Didik Al Quran

Tuesday, October 7, 2014

Cerita Gen Terkini

Prof. Dr. Rozieta Shaary

CERITA BABY BOOMERS, GEN X, Y, Z DAN ALPHA

Semalam di PESEPSI TV AL HIJRAH Ibu bercakap mengenai keunikan setiap Generasi, baby boomers, Gen X, Gen Y, Gen Z dan Gen Milinea (Alpha).

Sebenarnya bukan corak parenting saja berbeza untuk setiap genarasi ini, malah corak bekerja juga berbeza, corak marketing juga berbeza, cara bercakap juga berbeza. Bukan semuanya tidak baik atau buruk. Perubahan ialah perubahan, baik dan buruk terpulang bagaimana kita menggunakannya.

Ibu bapa muda zaman ini, ialah dari generasi Y dan anda mengibubapakan generasi Alpha.

Gen Y adalah generasi yang suka hendak tahu kenapa dan mengapa dan membawa kepada penyelesaian lebih hebat terhadap sesuatu masalah kerana mereka membawa bersama kefahaman teknologi dan maklumat.

Anak-anak kecil mereka pula lahir-lahir, jari sudah pandai nak swipe, tak percaya cuba letak baby yang baru 5-6 bulan dekat dengan ipad, dengan sendiri jarinya akan swipe muka ipad itu. Bagaimana ya? ini namanya 'transfer of information through DNA'. Itu cerita lain pula...nanti Ibu kongsikan.

Indahnya kejadian Allah ialah, Gen Alpha ini yang sering dikatakan degil dan suka mengamuk ini, ubatnya ialah penerangan yang jelas yang memuaskan hatinya. 'Give good reason for every action'. Explain. Jelaskan dengan baik. Bermula sejak mereka masih 0 tahun lagi. Bukan marah, larang, cubit atau takutkan saja.

Lihat betapa indahnya Allah menjadikan. Apakah kelebihan generasi ibu bapa mereka? Ya, gen Y yang suka bertanya dan ingin tahu. Gen Y yang suka ingin tahu ini yang hidup di zaman IT ini sepatutnya menghujani diri mereka dengan informasi yang boleh didapatkan dengan menekan keyboard sahaja. Sepatutnya, mereka ialah ibu bapa yang bermaklumat.

Anak yang dahagakan reason, dan ibu bapa yang sepatutnya boleh memberi reason dengan baiknya, disatukan. Itu yang indahnya.

Yang menjadi masalah ialah anak yang dahagakan reason, tetapi ibu bapanya hanya tahu menggunakan cara suruh diam, melarang dan penjelasan yang tidak munasah yang diambil tanpa faham dari generasi ibu bapa baby boomers. Itulah masalahnya.

Anak disuruh taat dan patuh tanpa penerangan yang jelas dan penanaman nilai sejak 0 tahun lagi. Sedangkan anak gen alpha ini mahu taat kerana faham dan memberi kerjasama kerana itulah akhlak yang mereka pilih untuk berinteraksi dengan ibu bapa. Manalah tidak berperang anak dengan ibu bapanya!

Satu perkara hendak Ibu berpesan di sini. Memanglah bila dengan anak semuda 1-2.5 tahun, anak itu belumlah boleh betul-betul mengerti apa yang kita katakan. Perkembangan otak mereka pun belum masuk ke otak berfikir mereka. Oleh itu bila anda menerangkan, mungkin dia tidak terus berhenti melakukan perbuatan yang salah itu.

Seperti menanam pokok juga, mula-mula kita menanam biji benih, kemudian barulah tumbuh akarnya dan kemudian batang kecilnya dan keluar daun. Semasa itu pokok itu masih kenit sahaja dan baru hendak memulakan proses fotosintesis untuk ia hidup sendiri.

Anak kecil pun seperti itu, 0-3 tahun itu adalah proses menanam benih dan membaja, menyiramnya supaya bila usianya 3 tahun, dia sudah dapat mengambil nilai murni itu dan menjadi dasar untuk dia membuat pilihan.

Panjang cerita kita ini...nanti Ibu akan cerita lagi ya.

Ibu doakan anda semua semakin bijak menggunakan kelebihan yang Allah beri dalam mengibubapakan anak-anak anugerahNya ini.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca