Didik Al Quran

Monday, May 14, 2012

Jatuh Cinta Vs Dicintai


Bismillah..

"sy jatuh cinta.. (^_^) "
"ooh hmm sy rasa dicintailah.(^^.) "

Bagaimana rasanya bercinta dan dicintai ye? Subhanallah.. Indahnya saat bercinta. Betul ke?  Allahu akbar. Ukhtifillah kita semua pasti dan pasti tidak akan terlepas daripada merasakan damainya CINTA di hati. Bibir mampu berdusta tapi hati? tentunya tidak.

Remaja adalah usia yang menjadi TUMPUAN cinta berlabuh? benarkah? Ini adalah pendapat peribadi penulis. Kerana di usia remaja banyak ujian yang datang bertamu terutamanya ujian perasaan. Namun masya'Allah tabarakallah, ada juga yang tidak melaluinya berkat doa ibu ayah dan rahmat dari Allah swt, alhamdulillah.

Salahkah Bercinta?
Ukhtifillah ketahuilah bahawa TIADA CINTA bagi seorang muslimah SOLEHAH until AKAD. Pasakkan sekuat2nya dalam hati, banyakkan doa dan munajat kepadaNya agar Allah pelihara daripada cinta yang tidak diredhai-Nya. Setkan minda bahawa "CINTAku saat ini hanya untuk meraih redha Allah". Taati semua suruhan-Nya dan jauhi semua larangan-Nya. Hormati ibu ayah dan orang yang lebih tua daripada kita. Semoga Allah rahmati kita insya'Allah.

ukhtifillah yg disayangi kerana Allah, Jangan sesekali terjebak dengan sindrom couple dan ikhtilat. Dua penyakit tersebut jelas-jelas HARAM dan tidak diajarkan dalam Islam. Jauhilah sekerasnya dan bagaimana nak hindarinya insya'Allah boleh rujuk entri yang lepas Salam Nakal  sebagai pencerahan insya'Allah. 

Cinta dan mencintailah hanya yang halal bagimu. Sungguh itulah yg dilakukan oleh muslimah solehah yang menginginkan rahmat dan redha Allah. 


Perasaan Cinta Hadir dengan Sendirinya

"sy jatuh cinta.. (^_^) "
"ooh hmm sy rasa dicintailah.(^^.) "

Allahu akbar.  CINTA yang hadir adalah anugerah Allah dari sumber yang suci dan jangan pula dicemarkan. Mungkin juga cinta yang dihadirkan oleh Allah itu sebagai UJIAN buat diri. Tentu anda ingat firman-Nya bahawa seseorang itu tidak beriman melainkan setelah di uji. 

Kita kata, kita nak Allah. Kita nak hanya cinta-Nya saat ini, kerana saat ini Allah belum hadirkan insan yang menemani hidup kita(suami). Maka Allah hadirkan ujian, bentuk ujian yang diberikan sesuai dengan diri masing-masing. Allah nak lihat apakah kita ini benar mahukan-Nya atau sekadar di bibir sj. Hadapilah ujian-Nya dengan benar semoga ujian itu dapat dilepasi dengan jayanya. Buktikan kata-kata kita!

Sungguh Allah tidak akan menzalimi kita dan Allah Maha tahu lagi bijaksana. Firman Allah dalam surah Nur (24:26) yang bermaksud " Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik". Janji Allah itu pasti ukhti.


Menyikapi fitrah Insani
Saat diri rasa dicintai yakni ada yang cuba merapati dan mencintai diri anda. Khabarkan padanya Firman Allah. Ingatkan diri sendiri dan dirinya Allah murka orang-orang yang zalim. Orang yang zalim adalah orang yang berbuat apa yang Allah haramkan ke atas dirinya. Meminta ampun kepada Allah atas kesilapan diri sendiri dan minta Allah tunjuki jalanNya yg benar.

"sy jatuh cinta.. (-_-)' " cemas

Perasaan cinta yang hadir tanpa dipinta. Resah dan meresahkan hati kerana hati itu saat ini hanya dikhususkan untuk Allah. Anda tidak bersalah memiliki rasa itu. Sikapilah rasa yang hadir itu dengan cara yang benar agar Allah redha. Lantunkanlah dibibirmu istighfar yang tidak sunyi. Teruskan istighfarmu biar syaitan mengeluh dan tidak berjaya memanah hati dengan panah beracunnya. 

Dalam solatmu.. Sujud dan berdoalah. Berbicaralah dengan Allah..
Allah..
Sungguh Kau tahu hatiku.. T_T
Aku jatuh cinta ya Allah..
tapi Aku tahu aku tidak mampu menepisnya..
Tolonglah aku ya Allah..
kuatkanlah aku ya Allah untuk tidak terlalai dariMu..
Aku tidak layak untuk cinta insani saat ini..
kerana hatiku ini hanya untukMu..
dan hanya untuk insan yg HALAL bagiku..
Tolonglah aku, kuatkanlah hatiku untuk
menepis rasa yang tidak layak bagiku kini..
Aku merayu pada-Mu
yang Maha Pengasih dan Penyayang.. T_T

Tika dinihari, bangkitlah dan berbisiklah dengan Allah, mohon kekuatan dari-Nya. Doamu saat itu di angkat naik ke langit untuk diperkenankan. Usah asyik dengan nikmat lena hingga membuatkanmu terlepas nikmat yang paling berharga saat orang lain di ulit mimpi. Ayuh! Bersegeralah bangkit dan merebut peluang berkhalwat dgn Allah.. Munajatlah semahu hatimu pada-Nya yang tidakkan menghampakanmu. Allahu akbar..


Wahai Allah Tuhanku yang satu.. T_T
Yang Maha setia dan memahamiku..
yang dari-Mu aku datang dan kepada-Mu, ku kembali..
Allah.. Ampuni aku lantaran dosa-dosaku yang banyak..
dosa yang tidak kusedari mahupun yang tidak ku sengajakan..
Yang tersembunyi mahupun yang nyata.. Ampunilah hamba ya Allah.. T_T

Ya Allah.. Sungguh ku damba Cinta Agung-Mu..
Banyaknya dugaan yang harus ku tempuhi, Sungguh Engkau Maha Tahu..
Allah.. hatiku ini lemah sekali.. 
Aku tidak mampu berdiri sendiri tanpa bantuan-Mu..
Ku rayu pada-Mu bantulah aku..

Hatiku telah jatuh cinta ya Allah pada yang tidak layak bagiku saat ini..
Ampunilah aku ya Allah, andai rasa ini satu dosa bagiku..
Sungguh ku takut akan azab-Mu dan ku damba keampunan-Mu..
Ampunilah hamba ya Allah..

Ya Allah aku hanya mahu Cinta-Mu dalam hatiku saat ini..
Dan aku hanya mahu cinta insan yang HALAL bagiku, suamiku kelak..
Tolonglah aku, kuatkanlah hatiku ini..
Andai dia itu jodoh yang Engkau titipkan untukku, mudahkanlah jalannya..
agar kami disatukan dalam akad.

Namun jika tidak, ampunilah aku dan kuatkanlah hatiku agar tidak terlalai..
kuatkanlah hatiku agar dapat reda dari rasa yang mencemaskan ini, T_T
tolonglah aku yang lemah lagi memerlukan bantuan-Mu ini..
Wahai Allah Rabb ku yang satu..
perkenankanlah doaku ya Allah.. T_T
Amin3 ya robbal a'lamin..

-- 
Munajat Gadis yang mendamba CINTA dan REDHA Allah..


Muslimah Terpelihara adalah Tujuan 
Insya'Allah mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan untuk berjalan atas landasan yang benar. Usahakan semahu hati sekuat tenaga untuk menjadi muslimah yang terpelihara didunia ini. Dirimu terlalu berharga, oleh itu hargailah dirimu sebagaimana Allah memuliakan kaum wanita.

wallau a'lam..

-- 
Damba Cinta-Nya | Pencerahan untuk remaja ^^
MD @ Al-hijrah Solehah

Wednesday, May 2, 2012

Salam 'Nakal'

salam....

Bismillah..


Alhamdulillah syukur masih diberi pinjam umur hari ini. Semoga umur yang diberi pinjam ini dijadikan MODAL untuk kita dapat sebanyaknya keuntungan di negeri abadi, akhirat sana, insya'Allah amin.

Hari demi hari yang dilalui tidak sunyi dengan usikan nakal manusia bernama lelaki. Dimana lagi kalau tidak di media sosial (FB), ruangan chatting. Ramai manusia bernama wanita sering tertipu dan terjebak dengan menyahut 'salam nakal' hingga menjatuhkan diri ke dalam jurang ikhtilat. Bila ikhtilat tidak dikekang dan ditegah maka berlanjutan kepada peringkat couple. Seterusnya ke fasa yang lebih tinggi 'darjat'nya hingga terjadilah apa yang kita lihat di dada-dada akhbar. Nauzubillah. 

Hawa yang dikasihi sekalian, teguhkan pendirian anda. Tetap tegas, tidak kiralah daripada siapa salam dihulurkan. Asal saja yang menghulurkan salam itu lelaki WAJIBlah bertegas. Agar dirimu dihormati dan dikenali sebagai perempuan yang baik. Semoga kita semua diberi taufik oleh Allah untuk tetap menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Ramai manusia bernama lelaki tidak segan silu mengajukan salam kepada muslimah. Rasanya dia tak segan silu kerana dia lupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya. Ayuh muslimah sejati sekalian, tugas anda adalah memberi sedar kepada lelaki yang alpa ini. Bagaimana? Ikuti sketsa salam 'nakal' berikut mudah-mudahan anda dapat ilham dalam bertindak. Insya'Allah.

Akhi: " salam... "
Ukhti: " waalaikumussalam.. ada yg boleh dibantu? "
Akhi: " xde pn...saje...nama pe?"
Ukhti: "Tidak ada perBUALan antara LELAKI dan WANITA yg HALAL NIKAH melainkan ada URUSAN yg dbenarkan SYARA'. MAAF ye.."
Akhi: " nak kenal2 tu...x benarkan syara ke?"
Ukhti: "TIDAK!"
Akhi: "hehe kalau mcm tu...x yah lawk join fb ni...hehe"
ukhti: "Allah sentiasa MELIHAT setiap apa yg HAMBA-Nya lakukan. Dan tiada yg tersembunyi hatta di dalam HATI sekalipun.. Boleh rujuk surah al-baqarah ayat 284.."
  • "Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi. Sekranya kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu sembunyikannya, maka Allah akan memperhitungkannya..." (2:284)
Akhi: "benar...tapi kita sebagai hambaNYA...jgn la bersangka buruk dengan saudara seagama...rujuk kitab muntakhab hadith...haram bersangka buruk..."
Ukhti: "Jika ada URUSAN (JUAL beli- muamalah) silakan. Namun Jika TIDAK hentikan perbualan dan ISTIGHFARlah byk2.."
Akhi: "hhmm...sy takut sgt..."
Ukhti: "ana telah tnye d awal perbualan "ada apa yg boleh dibantu?" untuk tahu apa tujuan perbualan. Jika benar URUSAN mk TERUSkan. Jika TIDAK hentikan perbualan. Allah MAHA melihat dan MAHA teliti serta SANGAT pedih AZAB-Nya
wallahu a'lam.."
Akhi: OFFLINE
Ukhti: "Alhamdulillah"



wallahu a'lam..

--

Damba Redha Tuhan
- MD -

Ulasan Pembaca