Didik Al Quran

Tuesday, October 14, 2014

Gen-Z & Gen-A: Didik Anak Cara Rasulullah

PERSEPSI @ TVAlhijrah, 8 September 2014

Tajuk: Gen-Z & Gen-A: Didik Anak Cara Rasulullah

Ahli Panel: Prof. Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) & Ummi Roses

IBU ROSE
=========

1) “Anda akan jadi seperti yang anda baca, lihat & dengan siapa anda bergaul”

2) Teknologi adalah ALAT. Bergantung pada cara penggunaannya. Sekiranya digunakan dengan baik, baiklah jadinya. Begitulah sebaliknya. Apa yang penting ialah ibu bapa perlu beri GARIS PANDUAN. Antara garis panduannya ialah INTEGRITI dan ia perlu diajar sejak kecil.

3) Ciri-ciri generasi:

a) Generasi Babyboomers:
- Taat & patuh, command & control, senang diarah & mendengar cakap

b) Generasi X:
- Suka memberontak tetapi masih taat

c) Generasi Y:
- Suka bertanya WHY?
- Sentiasa ingin tahu
- Sentiasa mencari alternatif lain
- Dilahirkan oleh generasi Babyboomers yang taat & patuh – jadi bila gen Y bertanya, mereka rasa seperti anak mereka tidak mendengar cakap ibu bapa
- Sebenarnya gen Y begini disebabkan oleh perkembangan corak fikiran manusia & juga sebab manusia dilahirkan dengan kebebasan memilih

d) Generasi Z:
- Suka negotiate sebab hidup dalam dunia teknologi

e) Generasi alpha
- Mudah untuk ‘handle’ sekiranya ibu bapa tidak ikut cara didikan ibu bapa Babyboomers
- Tiada paksaan tetapi perlu beri explanation – “Anak yang dididik dengan reason akan jadi reasonable” & “Anak yang dididik dengan kefahaman akan jadi mudah faham”

4) Kebanyakan ibu bapa lupa yang anak-anak ada fikiran/suara/pendapat sendiri – perlu contohi Rasulullah SAW yang sangat menghormati kanak-kanak & beri pilihan pada mereka.

5) Elakkan dari mendidik anak-anak dengan keras kerana anak akan memberontak. Ibu bapa tidak menekan anak selama-lamanya kerana makin lama mereka makin membesar sedangkan ibu bapa makin tua.

6) Sekiranya anak sudah remaja, bagaimana cara untuk membetulkan keadaan?
• Cara disiplin yang keras menyebabkan hati anak2 keras, EQ mereka beku. Jadi, perlu nyahbekukan hati mereka.
• Balik rumah, jgn terus marah mereka tetapi dekati mereka sedikti demi sedikit.
• Ini bukan masa untuk membetulkan anak2 tp masa untuk reconnect.
• Ia memerlukan istiqamah, perlu turunkan ego, perlukan kesabaran untuk masuk ke dalam hati yang sudah tertutup.
• Perlu skil & ilmu komunikasi iaitu – MENDENGAR & MENYOKONG
• Banyakkan solat taubat/hajat kerana Allah yang pegang hati anak. Oleh itu, kembalilah pada Allah.

7) Semasa anak2 kecil, spend masa dengan anak2. Kalau tidak, anak tiada masa untuk kita apabila kita sudah tua.

8) Rutin/garis panduan di rumah membuatkan anak2 rasa lebih selamat! Jika tidak, hati/jiwa mereka bercelaru.

9) Tidak perlu pukul/cubit anak. Sekiranya anak panjat, biarkan asalkan selamat. Sebelum melarang, tengok dulu samada salah atau tidak, selamat atau tidak apa yang anak2 buat. Kalau buang barang, minta anak2 kemas semula.

10) Sebelum ke mana2 PESAN/BERI SYARAT dahulu pada anak2.

Contoh:
Sebelum ke kedai, beri syarat pada anak2... “Pergi kedai nanti boleh beli 1 barang sahaja yang berharga RMxx. Kalau nangis, letak semula barang itu.” Pastikan ibu bapa berpegang pada kata2/janji pada anak2. Sekiranya anak guling2 pun pegang juga pada syarat yang ditetapkan.

11) Anak2 berusia 1 thn setengah sehingga 4 tahun berebut mainan kereana mereka sedang belajar tentang interpersonal skill! Mereka sedang dalam fasa egocentric yang perlu dipelajari untuk kelangsungan hidup mereka. Oleh itu, jangan hakimi anak atau ibu bapa kepada anak tersebut

12) Kesimpulan: Anak-anak ada perjalanan hidup sendiri. Ada masa mereka jatuh kecundang. Ibu bapa yang berperanan untuk mengangkat mereka agar bangun semula. Ibu bapa & anak2 perlu sama2 mencari REDHA ALLAH!

-----------------------------------------------------------------------------

Ummi Roses
==========

1) Situasi di Raudhatus Sakinah:
• Dulu – berzina dengan seorang sahaja... samada kekasih atau tunang
• Sekarang – berzina dengan lebih dari seorang – kebanyakannya berkenalan melalui media social

Sebab:
• Ibu bapa tidak up-to-date dengan perkembangan teknologi, tiada akaun Fb
• Ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak-anak
• Pendidikan sepatutnya bermula di rumah!

2) Menurut Saidina Umar, “Didik anak mengikut zaman mereka.”

3) 3 tahap pendidikan anak-anak:

a) 7 tahun pertama: Bermain dengan anak2

b) 7 tahun kedua: Disiplinkan anak2 – bukan dengan arahan/rotan tapi dengan explanation

Contoh:
• Urus masa (schedule/rutin) – timing masa bermain ipad sebab lain ipad lama2 tidak elok untuk mata
• Susun kasut & kemas rumah supaya rumah cantik, bersih & selesa

c) 7 tahun ketiga: Berkawan dgn anak2

- Dengar pendapat/cadangan anak2
- Kalau tidak setuju dengan pendapat/cadangan mereka, negotiate! (Negotiation itu penting!) Contoh: Cadangan tu bagus tapi apa kata kita cuba begini? Ok tak?
- Jadi kawan bukan bermakna kena sentiasa bersetuju!
- Sekiranya apa2 perkara tidak baik, tegur, nasihatkan & rationalize! Beritahu mereka tidak boleh buat begini sebab begini…

4) Tanya apa impian anak-anak! Siapa lagi mahu tanya kalau bukan ibu bapa?
Jika ibu bapa tidak bercakap dengan anak2, anak2 tidak mahu dengar cakap mereka. Anak-anak akan bercakap dengan orang lain dan mereka mungkin mengambil kesempatan pada anak2.
Ibu bapa perlu belajar MENDENGAR!

5) Kebanyakan ibu bapa suka merujuk pada cara barat dalam mendidik anak-anak sedangkan sebenarnya cara barat itu datangnya dari Rasulullah SAW.

6) Elakkan dari compare anak2!

7) Raudatussakinah tidak menggunakan rotan untuk disiplin tetapi mengikut agama iaitu adab & Sunnah. Antara rutin di Raudhatussakinah:
Isnin & Khamis – puasa sunat
4 pg – solat & bermunajat pada Allah (setiap hari!), solat subuh berjemaah

8) Bertunang bukan tiket untuk ke hulu ke hilir! Bertunang sekadar untuk cop/tanda dia sudah berpunya. Ibu bapa perlu main peranan, kena tetapkan batasan mengikut batasan syara’.

9) Kesimpulan: Jadikan anak-anak di luar sana sebagai anak2 kita. Tegur & nasihati mereka dengan kasih sayang seperti anak sendiri.

~ Ayat ditulis & diolah oleh Nazrah

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca