Didik Al Quran

Wednesday, June 26, 2013

Akur Ketidakmampuan Diri




Dengan Nama Allah yang Maha Santun..

Longlai tubuhnya menghayun langkah namun digagahkan juga untuk berdiri dan terus berjalan. Biarpun dirinya nampak bersahaja tampak pada riak tubuh zahirnya, namun batinnya hanya Allah sj yang Maha tahu..

"ya Allah.. Ampunilah aku.. Aku tak mampu ya Allah.. Aku tak mampu.." merintih sendirian berteman dengan lilihan air mata yang mengalir deras. 


Kenderaan pacuan empat roda meluncur laju di lebuh raya utara selatan. Pemanduannya dengan kelajuan 120 km/j namun jiwa dan raganya tidak fokus kepada pemanduannya. Hatinya bagai dihiris belati yang tajam yang baru saja di asah dengan limau. Sakit yang amat dirasakan. 

"Ya Allah, jiwaku benar2 sakit menghadapi keadaan ini" rintihnya sendirian bertemankan air mata yang tidak jemu mengalir deras di pipinya..

* * *

"Ila dah xde baju dah nak pakai, cume baju ni je satu" tegas mahu memakai pakaian yang dipakainya.
"Xpe baju Mak Ani ada, pakai baju mak Ani aje lah" bicara Mak Ani memujuk Ila gadis belasan tahun agar tidak mengenakan pakaiannya yang seksi untuk dihantar pulang ke rumahnya.
"Ala.. Taknak! Nak pakai baju ni jugak! Ila bukannya keluar pun, Ila duduk dalam kerete je lah.." Bantah Ila 

"Janganlah macam tu, Ila kan dah baligh. Pakaian tu tak tutup aurat, berdosa.." Mak Ani masih dengan keputusannya.
"xnak!" Ila protes
"Kalau Ila xmahu pakai Jubah ni, Mak Ani xnak hantar Ila balik.." tegas mak Ani sambil memberikan jubahnya kepada Ila. Ila dan mak Ani tak jauh beza saiz tubuhnya. 
"Yelah!" Ila mengalah.

Mak Ani tersenyum puas. 
"Alhamdulillah" bisik hatinya mengungkap syukur.

Perjalanan pulang tidak sama suasananya sewaktu perjalanan pergi. Suasana sepi dan Ila mati bicara. Mungkin hatinya membungkam geram. Tiba-tiba terlihat Ila terlentuk di kerusi, tertidur. Mak Ani meneruskan perjalanan dengan tiada teman berbicara. 



Sesampainya di perkarangan rumahnya ia terus tersedar dari lenanya. Bagai dapat hidu akan bau rumah yang dirindu.

Nenek Ila menjamu Mak Ani sedikit hidangan. Mak Ani melabuhkan punggungnya sambil berbicara dengan nenek Ila. Sedetik kemudian, muncul Ila dari biliknya mengenakan pakaian putih sendat, berlengan pendek berseluar 'legging'. Pilu sungguh hati Mak Ani hanya Allah yang tahu.



"Mak Ani, hantar Ila ke kedai. Mak Ngah minta Ila ambil motor die" pinta Ila tanpa segan silu

Kelihatan nenek Ila kurang senang melihat cucunya berpakaian sebegitu didepan Mak Ani yang cukup disegani. Tetapi tidak pula Ila. Tiada malu seperti sebelumnya sewaktu mula bertemu dengan Mak Ani. Kini Ila makin menunjukkan siapa dirinya sebenar.

Mak Ani tidak dapat berbuat apa. Apa yang mampu dituruti saja. Namun hatinya menangis semahu-mahunya menunggu masa untuk dirembes keluar.

"Pergi dulu ye Teh" Mak Ani mengundur diri untuk pulang sementara Ila ada bersamanya untuk dihantar ke kedai seperti yang dipinta sebelumnya.



Sepi tanpa bicara. Segalanya bungkam. 


Setibanya di kedai, Ila tanpa segan silu menghulurkan tangan bersalaman dengan Mak Ani dan menghayunkan langkah menuju kedai tersebut dengan pakaian yang ketat dan menjolok mata. Pilu hati Mak Ani melihat gelagat Ila, hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau. 


Air mata yang sebelumnya ditahan-tahan kini tumpah mencurah-curah tiada hentinya.


* * *

"Ya Allah sungguhku lemah dan tidak berdaya. Ku tak mampu untuk membimbingnya. Bimbinglah dia ke jalanMu. Aku benar2 tidak mampu ya Allah.." Rintih Mak Ani sambil memandu pulang. Hiba sangat hatinya dengan cara dan sikap Ila yang bangga dengan dosa.

Mak Ani jatuh sakit.

Mak Ani sedar dirinya masih belum mampu untuk menghadapi madu' yang bermasalah. Tindakannya kini berubah arah. Dia tidak lagi mahu berhadapan dengan Ila, dia tidak mampu untuk menhadapi si gadis liar itu. Yang hanya mampu adalah dengan menggunakan medium yang dapat menghubungkannya dengan Ila melalui doa, SMS, surat dan 'facebook'

* * *

"Astaghfirullah T_T" Tersentak pilu Mak Ani melihat gambar2 yang di upload Ila ke laman media sosial fb.
"Innalillah T_T Ya Allah. Kasihanilah dia, bimbinglah dia" rintih Mak Ani sendirian apabila melihat gelagat Ila d fb. Sedih yang amat.

Mak Ani terasa sangat malu dengan gambar2 Ila. Ia secara langsung menjejaskan biah solehah yang telah sekian lama Mak Ani jaga di dalam fb nya. Hatinya terdetik mahu 'unfriend' Ila namun dalam masa yang sama kasihan kepadanya kerana jika bertindak demikian siapa lagi yang akan menegur Ila. Dilema.

Mak Ani memberi masa kepada dirinya sekaligus memberi peluang kepada Ila. Dalam masa yang sama, Mak Ani cube memberi nasihat demi nasihat, teguran demi teguran apa yang patut di fb Ila. Namun ternyata ianya tidak sedikit pun membuatkan Ila terkesan malah bangga dengan dosa yang diperbuatnya. Dia kelihatannya sangat gembira dengan komen-komen lelaki. Tahulah Mak Ani bahawa Ila tidak sedikitpun merasakan keberadaannya malah tidak menghiraukan semua teguran Mak Ani. Pilunya hati Mak Ani bukan kepalang. Kepada Allah di adukan semua duka.



"Maafkan Mak Ani, Ila. Mak Ani terpaksa unfriend Ila. Mak Ani hanya boleh bantu dengan doa setakat ini T_T Ampunilah hamba ya Allah sungguh hamba lemah ya Allah.." rintih Mak Ani sendirian.


* * *

Andai sahabat pembaca pernah menghadapi madu' yang bermasalah, kongsikan pengalaman anda di sini. Insya'Allah mudah-mudahan ianya memberi manfaat dan membantu kita semua untuk menghadapi para madu' yang bermasalah. Ye mungkin kita sudah biasa hadapi madu' yang baik dan tidak banyak kerenah, tapi bagaimana dengan mereka yang bermasalah ini untuk kita hampiri dan dekati. Kongsikannya demi ummah. Syukran


Wednesday, June 19, 2013

Pesan Iman


 
Bismillah..
 
Janganlah kalian mengAJAR orang untuk memBENCI kelak kamu pasti diBENCI oleh Penciptamu dan semua makhluk yang melata di muka bumi..

Janganlah kamu MENUDING JARI menyalahkan orang tanpa tahu KEBENARAN disebalik sesuatu perkara, kelak Allah pasti membuatmu tersesat dari jalanNya yang benar. Kamu juga mendapat keMURKAan Allah..

Kamu tidak diciptakan untuk memBENCI dan meMULAUkan saudara seISlAMmu. Jika demikianlah yang kamu lakukan, maka kamu menjadikan USAHA RASULULLAH sia-sia. Sedangkan Rasulullah mengajarkan kita untuk saling SAYANG menyayangi.

Apalah erti hidupmu jika hatimu BUSUK dan penuh NANAH BENCI.. Nur Ilahi pasti menjauh dari hati seperti itu, maka keGELAPan menutupi setiap relung hatimu.. Maka ia menjadi tempat syaitan menginap..

Bertaqwalah kepada Allah yang menciptakanmu..


Sedarlah wahai insan, yang dipinjamkan hati dan tubuh badan yang lengkap sempurna. Semua yang menjadi kepunyaanmu kini bukan milik kamu, ianya hanyalah pinjaman sementara selagi hayat dikandung badan. Suatu saat AJAL menghampirimu, saat itu bercerailah nyawa dari tubuh yang selalu kau banggakan.

Tiada berguna sedikit pun dari harta dunia mahupun keluarga dan sanak saudara. Yang akan menemanimu hanyalah IMAN dan AMAL. Waspadailah dengan HATImu.. Kerana hanya HATI yang BERSIH saja yang akan diterima Allah. 




Justeru, bagaimanakah keadaan HATImu saat ini? Sudah cukup SUCIkah ia? Ataukah penuh dengan NANAH BENCI, peMUSUHan, peMULAUan dan menyalahkan? Jika demikianlah bagaimana persediaanmu menghadapi MAUT yang semakin hampir?!

Ayuh sama berMUHASABAH...

p/s: Oh Allah bimbinglah hati kami menjadi hati yang SUCI dan BERSIH. Amin3 ya Robb

Tuesday, June 11, 2013

Detik Terindah





Bismillah..

".. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)


setiap detik adalah detik terindah dalam kehidupan insan. Masakan tidak, setiap detik telah diaturkan oleh Maha Pengatur yang terbaik untuk kita. Jadi tidak ada sedetik pun masa yang buruk bagi kita. Kerana Allah Maha Kasih-Nya telah merancang hal yang terbaik dalam hidup kita. Surah 2 ayat 216 di atas betul-betul menjadi motivasi buat hati-hati yang terluka dalam menghadapi saat yang membuatnya menangis. Ayat tersebut sudah cukup membuatkan mata yang basah berhenti dari terus basah. Akhirnya mengukir senyuman dan sujud syukur lantaran nikmat yang Allah timpakan kepadanya. Ianya juga adalah suatu nikmat sebenarnya yang kita sering buta menilainya.

* * *

"Ya Allah.. Ku serahkan urusanku kepadaMu. Pilihkanlah seorang suami untukku yang menyayangiku keranaMu, yang santun padaku, yang penyayang, amin3 ya robbal a'lamin" monolog seorang gadis kepada Tuhannya suatu masa dahulu..

Akhirnya si gadis dinikahi oleh suami yang dipilihkan Allah untuknya, tanpa kenal siapakah gerangan sang suami sebelumnya.

Detik terindah saat itu bagi seorang gadis adalah bergelar seorang isteri.

Allah telah mengatur hidup si gadis dengan sebaik-baik perancangan. Lelaki yang telah pun beristeri menjadi teman hidupnya. Semua dilalui dengan bersahaja pada awalnya.. Namun hatinya dijentik sedih sedikit demi sedikit. Kesedihan yang datangnya daripada orang banyak, membuatkan matanya sentiasa basah. Menggugah hatinya dalam langkah meniti hari-hari yang mendatang sebagai seorang isteri kedua.

"kenapa orang membenci kepada isteri kedua? Kenapa tegar mereka melabelkan perampas! Ya Allah, Kau Maha tahu bahawa aku tidak mengenali suamiku, aku mengenalinya setelah aku dinikahinya. Bukankah poligami adalah HALAL dan sunnah yang Nabi tunjukkan?" bermonolog sendirian. Sedih.


Namun ayat Allah ini sudah cukup memberi kekuatan kepadanya untuk terus bangkit berdiri. Memberi kesegaran semula. Ayat Allah ini seakan memujuk-mujuknya yang dilanda kesedihan yang tidak terbendung..

".. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

"... Aku tidak kuasa menolak kemudharatan mahupun mendatangkan manfaat kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah" (10:49)

"Janganlah engkau bersedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (10: 65)

Lantas bangkit mengesat air mata yang merembes di pipinya. 


Detik terindah saat itu bagi seorang isteri adalah sabar dan tegar mengharungi mehnah dariNya. Tulus dan terus ikhlas menjalani hari-hari sebagai seorang isteri yang menyenangkan suami. Dalam masa yang sama menjadi hamba yang taat kepada Pencipta. Biiznillah

* * *
 
Allah sajalah tempat mengadu. Allah pasti menunjukkan kebenaranNya bagi mata-mata yang buta. Dunia ini bukanlah tujuan. Cukuplah, bukan masanya untuk meratap dalam kesedihan lantaran diwujudkan oleh orang banyak. Bukankah redha Allah saja yang didamba. Usah pedulikan apa kata manusia. Tapi pedulilah apa Allah kata. Allah Maha tahu segalanya. Cukuplah hanya Allah yang tahu bahawa takdirmu di aturNya. Suatu yang terbaik dan terindah buat hambaNya. Nikmatilah setiap detik terindah kurniaanNya, insya'Allah.. Senyumlah dengan senyuman yang terindah. :)

Tuesday, June 4, 2013

Kan Ku Jejaki Langkah itu

Si cilik ini berusia 6 Tahun telah khatam Al-quran pada awal usianya Alhamdulillah. Ditemani ibu beliau ketika majlis khatam Quran. Allah rahmati kalian, amin
 
Bismillah..
Alhamdulillah syukur dengan Rahmat Kasih-Nya telah mengaturkan diri yang lemah ini menghadiri satu majlis yang indah yang di sana berkumpulnya para malaikat dan orang-orang yang memuliakan al-Quran. Majlis ini bagi menghargai usaha anak kecil ini mempelajari al-Quran dan telah khatam di awal usia. Subhanallah tabik spring diberikan kepada kedua ibu bapa beliau kerana berjaya mendidik anak dengan Al-Quran.

Saat si cilik memulakan majlis, subhanallah.. Tersenyum ana dibalik sehelai kain. Tanpa sedar air jernih merembes di anak mata, kagum. Bacaannya tartil, bertajwid dan dengan makhraj yang betul.. Memimpin majlis, subhanallah.. Sekecil ini sudah mampu dan layak menjadi imam, mengimami solat. Kerana ciri imam yang paling baik adalah yang paling baik bacaannya. Inilah generasi yang patut diwujudkan oleh ramai lagi para ibu bapa di luar sana.

"Tahniah3! Macam mane mendidik anak boleh khatam seusia awal begini?" tanya seorang tetamu kepada si ibu saat menemani si cilik bersalaman dengan tetamu yang hadir.
"Banyak sabar" Ringkas jawab si ibu dengan senyuman yang meniti dibibirnya

Masya'Allah.. Allah muliakan mereka dengan Al-Quran. Tidak putus putus hatiku berbicara dengan sang pencipta agar Dia merezekikan diriku kekuatan dan kesabaran serta ketabahan untuk mendidik zuriatku kelak. Agar generasiku menjadi insan yang Taat kepada pencipta, menjadikan Rasulullah role model dan menjadikan al-Quran sebagai teman setianya. Allahu Allah.. doa tidak putus-putus terucap di bibir dan hati saat mata menatap kagum si cilik yang mengalunkan bacaan ayat suciNya. Allah Maha Besar meliputi setiap sesuatu.. Muliakan kami juga dengan al-Quran, amin..

Ulasan Pembaca