Thursday, June 28, 2012

Layanan Baik untuk Semua

Dengan Nama Allah yang Maha Sempurna. Selawat dan salam kepada Rasul junjungan yang Mulia. Maha suci Allah mendidik nabi yang sangat sempurna budi pekertinya. Masya'Allah.. Mendengarkan kisah baginda membening hati dengan Iman, menyubur cinta nan kerinduan padanya. Allahu akbar. Rindu benar mahu bertemu denganmu wahai kekasih Allah T_T




Alhamdulillah Allah izin telinga mendengar bait-bait indah yang membawa kita kepada mahabbah Rasulullah. Menghubungkan ruh dengan Allah azzawajalla Allahu akbar.. Siaran IKIM.FM di pagi hari, 'Motivasi Pagi'. Ana kurang suka term motivasi pagi jd term yg ana namakan sendiri adalah '
Inspire Hope'. Dengarlah saudara, nikmatilah sendiri saat mendengarkannya. 


Semoga Allah memelihara ustz Ibid, yang memenuhi slot 'Inpire Hope' agar terus berdakwah untuk ummat, menyubur hati kita semua dengan Nur Iman dan Mahabbah Rasul, amin. Semoga Allah merahmati kita yang mendengarkannya, Allahumma amin. 

Sikap Kita Terhadap Pesalah
Insya'Allah kali ini nak ana bawakan sedutan daripada intipati siaran yang Allah izin ana dengar pada pagi rabu, 7.30 pagi. Tajuk kali ni berkisar tentang layanan baik Rasulullah adalah kepada semua. Tidak dipilih-pilih, semuanya sama. Mulia dan Indah. Bagaimana sikap kita bila berhadapan dengan pesalah yang melakukan kesilapan. Bagaimana sikap guru-guru menghadapi murid-murid yang melakukan salah laku disiplin. Bagaimana sikap kita sebagai ibu bapa menghadapi karenah anak-anak yang melakukan kesilapan. Waktu tu kita dapat nilai diri  kita, betapa jauhnya kita dengan peribadi agung Rasulullah.

Sikap Rasulullah Terhadap Pesalah
Rasulullah melayan semua dengan layanan yang baik. Oleh sebab itu kita juga harus melayan semua dengan baik walaupun dengan orang yang melakukan kesilapan. Sekali silap tidak beerti silap selamanya.  Rasulullah yang Agung menunjukkan bagaimana Baginda menyikapi orang yang bersalah. Kisah Rasulullah dengan Wahsyi, pembunuh saidina Hamzah r.a dalam Perang Uhud. Ummat Islam menjadi sangat marah dan mahu membunuhnya, tetapi mulianya Rasulullah hanya memaafkan dan mengharapkan Islam kepadanya. Subhanallah! Ini yang patut kita contohi. Sukarnya berbuat memerlukan kita mujahadah melawan nafsu. Allahu akbar. 

Setelah Rasulullah mengislamkan Wahsyi, Rasulullah pun bertanya kepada Wahsyi, bagaimana dia membunuh Saidina Hamzah. Wahsyi berkata, saat Hamzah berentap melawan musuh Islam dalam perang uhud, Wahsyi datang dengan tombak dan telah menombak Saidina Hamzah dari belakang (serang curi). Kemudian Rasulullah menangis dengan sangat hiba T_T Baginda teringat akan Saidina Hamzah dan Baginda sangat merinduinya. Kamudian Rasulullah bersabda kepada Wahsyi,


"Jauhkanlah dirimu dariku kerana aku takut apabila aku melihatmu aku akan teringat akan Hamzah lalu aku menjadi marah kepadamu"


Khatimah
Subhanallah! Pekertimu sungguh mulia wahai Nabi Allah. Sedih dan pilu hati ini mengenangkanmu. Hati sedang merindumu wahai kekasih Allah. Allahu Rabbi. T_T Semoga kita sentiasa merindui Baginda Rasul. Banyak selawat dan mengamalkan sunnah, insya'Allah. Biarlah rindu kita menjadi wasilah untuk kita dapat bertemu Rasulullah nanti, Allahumma amin..

Alhamdulillah, serba sedikityang dapat dikongsikan. Yang banyak mungkin tidak sempat dirakam dalam memori ana yang serba lemah tanpa kekuatan dari Allah. Bagi yang mendengarkannya boleh tambah mana yang kurang. Dan bagi yang belum mendengarkan, siarannya setiap hari Isnin hingga jumaat, 7.30 pagi. Siaran ulangan jam 7.30 malam. Insya'Allah..

Bersama menyubur Iman dan Mahabbah Rasul.

Allahu taala a'lam..

Tuesday, June 26, 2012

Apa Salahku




Apa salahku padamu duhai insan
Aku hanya berjalan atas TAQDIR Tuhan
Akur dan patuh pada IRADAH Tuhan
Aku disisih disingkir sungguh memilukan

Apa salahku padamu
Aku hanya meniti arus yang ditentukan Tuhan
Berjalan seiring dengan kehendak Tuhan
Tanpa sedikit pun ku ingkari sebuah firman

Apa salahku padamu insan
Kerana Allah ku diTAQDIRkan hadir
kerana Allah ku jalani sebuah ketentuan
Justeru mengapa aku disingkir

Ketahuilah Insan
Aku ini hamba Tuhan
Tunduk hanya pada ketentuan Tuhan
Tiada lain yang ku harapkan, hanya REDHA Tuhan

--
Berjalan di atas kehendak Tuhan menjadi satu HUKUMAN buatku dr INSAN
- Musafir Dunia @ Al-Hijrah Solehah -
12.00 a.m| 26062012

Monday, June 25, 2012

Syahdunya Seruan



REPOST
Alunan azan merdu berkumandang
Lunak dan indah dilantunkan
Puji-pujian, kesaksian dan seruan
Telinga dan hati amati setiap bait yg dialunkan

Sejuk yg nyaman dirasakan
Menusuk di kalbu nan kerinduan
Tatkala jiwa menikmati indahnya seruan
Sang hati tersentuh

Mutiara jernih bergelinangan
Menahan sebak yg melanda jiwa
Kerinduan yg tidak tertahan
Rindu pada Tuhan

Rindu pada pakaian suci dan sejadah cinta
Tempat mendamba KASIH SAYANG tuhan
Segerakan langkah menyahut panggilan
Moga Allah sentiasa didahulukan

-- 

Suburkan basahilah hati ini dengan Nur-Mu
- Musafir Dunia @ Al-Hijrah Solehah-
31/10/08 

Saudaraku seIslam.. 
Gapailah CINTA KASIH SAYANG-Nya dgn menyahut seruan azan yg berkumandang dan bersiap sedia, bersegeralah menunaikan panggilan suci itu, moga kita dalam Rahmat dan Kasih sayang-Nya, amin.

Saturday, June 16, 2012

PadaMu Hanya Pada-Mu...





Maha Suci Engkau ya Allah, segala puji hamba hanyalah bagi Allah..

Ya Allah, hidupkanlah hati kami, hati saudara-saudara kami yang seiman dan seperjalanan dengan bertawakal kepadamu dan taat kepadamu. Hiasilah hati kami dengan zikir dan mengingatimu sepanjang hayat sehingga kami memenuhi panggilanmu.

Ya Allah, sibukkanlah hati kami semua bagi bermakrifat kepadamu dan sibukkanlah seluruh anggota tubuh kami semua dalam ketaatan kepadamu. Amin3 Ya Rabb..

Saudaraku sehati seiman dan seperjalanan, teruskanlah berdoa untuk saudara seIslam kita, tidak kira dimana pun berada. Ketahuilah saudaraku, doa adalah ikhtiar yang teratas sekali berbanding ikhtiar yang lain. Demikianlah kata-kata Ulama', Syeikh Nuruddin dalam salah satu ceramahnya. Semoga Allah merahmati beliau. Masakan tidak, bila diimbas kembali sirah Rasul-rasul kita, doa cukup memainkan peranan yang sangat penting. Rasul mulia, Muhammad saw sebagai teladan kita, baginda hadapi apa saja dalam kehidupan baginda dengan 'doa'. Yakinlah! yakinlah duhai diri, doa senjata paling utama kita..

Sabda Baginda; "Addua' silahul Mu'min" doa itu adalah senjata orang mukmin..
yakinilah!

Sunday, June 3, 2012

Tuntunku KepadaMu

Allah..
Jangan biarkan aku alpa dan terleka..
Lupa dan leka dari mengingati Mu..
Kerana kuperlukan-Mu

Allahu Allah..
Jasadku lesu tidak bermaya..
Langkahku longlai..
Temani aku oh Allah..

Jangan menjauh dariku, Wahai Allah..
Walau sering khilaf,
ku masih menagih kasihMu tanpa henti..
Temani aku hingga kita bertemu..

--
Agar hati tidak jauh dari-Nya
- Musafir Dunia -
12:00 a.m | 080512

Kusedari Engkau sanggup mengambil kembali kurniaan-Mu
kucuba selalu ingat, takkan sia-siakan segalanya
Kerana suatu hari semua akan tiada lagi
Dan di akhir hayat kumohon
Kau redha padaku

Allah, Ya Allah
Tuntunku untuk tiba di Jannah-Mu
Ya Allah, Ya Allah
Jangan jauh dariku kudamba cahaya-Mu
Bersamamu kuingin dekat
Dekat dengan-Mu sepanjang usia

Ya Allah, Oh Allah!
Dampingi langkahku
Kusedari, kadang kulupa
Mungkin ini nafasku yang terakhir
Ampuni kurangnya syukurku
Maafkanku, raguku akan kasih-Mu

Nanti, suatu hari
Saat duniaku usai berakhir
Di akhir hayat kumohon
Kau redha padaku

Hari berganti
Kuyakin waktuku kian singkat
Tuhanku, biarku genggam dunia ini
Tanpa mencintainya
Karena ku kan segera pergi

Tuntunilah aku
Setiap langkahku

By: Maher Zain
Edited by: Musafir Dunia

Ulasan Pembaca