Didik Al Quran

Saturday, May 3, 2014

Gajet Oh Gajet


Anakku, membesarlah dengan Nur Allah..

Bismillah..
Menjadi seorang ibu tidak semudah ABC demikian juga bergelar isteri bukan semudah 123. Segalanya memerlukan ilmu, iman dan amal. Bagaimana seorang isteri mahu capai 'solehah' jika tiada ilmu tentang isteri solehah yang digariskan dalam agama. Begitu juga dengan ibu, bagaimana seorang ibu mahu menjadi ibu mithali jika ilmu menjadi ibu mithali tidak ada! Ilmu adalah titik mula sesuatu perjalanan, disusuli dengan iman dan amal.

Jika ilmu sudah ada, ianya perlu dikuatkan dengan iman agar segalanya berjalan sejajar dengan Firman Allah dan mendapat rahmat dari Allah. Imanlah penggerak menuju amal. Allahu akbar. Ketiga-tiga kunci penting tersebut perlu diusahakan sehabis baik dengan menempuh pelbagai rintangan. Ianya perlu kepada pengorbanan. Jika seorang wanita itu sering bergelumang dengan rutin 'malas', bagaimana mahu menjadi seorang isteri mahupun ibu?! Kerana perjalanan seorang isteri @ ibu itu bukanlah semudah memandu kereta! Sedarlah kamu para wanita sebelum kamu disedarkan dengan keadaan :)

Hati penuh dengan impian, namun realisasinya bergantung kepada keupayaan diri, dan paling utamanya adalah keIzinan dan rahmat dari Allah. Antum yang membaca, tolong doakan ana ya, moga Allah memberi kekuatan kepada batang tubuh ini untuk memberi yang terbaik kepada diri sendiri dan keluarga. Sungguh ana perlukan doa orang-orang beriman seperti antunna. Senjata orang mukmin adalah doa, yakinlah akan kekuatan doa.

wallaua'lam

Ulasan Pembaca