Bismillah..
Biasa tak dengar perkataan tu 'bercinta'. Apa yang anda faham bila membaca tajuk entri ini ye? Jangan salah faham sudah le ye ^_^ Orang Melaka bila sebut 'bercinta' tu maksudnya suatu perkara yang sukar dilakukan atau seakan ada sesuatu yang menghambatnya daripada melakukannya.

Masya'Allah masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Kini usia kandungan ana 7 bulan. Hmm ana pun x pasti dengan jelas usia kandungan ana sebab doktor tak cakap ape-ape pun. Ana yang kira-kira sendiri. Semakin lelah dan terbatas setiap perbuatan, mungkin tidak biasa dengan keadaan yang baru di alami sebagai seorang ibu hamil. Hanya ketabahan dan kesabaran dipohonkan kepada Allah, hanya Dia saja yang ada sentiasa menemani diri. Kepayahan yang dilalui benar-benar menginsafkan diri selaku anak kepada seorang ibu. Huk huk "yah sayang ummi isk, maafkan salah silap anakmu ini..".
Keadaan fizikal yang semakin lemah dan ketidak upayaan ini menyebabkan diri memilih untuk berada di rumah saja. Kelas-kelas yang dijadualkan seperti kebiasaannya, hampir kesemuanya tidak dapat dihadiri saat ini. Bercinta sungguh nak keluar rumah, Allahu akbar. Selain itu banyak kekhuatiran yang bermain di fikiran. Di jalanan sukar untuk mengelak daripada dosa. Ibaratnya keluar saja rumah, dosa-dosa dah tersedia untuk diterima. Umpamanya memandang yang bukan mahram. Dosa yang sering kita lakukan sedar ataupun tidak. Memilih untuk di rumah saja lebih selamat dirasakan.
Kelas jahitan hampir dua bulan tidak dapat dihadiri. Banyak faktor yang menyebabkan ana tak pergi ke sana. Antara faktor dosa yang tidak dapat di elakkan, innalillah. Bercerita hal orang lain sudah menjadi satu perkara biasa yang wajib dalam setiap perbualan mereka. Yang tak mahu dengar nak buang ke mana telinga? Apakah yang tidak mahu turut serta dapat mengelak? Corong telinga sentiasa terbuka tersedia menerima apa saja bunyi yang ada di persekitaran, sadisnya! Dosa dapat dengan begitu mudah sekali. Nak salahkan mereka? Bukan bgitu cume menyatakan situasi dunia sekarang yg terhidang untuk dosa. Sukarnya mengelak! Dan paling ditakuti ianya akan memperngaruhi zuriat dalam kandungan. Justeru di rumah saja adalah lebih baik, menurut hati yang sentiasa memohon yang terbaik dari Maha Pencipta.
Oleh kerana pergaulan ibu semasa hamil sangat berpengaruh kepada bayi dalam kandungan, justeru ianya sangat penting di ambil berat dan tidak dipandang remeh. Mengapa ianya kelihatan berat ye, insya'Allah akan ana kongsikan pada entri yang datang yang ana perolehinya daripada hasil pembacaan. Namun ana telah mempraktikkannya sebelum ana tahu mengenainya, Allah terlebih dahulu telah mendidik dan memelihara ana agar tidak bergaul dengan orang yang sebarang. Ianya sangat penting dalam kehidupan menuju akhirat.
Sudah menjadi rutin, setiap hujung minggu menghadiri kelas Quran. Walaupun tujuannya sangat baik namun ianya tidak menjamin diri terhindar daripada dosa. Hati dihambat dilema entah yang keberapa kali. Akhirnya membuat keputusan untuk pergi di saat-saat akhir. Ini kerana rindu akan majlis ilmu. Kepada Allah dipohonkan bantuan agar diri terselamat daripada dosa-dosa yang tidak diketahui. Hanya kebaikan dan pahala saja yang diharapkan. Alhamdulillah sedikit terubat dahaga ilmu. Tidak seperti sebelum ini, semuanya dapat dilalui dengan mudah dan bersahaja. Kini bukanlah susah namun perlu kepada penelitian baik buruknya khususnya untuk bayi dalam kandungan. Sangat menjaga agar bayi hanya mendapat yang baik-baik saja. Mudah-mudahan Allah redha dan rahmati, amin.
Sungguh ana rasa bahagia berada di rumah daripada berada di jalanan/ luar rumah. Banyak perkara yg dapat dilakukan selain menambah amalan dan bacaan. Ana memang sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian sejak dari masa gadis lagi. Sehinggakan ayah ana menggelarkan ana sebagai 'gadis gua' yang memerap dirumah. Ana tak marah dengan gurauan itu malah merasa gembira. Dengan keadaan itulah diri ana terselamat dari dosa-dosa yang tidak disengajakan dan juga yang tidak diketahui.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ana, dosa kita semua yang sering alpa dan lalai dalam menyikapi masa yang diberikan Allah kepada kita. Astaghfirullah.. Mohon maaf ana pohonkan kepada semua yang mengenali ana. Minta dihalalkan semuanya ya, samada berupa budi mahupun harta yang tidak mampu dibalas. Kebaikan antum hanya Allah saja yg dapat membalasnya dengan kebaikan yang jauh lebih baik dari apa yang antum usahakan biiznillah. Mohon doa kalian juga, moga kita semua menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman dengan sebenar-benar iman, Allahumma amin.

wallahu taala a'lam..
No comments:
Post a Comment