Sunday, September 25, 2011

Syurga di Dunia yang Didamba



Syurga dunia dambaan hati
Syurga dalam rumahtangga
dimiliki oleh sepasang suami isteri
berupa ketenangan hati dan keharmonian jiwa

Indahnya syurga dunia
syurga yang disegerakan
sebelum syurga yang hakiki
yang jauh lebih indah dan besar nikmatnya

Punya pengemudi yang adil dan saksama
menebar sayang dan kasihnya
tidak berbelah bagi
terhadap penghuninya

Tolak ansur menjadi rencah
dalam kehidupan sehari-hari
maaf memaafkan pengikat setia diri
berkasih sayang inti segala resipi

Ramah mesra, saling berkongsi rasa
saling membantu dan memotivasikan
menyayangi dan disayangi
Saling hormat menghormati

demikianlah indahnya syurga dunia
syurga yang disegerakan
bagi pasangan yang telah berjanji setia 
dalam akad di hari pernikahannya

semoga diriku dan dirimu
sama-sama berusaha mencipta 
syurga dalam rumahtangga kita
Harmoni bahagia hingga ke akhirnya

Amin3 ya Rabbal 'alamin

31|3|2011
1:20 a.m
Idaman Hati Isteri
-Musafir Dunia-

Ulasan Pembaca