Friday, December 20, 2013

Cara mengelak diri dari hasutan jin, iblis dan syaitan


Bismillah...

Cara mengelak diri dari hasutan jin, iblis dan syaitan:
  • Pastikan Menjaga Solat
  • Hidupkan budaya membaca Al Quran
  • Amalkan zikir jika ada waktu kosong sendirian
  • Pastikan pulang ke rumah sebelum waktu maghrib. Sebab waktu maghriblah waktu jin dan syaitan berkeliaran. Pastikan sebelumnya kita tutup tingkap dengan menyebut nama Allah.
  • Tidur dalam keadaan berwuduk
  • Sebelum tidur membaca 3 qul dan ayatul kursi
  • Elakkan angan-angan yang dongeng dan panjang

Angan-angan yang panjang boleh menenggalamkan kita ke dasar yang jauh. Tanpa sedar ianya mengheret diri sehingga melupakan Allah s.w.t. Syaitan menggunakan angan-angan sebagai senjata bagi membinasakan manusia. Contoh dalam surah Yusuf, Zulaikha yang disebut sebagai Imraatul Aziz, adalah seorang wanita kaya dengan suami yang berpangkat tinggi. Kerana banyaknya masa dan kurangnya aktiviti kerohanian seperti zikir maka nafsunya bergejolak. Tidak dapat menahan perasaan walaupun sudah berusaha menahan dengan akal. Sedangkan nafsu itu hanya boleh dikawal dengan IMAN.

Friday, December 6, 2013

Tip Mudah Bangun Malam Imam Ghazali


Bismillah..


  • Elakkan makan terlalu banyak hingga membuat anda terlalu mengantuk, badan menjadi berat dan malas untuk bangun beribadat diwaktu malam.
  • Amalkan tidur siang kira-kira 20 minit sebelum zuhur atau sejurus selepas zuhur.
  • Masuk tidur malam selepas selepas Isyak seperti disarankan oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. itu tidak menyukai perbuatan tidur sebelum isyak dan berbual-bual selepasnya”
 
Ini kerana berbual-bual selepas Isyak berkemungkinan akan melewatkan tidur, dan menyebabkan sukar untuk bangun malam, malah mungkin terlepas untuk solat subuh!

  • Memahami kelebihan beribadat diwaktu malam. Dengan itu akan timbul keinginan mendapatkan pahala lebih dan mencapai tingkatan syurga yang lebih tinggi.
  • Tingkatkan kecintaan kepada Allah dan bersihkan hati dari dosa-dosa kecil dan besar. Ini kerana dosa-dosa yang dilakukan disiang hari akan memberatkan kita untuk bangun malam beribadat kepada Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sepatutnya kamu hendaklah mebiasakan diri bangun ditengah malam kerana yang demikian itu adalah amalan yang biasa dilakukan oleh orang-orang soleh sebelum kamu, ia juga satu cara untuk mendekatkan diri kepada tuhan, menebus segala kesalahan, menjauhkan diri daripada dosa dan menyingkirkan penyakit dari tubuh badan”

Ulasan Pembaca