Didik Al Quran

Wednesday, October 31, 2012

Tiada Duka yang Abadi


Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang, Maha Penyayang..

Ketahuilah bahawa DUNIA ini hanya persinggahan, 
medan UJIAN yang tidak pernah ada hentinya,
Hanya sabar dan redha sebagai bekalan,
moga titian berakhir dengan aman

Ketahuilah bahawa setiap duka,
akan berakhir dengan bahagia,
Yakinilah itulah hukum dunia,
moga hati kekal tabah

Dunia oh dunia
usahkan kau memaut diri yang bakal sirna
kerna sekerasnya menjauh dari hina
dunia membuat manusia hina dan alpa

Yakinilah wahai diri
Setiap apa yang dihadapi
pasti ada nilaian Ilahi Rabbi
Semuanya diperinci dengan teliti

Jangan dipandang sepi
setiap perilaku diri
kerana ada hitungan tersendiri
semua tercatat dengan rapi

--

Musafir Dunia
~ Agar Hidup lebih berhati-hati~
26 Ramadhan 1433 H
14|8|2012


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini





Dapatkan lagu ini di <<SINI>>

Wednesday, October 24, 2012

Dengarkan dengan Mata Hatimu

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Saudaraku sehati seIman seperjalanan, mari bersama kita hayati dengan mata hati bait-bait mutiara iman melalui video-video ini. Teman, kita sangat butuhkan(perlukan) maghfirah dan Rahmah Allah untuk kelansungan hidup kita di dunia ini juga di akhirat sana. Selagi amanah umur masih dalam genggaman kita, mari sama-sama kita perbanyakkan amal soleh, tingkatkan IHSAN, IMAN dan keTAQWAan kita kepada-Nya. Terimalah ini sebagai santapan IMAN buat kali ini dariku insan faqir al-haqir ilallah... T_T


PART 1

PART 2

PART 3

Ya Rabb..
Kumpulkan kami semua bersama Rasul-Mu
Muhammad Sallallahu alaihi wassalam
di hari akhirat nanti..Ya Allah
Ya Allah, pilihlah kami..
menjadi orang-orang pilihan-Mu
menjadi hamba-Mu yang beriman
dan beramal Soleh ya Allah..
ya Hayyu ya Qayyum..
ampunilah kami
terimalah kami..
selamatkanlah kami
Dunia dan Akhirat...
Amin..

---

Musafir Dunia
~ Maghfirah dan Rahmah-Mu kudamba ~
19 Safar 1432 H
23|1|11

Wednesday, October 17, 2012

Lemahkah Iman Saat Ini?

Dengan Nama Allah yang Maha Pengaseh dan Penyayang

Mari bersama kita telusuri, sembilan tanda-tanda IMAN sedang melemah. Info tersebut adalah perkongsian seorang insan. Insya'Allah bersama kita waspadai diri kita, andai terdapat tanda-tanda tersebut maka bersegeralah merawatinya agar ianya tidak membarah, astaghfirullah nauzubillah..







1. Malas beribadah. 
Sering melewat-lewatkan waktu solat. Kadangkala sehingga terlepas waktunya tanpa disedari. Malas solat sunat , berzikir dan membaca al-Quran . Menghabiskan banyak masa untuk tidur, berbual kosong atau melayan hobi yang kurang manfaatnya.

Betapa besarnya dosa orang yang meninggalkan solat atau melalaikan solat hingga luput waktunya. Renungkan hadis Rasulullah S.A.W. di bawah yang menghalang perbuatan tersebut .

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang melalaikan solat maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu solatnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan Neraka Wail".

2. Tidak ada perasaan takut mengenai kematian.  
Apabila hati tidak langsung mengingati kemataian ini bermakna iman sedang ditahap yang lemah. Oleh itu kita digalakkan menziarahi orang mati  dan menziarahi kubur sebagai ubat agar hati dapat mengambil pengajaran daripada kematian. Hati orang mukmin sentiasa mengingati kematian sebagai satu cara untuk membersihkan hatinya.

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

3. Melakukan maksiat samaada kecil atau besar.  
Lebih teruk lagi apabila maksiat sudah menjadi kebiasaan dan bergembira dengan maksiat.

Sabda Nabi S.A.W maksudnya : " Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran hendaklah ia merubahnya (mencegah) dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak sanggup, maka dengan  lisannya (nasehat), dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tak
senang dan tak setuju, tinggalkan !) dan itu adalah selemah-lemahnya Iman. " 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas jika seseorang itu tidak rasa bersalah dengan maksiat yang dilakukan dan gembira pula maka sebenarnya sedikit pun iman tidak ada didalam hatinya.

 4. Suka melihat atau menyaksikan maksiat.
Zina mata adalah mata suka melihat maksiat dilakukan oleh orang lain. Memerhatikan aurat wanita yang bukan mahram dan juga melihat filem-filem lucah atau gambar-gambar seksi adalah maksiat yang dibuat oleh mata, dari mata akan turun ke hati dan hati akan hilang kemanisan beribadah kepada Allah S.W.T. 

5. Ukuwah menjadi longgar.  
Sifat orang mukmin adalah sentiasa baik sangka kepada saudaranya yang lain. Dia cinta dan kasih pada saudaranya semata-mata kerana Allah. Dia datang berziarah adalah semata-mata kerana Allah dan bukan diatas sebab-sebab ada kepentingan duniawi kerana harta atau kerana hubungan keluarga.

Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah S.A.W.  meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : " Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari Qiyamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Orang mukmin akan mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Jika perasaan kasih sayang dan ukhwah menjadi longgar ini petanda imannya sedang lemah.

6. Ghairah kepada dunia.  
Sebuk dengan dunia hingga membuang masa dengan kerja-kerja yang tak berfaedah.

Firman Allah s.w.t bermaksud :“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” 
(Surah Al-A’laa: 16-17)

Apabila seseorang sibuk dengan hal-hal dunia seperti hiburan yang melalaikan , hanya memikirkan nak besarkan rumah, perabut yang mahal-mahal, kereta mewah, untuk mengaut keuntungan dan bekerja siang malam , jika kesemua ini menjejaskan berhubungannya dengan Allah, dan membuat seseorang merasa jauh dari kedudukan yang tinggi di akhirat kelak, sebenarnya dia sedang ghairah dan mabuk dengan dunia.

Firman Allah maksudnya :“Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).”
(Surah At-Takaatsur ayat  6)

7. Berbangga dengan kemajuan duniawi. 
Islam tidak menghalang kemajuan duniawi dengan bangunan yang mencakar langit, kemajuan sains dan teknologi. Tetapi Islam amat menitik beratkan nilai-nilai rohani dan jika nilai rohani dan akhlak yang mulia diabaikan dan lebih mengutamakan kemajuan duniawi maka ianya dilarang. Dibarat dan Jepun terlalu mengutamakan kemajuan tetapi mengabaikan nilai-nilai moral manusia akibatnya mereka menuju kepada kehancuran.

Qarun, kaum 'Ad, kaum Samud dan kaum Luth semua mereka maju dengan pembangunan material tetapi mereka engkar dengan perintah Allah yang bawa oleh para Rasul maka mereka dibinasakan oleh Allah S.W.T.
  
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). 
(Surah at-Taubah ayat 24)

8. Lemah atau tidak bersedia dengan kerja-kerja amal Islam. 
Jika timbul perasaan malas bekerja untuk amal Islam dan sanggup membiarkan kerosakkan masyarakat berlaku tanpa di jalankan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah maka ini adalah petanda futur sedang melanda seorang da'i atau  seorang pekerja Islam. Kerja-kerja amal makruf nahi mungkar perlu dijalankan tanda kita menyahut seruan Allah S.W.T.

9. Menangguh-nangguhkan kerja.

Apa sahaja kerja yang membawa kebaikan dan amal soleh tidak boleh ditangguh-tangguhkan.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dikasihi, 
Marilah sama-sama kita tingkatkan iman kita kepada Allah S.W.T dengan melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Jika salah satu sifat diatas wujud pada diri kita sebenarnya kita sedang futur atau lemah iman maka perlulah kita perbaiki segera. Peruntukkanlah masa kita untuk berjumpa orang-orang soleh untuk menimba ilmu pengetahuan dan tarbiyah. Perbanyakkanlah membaca al-Quran, berzikir dan solat tahajud supaya kita dapat perbaiki iman dan jiwa kita yang lemah menuju kepada kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya Muhammad S.A.W. 

Wednesday, October 10, 2012

Ketika Cinta Memanggil



Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu

Ketika cinta memanggil
Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Berpadu kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

ARTIS : OPICK





Madah Cinta untuk Dia, Pemilik Cinta

Agar ht bisa merasainya tuk kesekian kalinya,
 "SAAT Cinta-Mu memanggilku", amin,
Janganlah Kau palingkan hati ini, 
setelah Kau memegang erat ht ku dalam pemeliharaanMu

oh Rabbku...
Hanya padaMu kuharapkan dalam dunia ini..
hanya CINTA-Mu yg kudamba memenuhi relung jiwaku,
Cinta-Mu yang teratas

Oh Allah..
Sirnakanlah HIJAB yang menghijabku antara Kau dan aku..
Moga aku sentiasa bersamaMu menikmati indahnya saat bercinta denganMu, Oh Tuhanku yang Maha tahu akan diriku T_T

walau kapan pun, selagi hayat masih di genggaman..
 hingga ku bertemu dgnMu..
Amin3 ya Rabbal A'lamin..


---

Musafir Dunia
~ Hapuskanlah Hijab antara Kau dan aku ~
20 Safar 1432 H
24|1|11

Wednesday, October 3, 2012

Hakikat Bahagia

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Alhamdulillah, walau apapun yang telah ditempuhi, walau sakit, duka dan kecewa.. Hanya hamdalah yang wajar terluncur di bibir yang lesu. Walau seberat mana pun hati menghadapi namun hakikatnya itulah kehidupan yang tidak sepi dari badai. syukur ^^.. Inilah Tarbiyah Ilahiyah.. Sabarlah dan Tabahlah hati kerana Allah sedang mengajarmu erti Sabar dan Cekal.. ^^


Mengapa rasa seperti bahagia datang dan pergi.. Mengapa perasaan itu silih berganti.. Mungkin hati belumpun mengetahui hakikat sebenar bahagia. Jadi Apakah sebenarnya bahagia itu? Sudahkah kita mengecapi sebenar-benar bahagia ? Saksikanlah bagaimanakah yang dikatakan hakikat bahagia itu..


HAKIKAT BAHAGIA


Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 
Bahagia itu ada pada hati 

Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 
Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila SUSAH Tiada Gelisah 
Bila MISKIN Syukur Pada Tuhan 
Bila SAKIT Tiada Resah Di Jiwa 
BUKANKAH TUHAN TELAH BERFIRMAN 
KETAHUILAH DENGAN MENGINGATI ALLAH 
JIWA KAN MENJADI TENANG 

KEBAHAGIAAN itu suatu KESYUKURAN 
Bila KAYA jadi insan PEMURAH 
Bila BERKUASA AMANAH 
Bila BERJAYA TIDAK ALPA 
Bila SIHAT TIDAK LUPAKAN TUHAN 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki

Album : See You D IPT
Kumpulan Nasyid : Unic



Semoga hati bisa tenang,
 walau apa pun badai datang menggugah, 
insya'Allah dibaliknya punya cerita nan indah dari-Nya,
Bukankah Allah itu Maha Penyayang,
Tentu saja semua yang terjadi,
bukti Kaseh Sayang-Nya,
buat hamba-hamba-Nya,
Senyumlah ^^
---
Musafir Dunia
~ Badai itu, Kaseh sayang-Nya ~
30 Safar 1432 H
03|02|11


Allahu Allah... 
oh Allah, izinkanlah ht insani sentiasa meRINDUi-Mu, 
Merasa SAYANG dn CINTA hanya kpd-Mu pemilik Cinta insani.. 
Allahu Allah..

Semoga Kita bisa menjadi hamba2-Nya yang beruntung, amin..



Ulasan Pembaca