunjung, sempat lagi saya berjual-jualan. "Hai.. Ini raya ke berjualan?" perli adik saya. "Dah orang yang tanya dan nak, kita keluarkan jelah" jawab saya hee.. Alhamdulillah rezeki dari Allah taala, 7 helai jubah terjual pada hari raya. Semua sanak saudara yang membelinya. Mudah-mudahan Allah menambahkan lagi rezeki yang berkat buat saya dan keluarga. Semoga Allah meredhai mereka yang membeli. Kalau anda mahu membeli jubah, T-shirt muslimah dan tudung labuh boleh lah ke fb MusafirShop, insya'Allah harga berpatutan.

Hari raya kedua, suami pulang menunaikan tanggungjawabnya. Ada yang lebih memerlukannya. Alhamdulillah kesibukan hari raya menyebabkan saya lupa ketiadaan suami di sisi, tidak terasa ketiadaannya pada hari berikutnya. Riuh rendah suasana rumah yang ramainya adik-beradik bertambah lagi sibuk diri ini. Namun syukur Alhamdulillah, segalanya adalah baik dari Allah.

Seminggu di kampung, beraya sakan. Tapi hanya hari raya pertama saja pergi berkunjung ke rumah sanak saudara dan selebihnya hanya di rumah menanti dan melayan tetamu yang hadir. Selepas seminggu, pulang ke rumah sendiri dijemput suami. Mulalah mengemas rumah yang sebelumnya ditinggalkan tanpa perapian hee.. Keesokan harinya mulakan perjalanan raya di Johor pula. Ke rumah kakak ipar dan seterusnya ke rumah kak Ain sekeluarga. Tahniah kepada kak Ain, dikurniakan cahaya mata yang kedua pelengkap seri rumahtangganya. Jalan pulang singgah pula ke rumah kakak ipar yang lain dan abang ipar. Alhamdulillah. Sampai di rumah lewat malam, keletihan dan kepuasan. Yang letihnya suami lah :) Allahu akbar demi membahagiakan isteri, keletihan sanggup direnangi. Semoga Allah membalas segalanya bagimu dengan hal yang lebih baik pula, amin.

Di Johor ni, saya masih menanti siapakah yang sudi untuk bertamu. Sebelum bertamu, pesan saya, jagalah adab bertamu ye. Bolehlah rujuk mana-mana untuk tahu berkenaan dengan adab bertamu. Semoga Allah merahmati kita. 


Terima kasih ya Allah atas segala anugerahMu, terima kasih memberi rasa bahagia di hari raya kali ini. Alhamdulillah.. Selamat hari raya semua ^_^  Salah silap tolong maafkan ye. Syukran

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca