Didik Al Quran

Thursday, October 30, 2014

Task untuk anak

http://www.mamapeduli.info/2014/07/kerja-rumah-yang-sesuai-mengikut-umur.html?m=1

Saturday, October 25, 2014

Sentuhan Selamat

[1:10am, 13/09/2014] Izzati:
Nk ty kak maz ni..klu yusra suka menjerit n mengada2 tu mcm mne ye soution nye? kami xtau nk bwt cmne dh..bile pk kan mgkib nk crik perhatian tp kami beri sepenuh perhatian kt die..msih mcm tu jgk..
Mgkin ke die cemburu dgn adik die ke? sbb die slalo tolak adik die smpi jatuh..berulang2 kali kami ckp scara baik tp msih x beri kesan..buntu sy di buat nye. .tolong...

[1:38am, 13/09/2014] Kak Maznah IPN: Sbr dan teruskan apa zati dh buat tu ye. 

Tmbhan : bg mesej masa anak tdo, ucpkan apa zati nak dia buat. Ni tips rakan2 sini juga. Skripny mcm hypnotise: yusra kakak yg baik, lemah lembut, selalu buat sntuhan
selamat dgan naufal, anak solehah, dengar kata umi abah, etc.

Dan doa yg "Allahumma faqqiha fiddin. Wa'allim hutta'wil" boleh diamalkan slalu. Niatkan  apa yg zati mahu pd anak tu ya. Amik masa, zati utk berubah 100%. Sbb age mcm ni fasa ekspresi emosi dhn tgkahlaku, hijai sntiasa xsmpt trafficlight merah

Tip ibu rose, amik tgn anak dan buatkan usapan syg tu. Amik tgn yusra dan usap lengan/kepal/ badan naufal, smbil ucp skrip baik2 tu.
[1:38am, 13/09/2014] Kak Maznah IPN: *hijau
[1:38am, 13/09/2014] Kak Maznah IPN: Bg yusra raza beza sntuhan lembuy dgn kasar, ada beza.
[1:40am, 13/09/2014] Kak Maznah IPN: Dan klu yusra dah pndai bercerita. Tanya apa dia rasa/fikir, ambil satu pengalaman terkini, cth petang td, yusra ingat tak masa kita jalan td, yusra ada tertolak adik. Yusra nk apa sbnrnya ya. Ibu tau yusra sygkan adik naufal tp yusra .... (Geram?/etc) sbb tu yusra ter tolak adik. Yusra x sengaja,kan.
[1:43am, 13/09/2014] Kak Maznah IPN: Di satu insiden fateh, rupanya dia geram dan marah aunty tu, sbb semata "aunty tengok fateh" (fateh jnis xsuka org tenung dia sgt). Simple je sbb dia tp kita ingat lain dan jauh sgt. Pstu sy kata la, aunty tgk sbb fateh comel, baik, xpe la aunty tgk lebih skit.

Dia ikut mood, mood ok xkisah org tgk dia, mood xok, mmg xsuka org tgk dia. Mcm kat ofis lama hkl td, sy lawat unit knslg sy, depa duk tgk dia smbil nak dia slm mereka, fateh jwb "jgn tengok fateh", sumer pun baik2 dan kata, oh tak blh tgk, ok xpe la.. mcm tu la. Sbr jela sy..

[1:46am, 13/09/2014] Kak Maznah IPN: Klu zati suspect dia cmburu adik, elok zati amik masa ruang bsendiri dgn yusra dan tnya elok2 apa dlm hati dan fikiran dia. Msti ada sesuatu. Bdk kcik dah ada emosi tersndiri yg unik elak underestimate anak kcil tau. Sgt tak sangka bila kita dh tau sbb sbnr dia jd mcm tu.

[1:52am, 13/09/2014] Kak Maznah IPN: Fateh pun tahu furqan dah mana baik buruk, mcm dia duk baca buki baby khalifah td, 'my first adab', dia tau org ni x elok sbb x pulangkan dompet kakak, tp dia xfaham kenapa kakak penting nak guna dompet dia, so sy xplain lbh skit sbb dia dh bertanya (ni sesi storytelling xsmpt rakam nih),

pastu psl gmbr budak berebut mainan, pun dia tau xelok berebut, so sy masukkan elemen peristiwa dh berlaku, iaitu bila dia berebut brg mainan kwn dia najla dan abg hazieq, tup tup dia rasa sedih sbb dia xleh kontrol behaviour dia. (Ni sy lupa nak balut sdih dia), sy just bg solusi je yg biasa iaitu bgtau elok2 apa fateh nak, skrip "boleh ateh pinjam?" Dan smua org bila fateh minta elok2 akan bg pinjam. Dia jwb "alaaa...", skang sy fikir balik  mgkin sbb dia still feel bad ttg tgkahlaku dia, so sy lupa nak refleksi emosi dia xpe nnti ada masa recover balik.

So makna anak tau dan blh beza mana baik buruk, tp semasa event berlaku dia xsmpt nak kontrol diri dari terkasar. Especially klu kita x observe, dia xingat nak berlembut. Klu sy kat blkg dia dan nampak, sy akan terus remind dan dia buat yg permintaan baik tu. Dan magic, biasanya mmg dia dpt. Bdk satu lagi akan jwb otomatik "boleh!", mksud blh pinjam. Masa bual ttg page gmbr td, skrip blh pinjam tu, dia sndiri jawab spontan "boleh!"

Tuesday, October 14, 2014

Gen-Z & Gen-A: Didik Anak Cara Rasulullah

PERSEPSI @ TVAlhijrah, 8 September 2014

Tajuk: Gen-Z & Gen-A: Didik Anak Cara Rasulullah

Ahli Panel: Prof. Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) & Ummi Roses

IBU ROSE
=========

1) “Anda akan jadi seperti yang anda baca, lihat & dengan siapa anda bergaul”

2) Teknologi adalah ALAT. Bergantung pada cara penggunaannya. Sekiranya digunakan dengan baik, baiklah jadinya. Begitulah sebaliknya. Apa yang penting ialah ibu bapa perlu beri GARIS PANDUAN. Antara garis panduannya ialah INTEGRITI dan ia perlu diajar sejak kecil.

3) Ciri-ciri generasi:

a) Generasi Babyboomers:
- Taat & patuh, command & control, senang diarah & mendengar cakap

b) Generasi X:
- Suka memberontak tetapi masih taat

c) Generasi Y:
- Suka bertanya WHY?
- Sentiasa ingin tahu
- Sentiasa mencari alternatif lain
- Dilahirkan oleh generasi Babyboomers yang taat & patuh – jadi bila gen Y bertanya, mereka rasa seperti anak mereka tidak mendengar cakap ibu bapa
- Sebenarnya gen Y begini disebabkan oleh perkembangan corak fikiran manusia & juga sebab manusia dilahirkan dengan kebebasan memilih

d) Generasi Z:
- Suka negotiate sebab hidup dalam dunia teknologi

e) Generasi alpha
- Mudah untuk ‘handle’ sekiranya ibu bapa tidak ikut cara didikan ibu bapa Babyboomers
- Tiada paksaan tetapi perlu beri explanation – “Anak yang dididik dengan reason akan jadi reasonable” & “Anak yang dididik dengan kefahaman akan jadi mudah faham”

4) Kebanyakan ibu bapa lupa yang anak-anak ada fikiran/suara/pendapat sendiri – perlu contohi Rasulullah SAW yang sangat menghormati kanak-kanak & beri pilihan pada mereka.

5) Elakkan dari mendidik anak-anak dengan keras kerana anak akan memberontak. Ibu bapa tidak menekan anak selama-lamanya kerana makin lama mereka makin membesar sedangkan ibu bapa makin tua.

6) Sekiranya anak sudah remaja, bagaimana cara untuk membetulkan keadaan?
• Cara disiplin yang keras menyebabkan hati anak2 keras, EQ mereka beku. Jadi, perlu nyahbekukan hati mereka.
• Balik rumah, jgn terus marah mereka tetapi dekati mereka sedikti demi sedikit.
• Ini bukan masa untuk membetulkan anak2 tp masa untuk reconnect.
• Ia memerlukan istiqamah, perlu turunkan ego, perlukan kesabaran untuk masuk ke dalam hati yang sudah tertutup.
• Perlu skil & ilmu komunikasi iaitu – MENDENGAR & MENYOKONG
• Banyakkan solat taubat/hajat kerana Allah yang pegang hati anak. Oleh itu, kembalilah pada Allah.

7) Semasa anak2 kecil, spend masa dengan anak2. Kalau tidak, anak tiada masa untuk kita apabila kita sudah tua.

8) Rutin/garis panduan di rumah membuatkan anak2 rasa lebih selamat! Jika tidak, hati/jiwa mereka bercelaru.

9) Tidak perlu pukul/cubit anak. Sekiranya anak panjat, biarkan asalkan selamat. Sebelum melarang, tengok dulu samada salah atau tidak, selamat atau tidak apa yang anak2 buat. Kalau buang barang, minta anak2 kemas semula.

10) Sebelum ke mana2 PESAN/BERI SYARAT dahulu pada anak2.

Contoh:
Sebelum ke kedai, beri syarat pada anak2... “Pergi kedai nanti boleh beli 1 barang sahaja yang berharga RMxx. Kalau nangis, letak semula barang itu.” Pastikan ibu bapa berpegang pada kata2/janji pada anak2. Sekiranya anak guling2 pun pegang juga pada syarat yang ditetapkan.

11) Anak2 berusia 1 thn setengah sehingga 4 tahun berebut mainan kereana mereka sedang belajar tentang interpersonal skill! Mereka sedang dalam fasa egocentric yang perlu dipelajari untuk kelangsungan hidup mereka. Oleh itu, jangan hakimi anak atau ibu bapa kepada anak tersebut

12) Kesimpulan: Anak-anak ada perjalanan hidup sendiri. Ada masa mereka jatuh kecundang. Ibu bapa yang berperanan untuk mengangkat mereka agar bangun semula. Ibu bapa & anak2 perlu sama2 mencari REDHA ALLAH!

-----------------------------------------------------------------------------

Ummi Roses
==========

1) Situasi di Raudhatus Sakinah:
• Dulu – berzina dengan seorang sahaja... samada kekasih atau tunang
• Sekarang – berzina dengan lebih dari seorang – kebanyakannya berkenalan melalui media social

Sebab:
• Ibu bapa tidak up-to-date dengan perkembangan teknologi, tiada akaun Fb
• Ibu bapa kurang berkomunikasi dengan anak-anak
• Pendidikan sepatutnya bermula di rumah!

2) Menurut Saidina Umar, “Didik anak mengikut zaman mereka.”

3) 3 tahap pendidikan anak-anak:

a) 7 tahun pertama: Bermain dengan anak2

b) 7 tahun kedua: Disiplinkan anak2 – bukan dengan arahan/rotan tapi dengan explanation

Contoh:
• Urus masa (schedule/rutin) – timing masa bermain ipad sebab lain ipad lama2 tidak elok untuk mata
• Susun kasut & kemas rumah supaya rumah cantik, bersih & selesa

c) 7 tahun ketiga: Berkawan dgn anak2

- Dengar pendapat/cadangan anak2
- Kalau tidak setuju dengan pendapat/cadangan mereka, negotiate! (Negotiation itu penting!) Contoh: Cadangan tu bagus tapi apa kata kita cuba begini? Ok tak?
- Jadi kawan bukan bermakna kena sentiasa bersetuju!
- Sekiranya apa2 perkara tidak baik, tegur, nasihatkan & rationalize! Beritahu mereka tidak boleh buat begini sebab begini…

4) Tanya apa impian anak-anak! Siapa lagi mahu tanya kalau bukan ibu bapa?
Jika ibu bapa tidak bercakap dengan anak2, anak2 tidak mahu dengar cakap mereka. Anak-anak akan bercakap dengan orang lain dan mereka mungkin mengambil kesempatan pada anak2.
Ibu bapa perlu belajar MENDENGAR!

5) Kebanyakan ibu bapa suka merujuk pada cara barat dalam mendidik anak-anak sedangkan sebenarnya cara barat itu datangnya dari Rasulullah SAW.

6) Elakkan dari compare anak2!

7) Raudatussakinah tidak menggunakan rotan untuk disiplin tetapi mengikut agama iaitu adab & Sunnah. Antara rutin di Raudhatussakinah:
Isnin & Khamis – puasa sunat
4 pg – solat & bermunajat pada Allah (setiap hari!), solat subuh berjemaah

8) Bertunang bukan tiket untuk ke hulu ke hilir! Bertunang sekadar untuk cop/tanda dia sudah berpunya. Ibu bapa perlu main peranan, kena tetapkan batasan mengikut batasan syara’.

9) Kesimpulan: Jadikan anak-anak di luar sana sebagai anak2 kita. Tegur & nasihati mereka dengan kasih sayang seperti anak sendiri.

~ Ayat ditulis & diolah oleh Nazrah

Tuesday, October 7, 2014

Cerita Gen Terkini

Prof. Dr. Rozieta Shaary

CERITA BABY BOOMERS, GEN X, Y, Z DAN ALPHA

Semalam di PESEPSI TV AL HIJRAH Ibu bercakap mengenai keunikan setiap Generasi, baby boomers, Gen X, Gen Y, Gen Z dan Gen Milinea (Alpha).

Sebenarnya bukan corak parenting saja berbeza untuk setiap genarasi ini, malah corak bekerja juga berbeza, corak marketing juga berbeza, cara bercakap juga berbeza. Bukan semuanya tidak baik atau buruk. Perubahan ialah perubahan, baik dan buruk terpulang bagaimana kita menggunakannya.

Ibu bapa muda zaman ini, ialah dari generasi Y dan anda mengibubapakan generasi Alpha.

Gen Y adalah generasi yang suka hendak tahu kenapa dan mengapa dan membawa kepada penyelesaian lebih hebat terhadap sesuatu masalah kerana mereka membawa bersama kefahaman teknologi dan maklumat.

Anak-anak kecil mereka pula lahir-lahir, jari sudah pandai nak swipe, tak percaya cuba letak baby yang baru 5-6 bulan dekat dengan ipad, dengan sendiri jarinya akan swipe muka ipad itu. Bagaimana ya? ini namanya 'transfer of information through DNA'. Itu cerita lain pula...nanti Ibu kongsikan.

Indahnya kejadian Allah ialah, Gen Alpha ini yang sering dikatakan degil dan suka mengamuk ini, ubatnya ialah penerangan yang jelas yang memuaskan hatinya. 'Give good reason for every action'. Explain. Jelaskan dengan baik. Bermula sejak mereka masih 0 tahun lagi. Bukan marah, larang, cubit atau takutkan saja.

Lihat betapa indahnya Allah menjadikan. Apakah kelebihan generasi ibu bapa mereka? Ya, gen Y yang suka bertanya dan ingin tahu. Gen Y yang suka ingin tahu ini yang hidup di zaman IT ini sepatutnya menghujani diri mereka dengan informasi yang boleh didapatkan dengan menekan keyboard sahaja. Sepatutnya, mereka ialah ibu bapa yang bermaklumat.

Anak yang dahagakan reason, dan ibu bapa yang sepatutnya boleh memberi reason dengan baiknya, disatukan. Itu yang indahnya.

Yang menjadi masalah ialah anak yang dahagakan reason, tetapi ibu bapanya hanya tahu menggunakan cara suruh diam, melarang dan penjelasan yang tidak munasah yang diambil tanpa faham dari generasi ibu bapa baby boomers. Itulah masalahnya.

Anak disuruh taat dan patuh tanpa penerangan yang jelas dan penanaman nilai sejak 0 tahun lagi. Sedangkan anak gen alpha ini mahu taat kerana faham dan memberi kerjasama kerana itulah akhlak yang mereka pilih untuk berinteraksi dengan ibu bapa. Manalah tidak berperang anak dengan ibu bapanya!

Satu perkara hendak Ibu berpesan di sini. Memanglah bila dengan anak semuda 1-2.5 tahun, anak itu belumlah boleh betul-betul mengerti apa yang kita katakan. Perkembangan otak mereka pun belum masuk ke otak berfikir mereka. Oleh itu bila anda menerangkan, mungkin dia tidak terus berhenti melakukan perbuatan yang salah itu.

Seperti menanam pokok juga, mula-mula kita menanam biji benih, kemudian barulah tumbuh akarnya dan kemudian batang kecilnya dan keluar daun. Semasa itu pokok itu masih kenit sahaja dan baru hendak memulakan proses fotosintesis untuk ia hidup sendiri.

Anak kecil pun seperti itu, 0-3 tahun itu adalah proses menanam benih dan membaja, menyiramnya supaya bila usianya 3 tahun, dia sudah dapat mengambil nilai murni itu dan menjadi dasar untuk dia membuat pilihan.

Panjang cerita kita ini...nanti Ibu akan cerita lagi ya.

Ibu doakan anda semua semakin bijak menggunakan kelebihan yang Allah beri dalam mengibubapakan anak-anak anugerahNya ini.

Ulasan Pembaca