Sunday, June 12, 2011

Nikah Landasan Cintanya

Bismillah..


Alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri sementara memperoleh nikmat umur di dunia ini, alhamdulillah..



Semalam..
Gelaran 'gadis' penghias diri..
Hati penuh penantian kepada 'Teman Hidup'..
Dalam resah hati, sabar sebagai pagar diri, doa sebagai penguat hati..



"Ya Allah..
Ampuni dosa-dosaku ya Allah..
Ya Allah pilihlah untukku suami..
Kurniakanlah aku,
insan SOLEH di sisiMu..
yang punya AKHLAK yg baik di sisiMu..
yang PENYAYANG di sisiMu..
yang mencintai dan menyayangiku kerana-Mu..
yang dengannya aku peroleh keTENANGan..
Jadikanlah RUMAH TANGGA sebagai jambatan untukku,
memperoleh REDHA dan CINTA-Mu ya Allah.."
Alhamdulillah, penantian yang selama ini seakan tidak bersahut telah pun berakhir dengan izin Allah. Dan hati mengakui serta menyakini bahawa 'bila sudah jodoh maka segalanya dimudahkan Allah'. Alhamdulillah..

23 Febuari 2011
Asalnya sekadar berziarah bertukar 'RISIK'. Cincin sebagai tanda risikan. Alhamdulillah.

2 Mac 2011
Gadis itu di khitbah, menunggu hari untuk diNIKAHi, semoga Allah terus merahmati dan merdhai pasangan, amin.

19 Mac 2011
Gadis telah dipunyai dan bertukar gelaran menjadi 'Isteri', Alhamdulillah.

26 Mac 2011
Walimahtul Dukhul, meraikan pasangan yang telah mendirikan masjid, sebahagian daripada agama. Barakahllahu lakuma.. Amin..

Dengan Nikah, bersatulah dua hati.. Terpatrilah Cinta yang disulam atas dasar taat kepada-Nya dan menuruti Rasul-Nya, semoga Allah merahmati dan meredhai pasangan, amin3 ya Rabb..


"Sungguh cita-citaku adalah menjadi isteri solehah..
Dan cita-cita tertinggiku adalah mendapat Cinta-Nya..
Jadikanlah perNIKAHan ini sebagai jambatan,
menuju REDHA-Mu..
jua jambatan mendapatkan Cinta Agung-Mu,
amin3 ya Rabb"


-Pendamba cinta-Nya-
in the observation of Allah

Ulasan Pembaca