Didik Al Quran

Wednesday, August 28, 2013

Berakhirnya Sebuah Harapan..



Bismillah walhamdulillah..

Semalam sang hati penuh mengharapkan anugerah berharga dari-Nya. Perit dirasakan saat penantian dengan penuh mengharap masya'Allah. Allah sedang mengajarkan hati berbagai rasa. Perasaan resah saat keinginan belum dipenuhi sang Pencipta. Perasaan 'tidak punya anak', walau ianya sedetik cume. Perasaan menghadapi manusia banyak saat diri dihujani berbagai pertanyaan. Allahu akbar. Hanya hamdalah saja yang mampu terucap di bibir ini. Alhamdulillah ya Allah atas segala rasa yang Kau kurniakan pada hamba. Sungguh ianya benar-benar membuatkan hamba sedar akan ketidak upayaan diri yang lemah ini. Subhanallah segalanya penuh bermakna dalam meniti hari-hari dalam pemusafiran hingga ke destinasi akhir kelak. Moga Allah dengan Rahim-Nya memandu kita semua di atas landasan-Nya yang benar, Allahumma amin.

Saat ini perut ana dah membulat 'comel' ^_^ subhanallah. 


"Allah, kini Kau beri ku rasa bagaimana seorang wanita bergelar ibu menikmati kurniaanMu saat ia berada di dalam kandungan, alhamdulillah. Ampuni hamba ya Allah atas segala khilaf hamba terhadap ibu hamba"

Mujahid Soleh sedang bergerak-gerak aktif saat diri memasang alunan al-Quran. Kelihatannya sangat suka sekali. Tidak dilepaskan peluang
bercakap-cakap dengannya setiap kali ia mula menunjukkan respon dengan sedikit pergerakan.

"Anak ummi yang Soleh dah bangun ye.. Kita solat same2 ye sayang"

Masya'Allah detik yang sangat bahagia merasakan semua ini walaupun secara alaminya fizikal bertambah lemah dan sensitif lantaran kandungan yang semakin sarat, namun semuanya dapat dilalui dengan penuh NIKMAT. Allahu akbar, Alhamdulillah.




"Dan terhadap nikmat Tuhanmu,hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur" (Ad Dhuha:11)

Sungguh tanda orang-orang yang bersyukur itu menzahirkan kesyukuran kurniaanNya. Justeru dengan sedikit coretan kali ini adalah salah satu cara untuk menzahirkan rasa syukur tak terhingga kepada sang Pencipta yang Maha Menciptakan. Dan detik-detik indah kurniaanNya ini harus dirakamkan dalam bentuk coretan moga diri tambah syukur dan ingat akan besarnya kekuasaanNya memberi hadiah yang sangat bernilai ini.


Mujahid Soleh awal-awal pg lg dah bangun ye. ^_^ Antara waktu jaganya adalah waktu awal pagi seawal 4.30 pagi! 

"Anak ummi yang soleh rajin bangun tahajud ye syg.."

Setiap kali waktu solat, mujahid melakukan pergerakan. Juga aktif selepas isya'. Masya'Allah. Detik yang membahagiakan saat ini adalah merasakan gerakannya. Saat itu juga ana tidak lepaskan peluang untuk berdialog dengannya.



"Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas" (Al-Baqarah:212)

Kini 'baity jannaty' kami diserikan dengan alunan ayat-ayatNya sepanjang masa, dari pagi hingga malam, tiada henti. Sungguh kami berhajatkan zuriat yang soleh dan hafiz Quran. Justeru langkah awal ini yang diilhamkan Allah. Moga Allah rezekikan diriku dan suami zuriat yang soleh solehah penCINTA al-Quran (Hafiz Hafizah), mencintai Allah dan menuruti Rasulullah, Allahumma amin, amin3 ya Robb..

"Laksanakanlah kewajibanmu dan mohonlah kpd Allah yg mnjadi hakmu"       (HR. Muslim)

Thursday, August 22, 2013

Selamat Hari Raya



Bismillah wa Alhamdulillah...

Selamat hari raya diucapkan buat semua, yang sedang membaca blog ini dan semua yang mengenali saya. Hari ini masih dalam bulam Syawal yang diraikan walaupun ianya bukan 1 Syawal namun hangatnya masih terasa walaupun suam-suam kuku. Alhamdulillah..

Hari raya tahun ini sangat bermakna bagi saya ^_^ Lembaran baru hari raya seorang insan bergelar isteri. Selain suami di sisi, kandungan juga menyertai.. Alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah yang mengurniakan suatu anugerah yang sangat indah dan bermakna ini. Subhanallah Maha suci Allah, jika Dia berkehendak segalanya tidak dapat mengekangnya. Segalanya pasti terjadi jika Dia yang berkehendak walaupun sulit di akal manusia menerimanya. Allah Maha Besar.

Hari raya pertama, puas pusing sekampung. Tak kira berapa buah rumah sehingga ke malam beraya menghubungkan silaturrahim. Kata suami, 9 buah rumah ^_^ sempat suami menghitungnye hee. Syukur saudara mara tidak jauh, semuanya tinggal dekat-dekat, tidak sekampung, kampung sebelah je. Apa yang pasti majoritinya adalah dalam satu negeri.


Yang lucunya hari raya pertama sambil-sambil melayan tetamu yang datang berkunjung, sempat lagi saya berjual-jualan. "Hai.. Ini raya ke berjualan?" perli adik saya. "Dah orang yang tanya dan nak, kita keluarkan jelah" jawab saya hee.. Alhamdulillah rezeki dari Allah taala, 7 helai jubah terjual pada hari raya. Semua sanak saudara yang membelinya. Mudah-mudahan Allah menambahkan lagi rezeki yang berkat buat saya dan keluarga. Semoga Allah meredhai mereka yang membeli. Kalau anda mahu membeli jubah, T-shirt muslimah dan tudung labuh boleh lah ke fb MusafirShop, insya'Allah harga berpatutan.

Hari raya kedua, suami pulang menunaikan tanggungjawabnya. Ada yang lebih memerlukannya. Alhamdulillah kesibukan hari raya menyebabkan saya lupa ketiadaan suami di sisi, tidak terasa ketiadaannya pada hari berikutnya. Riuh rendah suasana rumah yang ramainya adik-beradik bertambah lagi sibuk diri ini. Namun syukur Alhamdulillah, segalanya adalah baik dari Allah.

Seminggu di kampung, beraya sakan. Tapi hanya hari raya pertama saja pergi berkunjung ke rumah sanak saudara dan selebihnya hanya di rumah menanti dan melayan tetamu yang hadir. Selepas seminggu, pulang ke rumah sendiri dijemput suami. Mulalah mengemas rumah yang sebelumnya ditinggalkan tanpa perapian hee.. Keesokan harinya mulakan perjalanan raya di Johor pula. Ke rumah kakak ipar dan seterusnya ke rumah kak Ain sekeluarga. Tahniah kepada kak Ain, dikurniakan cahaya mata yang kedua pelengkap seri rumahtangganya. Jalan pulang singgah pula ke rumah kakak ipar yang lain dan abang ipar. Alhamdulillah. Sampai di rumah lewat malam, keletihan dan kepuasan. Yang letihnya suami lah :) Allahu akbar demi membahagiakan isteri, keletihan sanggup direnangi. Semoga Allah membalas segalanya bagimu dengan hal yang lebih baik pula, amin.

Di Johor ni, saya masih menanti siapakah yang sudi untuk bertamu. Sebelum bertamu, pesan saya, jagalah adab bertamu ye. Bolehlah rujuk mana-mana untuk tahu berkenaan dengan adab bertamu. Semoga Allah merahmati kita. 


Terima kasih ya Allah atas segala anugerahMu, terima kasih memberi rasa bahagia di hari raya kali ini. Alhamdulillah.. Selamat hari raya semua ^_^  Salah silap tolong maafkan ye. Syukran

Ulasan Pembaca