Wednesday, March 27, 2013

Khas buat Muslimah



KETAT itu MAKSIAT.. MAKSIAT itu JAHAT.. JAHAT itu LAKNAT.. LAKNAT itu menanggung AKIBAT yang BERAT di AKHIRAT..

LONGGAR-Longgarkanlah pakaianmu duhai MUSLIMAH.. krn yg LONGGAR adalah ciri PAKAIAN MUSLIMAH SOLEHAH.. SOLEHAH itu NATIJAHnya JANNAH ♥

TEGUHkan IMAN d HATI, insya'Allah suatu saat yang dalam maklum Ilahi, Akan ditemukan diri dengan INSAN pilihan Allah, Sesuai dengan keSOLEHAHan diri.. Usah gusar dan bimbang, Allah dengan perancanganNya untuk kt adalah yg TERbaik! yakinilah..

keSILAPan yg BESAR bg muslimin dan muslimat adalah KOMEN mengomen antara satu sama lain kepada HAL yg tidak perlu baginya. JAUHilah IKHTILAT.. Insya'Allah MAKSIAT dapat dHINDARI .. IKHTILAT adalah pintu kepada maksiat.. sungguh maksiat tersangat LUAS skopnya.. HATI juga TIDAK terlepas drpd berMAKSIAT.. sungguh, org2 yg BERUNTUNG adalah org yg sentiasa berPESAN2 dgn keBENARan dan keSABARan ^_~


--


- Peliharalah kami dr FAHSYA' wa MUNGKAR ya Allah, Amin ya Robb -

~ Musafir Dunia
27082012 | 11.42PM

Wednesday, March 20, 2013

Al-Hafiz kah Anda?



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang


Alhamdulillah. Tatkala ramai yang diberi nikmat tidur saat ini, ada juga yang ditarik nikmat itu. Bersyukurlah selalu atas segala nikmat kurniaan-Nya, mungkin juga 'jaga' itu satu nikmat daripada Allah. Kita sendiri tidak tahu. Milik Allah semua kejadian. Alhamdulillah.

Mutakhir ini hati dirundung kesedihan yang tiada berpenghujung. Sedih dengan insan-insan pilihan yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan padanya. Tidak semua orang yang Allah pilih dan tempatkan di tempat-tempat yang baik, seperti di Tahfiz-tahfiz dan Maahad. Namun sejauh manakah pilihan Allah itu disyukuri dan dimaknai dengan sebaiknya?! Allahu akbar.

Al-Hafiz Mutakhir Ini

Mata dan telinga ini tidak sunyi daripada cerita yang menyedihkan hati. Allah. Seorang demi seorang terkeluar dari landasan. Innalillah. Bukan sahaja keluar dari saff tahfiz malah menempah jalan yang dimurkai Allah. Tidak kenal yang mana HALAL dan HARAM! Melakukan perkara yang Allah murkai! Tidak berilmukah kalian?! Astaghfirullah. Luluh hati ini. Sampai bila cerita sedih ini akan berhenti?! Tidak terkecuali, hafizah! Astaghfirullah. Bukan semua, masih ada lagi yang terpelihara dan menjaga diri, insya'Allah (Mudah-mudahan, itulah yang diharapkan). Namun inilah ceritanya saban waktu dan ketika. Innalillah. Mengapakah demikian?! Mengapa?!

Syukurilah Nikmat-Nya

Sungguh beruntung orang-orang yang dipilih Allah dan mensyukuri nikmat kurniaan-Nya. Sedarkah kalian wahai para huffaz, kalian terpilih dari berjuta-juta manusia. Allah angkat kalian, untuk tinggikan darjat kalian dengan menghafal ayat-ayat-Nya. Bukan ayat-ayat yang direka oleh manusia! Tapi ianya adalah kata-kata Allah, Pemilik dirimu, semua makhluk yang melata dan sekalian alam ini! Berapa ramai di luar sana, berkeinginan untuk menjadi huffaz namun Allah tidak memilihnya, memendam rasa yang belum dapat dipenuhi hingga saat ini detik ini! Subhanallah. Semulia-mulia darjat yang Allah nak berikan kepada kalian, tapi mengapa kalian sedemikian rupa?! Kalian boleh diibaratkan seperti pepatah 'tak tahu diuntung'. Suatu anugerah yang tiada harga yang dianugerahkan kepada kalian oleh pemilik alam ini, malah ianya ditolaknya dan dipersia-siakan. Rugi seruginya! Lailaha illallah..


Apa Sudah Jadi?
Para huffaz zaman Rasulullah, hebat. Hebat peribadinya, hebat ilmunya, hebat akhlaknya, hebat teqadnya dan semuanya! Nilai diri yang sangat tinggi. Menyumbang manfaat yang sangat besar kepada ummat Islam. Daripada mereka lahir para ilmuan Islam yang cerdik pandai. Mereka pencetus kepada penemuan ilmu-ilmu baru yang sangat dikagumi barat! kehidupan yang dilalui sangat sibuk mengabdi diri kepada Tuhannya dan sibuk memberi manfaat kepada masyarakat Islam. Bagaimana pula para huffaz kita hari ini?! Sudah sehebat merekakah kalian?! Bukalah minda dan hati menyusuri kisah para huffaz zaman Rasulullah dan para sahabat. Kenali mereka, fahami kisah hidup mereka dan ikutilah! Jadilah seperti mereka! Walau dah beribu tahun meninggal dunia namun namanya masih disebut-sebut hingga kini. Ilmunya diajarkan di masjid-masjid, dikuliahkan dan di ajarkan di madrasah dan sekolah mahupun di universiti. Hasil tulisannya menjadi rujukan sepanjang zaman. Kalian bagaimana?! Sudah seperti itukah?!

Imam Nawawi
Siapakah beliau ini? Pernah dengar dengan nama ini? Insya'Allah suka ana bawakan contoh Al-Hafiz yang seorang ini sebagai pembuka mata hati kita semua khususnya kepada para pelajar tahfiz, insya'Allah. Semoga kalian dan kita semua dapat mencontohi beliau, insya'Allah, amin.

Beliau adalah al-Imam, al-Hafiz, Syaikhul Islam, Muhyiddin, Abu Zakariya, Yahya, bin Syaraf, bin Muri, bin Hassan, bin Hussain, bin Muhammad, bin Jumah, bin Nizam al-Nawawi.

Beliau lahir pada bulan muharam tahun 631H di Kota Nawa, Damascus. Beliau membesar hingga dewasa dan menghafal al-Quran di kota tersebut.


Seterusnya beliau mengembara ke Kota Damascus untuk menimba ilmu. Beliau bertutur perihal dirinya: "ketika usia saya mencapai 19 tahun, ayah telah membawa saya berpindah ke Damascus pada ketika beliau berusia 49 tahun. Di sana saya belajar di Madrasah Rawahiyyah. Selama lebih kurang dua tahun disana, saya jarang tidur nyenyak disebabkan tidak lain adalah kerana saya ingin mendalami semua pelajaran yang diberikan di Madrasah tersebut. Saya pun berhasil menghafal al-Tanbih kurang lebih selama 4, 5 bulan. Seterusnya, saya berhasil menghafal 1/4 ibadat daripada al-Muhadzdzab di bulan baki berikutnya dalam tahun tersebut. Saya juga banyak memberi teguran kepada syeikh kami, Ishaq al-Maghribi. Saya juga sangat teruja bermulazamah dengan beliau. Beliau pun merasa tertarik kepada saya ketika melihat saya yang begitu bersungguh-sungguh dalam semua aktiviti saya dan tidak pernah bergaul dengan kebanyakan orang. Beliau pun amat senang dengan saya dan akhirnya beliau menjadikan saya sebagai pembantu dalam halaqahnya, mengingatkan jemaahnya yang begitu ramai" 

Beliau telah menulis banyak kitab-kitab yang muktabar yang menjadi rujukan kaum muslimah sehingga ke hari ini. Antaranya adalah Syarah Sahih Muslim, Syarah Sahih Bukhari, Riyadus Solihin, Al-Azkar, Syarah sunan Abi Daud dan banyak lagi.

Beliau adalah seorang yang sangat warak dan zuhud. Al-zahabi berkata " Beliau adalah seorang yang sangat sederhana dalam hidup dan anti kemewahan. Beliau adalah seorang yang bertaqwa, qanaah, wara', memiliki muraqabatullah sama ada disaat sepi mahupun ramai. Beliau tidak menyukai kesenangan peribadi seperti berpakaian indah, makan minum yang lazat, dan nampak mentereng. Makanan beliau adalah roti dengan lauk seadanya. Pakaian beliau adalah pakaian yang seadanya dan hamparan beliau hanyalah kulit yang disamak"


Beliau selalu berusaha untuk melakukan amal makruf dan nahi mungkar sekalipu terhadap penguasa. Beliau serig berkirim surat yang berisi nasihat kepada mereka agar berlaku adil dalam menjalankan kekuasaan, menghapuskan cukai dan mengembalikan hak kepada ahlinya. bul Abbas berkata "Syeikh (al-Nawawi) telah berhasil meraih tiga tigkatan yang mana satu tingkatannya saja jika orang biasa berusaha untuk meraihnya tentu akan merasa sulit. Tingkatan pertama adalah tingkatan ilmu yang dalam dan luas. Tingkatan kedua adalah zuhud yang sangat. Tingkatan ketiga adalah keberanian dan kewibawaannya dalam beramal ma'ruf nahi mungkar"

Khatimah

Masya'Allah tabarakallah demikianlah satu sorotan kisah seorang alim ulama' yang bukan sahaja hafiz tetapi ilmu dan akhlaknya subhanallah. Semoga kisah yang dibawakan ini memangkin semangat para hafiz di luar sana supaya bukan saja asyik dalam menghafaz ayat-ayatNya tapi mengaplikasikannya dalam kehidupan dan berakhlak dengan akhlak al-quran dan mendalami ilmu agama serta menyebarkannya untuk kebaikan ummah insya'Allah. Ianya juga satu cabaran dan tamparan hebat buat para hafiz akhir zaman. Semoga langkah para huffaz terpandu dan tetap berada atas landasan-Nya biiznillah.

Allah.. Tolonglah dan peliharalah para hafiz di bumimu ini.. Allahumma amin


Wednesday, March 13, 2013

Hijab Cinta Tuhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

Kehidupan ini dilalui sehari demi sehari. Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Sehingga bila? Sehinggalah tamat tempoh pinjaman umur kita di dunia. Namun jiwa sering alpa dan lalai terleka dengan sandiwara dunia yang menghijab hati-hati manusia. Manusia dibuai mimpi yang menipu saban waktu kecuali hamba-Nya yang disedarkan oleh-Nya akan matlamat sebenar dia diciptakan. Untuk apa kita dihidupkan? Ingatlah peringatan Allah, mengingatkan kita akan tujuan dan matlamat kita diciptakan; Firman Allah dalam Surah al-Zariat ayat 56 yang bermaksud:
"Dan tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku"


Saat hati digugah dengan sinisnya bicara manusia bernama 'sahabat', hati sakit dan mata menangis. Bagaimana ukhuwah setelah itu? Apakah masih manis seperti sebelumnya atau sudah hambar setelah teruji dengan sinisnya bicara. Saat diri digugah dengan kedengkelan perilaku dan merudumnya nilai faham orang terhadap diri kita. Apakah kita masih tetap sama melayaninya dengan baik dan bermanis muka atau malah menjauhi dan sinis berbicara. Di saat kurangnya adab insan memperlakukan diri kita sewenangnya dan hilangnya rasa hormat dalam dirinya kepada kita yang ternyata lebih 'tua' darinya. Dan berbagai-bagai lagi ujian rasa yang diberi rasa oleh Allah yang Maha santun. Demikianlah Allah mengajarkan kita erti kehidupan yang tidak akan pernah henti dan sepi dari hal-hal yang menguji dan mengusik jiwa. Allahu akbar. Sabarkanlah, tabahkanlah dan redhakanlah hati ini menghadapinya ya Allah demi mendapatkan keredhaan-Mu, amin.

Semua itu dapat di labelkan sebagai masam manis pahit kehidupan sehingga membawa kepada penemuan yang amat berharga dan bernilai. Alhamdulillah. Insya'Allah kali ini ingin dikongsikan rasa yang di anugerahkan Allah itu kepada semua buat peringatan diri sendiri juga pedoman untuk semua. Semoga langkah kaki kian terpandu dan tidak kaku biiznillah. Allahumma Amin..
Wahai diri, apa pun yang kau lalui. Tempuhilah dengan sabar dan redha. Hadapkan semua kesulitan, ujian dan cubaan kepada Allah kerana hanya Dia saja Penyelesai kepada semuanya. Bukankah Allah saja yang kau harapkan dalam hidupmu. Palingkan dirimu daripada insan-insan yang membuatkan hatimu terusik dan mengecewakan. Jangan sampai ada yang membuatmu LAMBAT atau terHENTI dari laluanmu menuju CINTA-Nya. Jangan biarkan UJIAN-ujian di dunia menyebabkan kamu GAGAL mendapatkan CINTA ALLAH. Jangan pernah merasa SEDIH dengan manusia yang CUBA membuatmu LAMBAT dan LUPA akan MATLAMAT  yg dituju. INGATkan dirimu selalu akan JANJI-Nya dan MATLAMAT yg kau kejar. Katakanlah MATLAMATku adalah meraih REDHA ALLAH dan mendapatkan CINTA ALLAH. Wahai diri, jangan biarkan semua permasalahan di dunia menjadi HIJAB yang menghijabmu dari mendapat CINTA TUHAN.
Wahai diri.. 
Andai ada yang membuatmu sedih.. 
Janganlah meratap dan menangis melainkan dihadapan-Nya..
Berwudhu' dan solatlah lalu menangis dan merintihlah penuh hiba
dihadapan-Nya..

Ya Allah ya Tuhanku..
Sungguh Engkau Maha tahu apa yang berlaku..
Sungguh aku sedih ya Allah diperlakukan sedemikian..
Akukah yg bersalah ataukah dia? ya Allah.. 

Jika aku yg bersalah ya Allah, Ampunilah aku yang lemah ini..
Andai dia yg bersalah, aku maafkan dia kerana-Mu ya Allah..
Gantilah perasaanku yg tempang ini dengan perasaan kasih dan cinta dr Mu
agar hatiku bersih suci penuh cinta dan kasih sayang..

Ya Allah dalam tangis senduku.. Aku merayu pada Mu..
Jangan biarkan semua permasalahan di dunia ini mengHIJAB hatiku..

Sehingga aku menjadi BUTA dari melihat laluanku menuju CINTA-Mu..
Jangan biarkan aku LUPA akan RINDUku..
RINDU untuk sentiasa berada dalam keREDHAan-Mu..

Oh Allah Kasihku yg abadi..
Hanya Engkau sj yang ku harapkan di dunia ini..
Aku rela kehilangan semuanya di dunia ini..
TAPI aku TIDAK RELA kehilangan Mu dan NUR-Mu..
Sungguh ku perlukan Mu, Sinar-Mu membimbingku..
Agar aku terus TEGUH melangkahkan kaki..
Menuju REDHA dan CINTA-Mu..

Oh Allah Cintaku yg Agung lagi Suci..
Sungguh ku harapkan RINDU CINTAku padaMu berbalas..
Sehingga TIADA lagi keGUSARan dalam hatiku..
Kerana aku menjadi TENANG dan GEMBIRA dgn KASIH CINTA-Mu..
INDAHnya saat bersamaMu Robbi..
Hati bening dan syahdu..
Anugerah tidak ternilai dari Mu..

Allah.. ku RINDU ku CINTA akan Mu

Sungguh aku ingin sentiasa merasa CINTA dan RINDU padaMu
Aku takut kehilangan Mu.. 
Jangan biarkan aku lupa dan terlena dari mengingati-Mu..
Dengan mengingati-Mu hati membening bahagia.. 
Sungguh indah.. alhamdulillah..

Oh Allah Robb ku yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Jangan biarkan aku berperilaku dengan perilaku yang tidak Engkau redhai..
Walau bagaimana hebatnya di uji dengan perilaku manusia, 

bimbinglah aku dengan Nur-Mu,
agar aku dapat mencontohi akhlak Rasul-Mu yang mulia,
Penuh santun dan berkasih sayang..

Allahumma amin. Amin3 ya Robbal 'Alamin..


--
Ratapan by Musafir
16122012 | 11.58pm


Wednesday, March 6, 2013

Dia Sedang di Uji oleh-Nya


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang..

Sungguh, hidup ini adalah medan ujian buat insan yang bernama hamba. Hamba Kepada Tuhan-Nya. Tidak seorang pun yang akan terlepas daripada menghadapinya, cuma bentuk dan keadaannya saja yang berbeza. Sesuai dengan diri masing-masing. Mungkin seakan sama namun tidak serupa. Itulah dari sudut pandang lahir mata insan yang selalu khilaf dan tersalah. Subhanallah..
Firman Allah yang bermaksud; "Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan. Dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. (Surah Al-Mulk:1-2)
Saudaraku sehati, seiman dan seperjalanan. Pernahkah anda didatangi sahabat anda dalam keadaan duka nestapa, sedihnya amat dengan derita hidupnya yang merupakan ujian dari Allah buatnya.. Setelah sekian lama memendam rasa, menyimpan derita sendiri hingga satu saat yang Allah izin maka terluahlah semuanya padamu selaku insan bernama sahabat. Masya'Allah beruntungnya anda saat itu, tahukah anda? Kerana andalah insan terpilih, yang dipilih Allah menjadi pendengar setia sang peduka yang sedang bersedih. Allah mahu berikan sesuatu kepada anda. Tapi semua itu bergantung kepada bagaimana anda menyikapi luahan sahabat anda. Subhanallah.

Saudaraku sehati seiman dan seperjalanan, andai dirimu menjadi pilihan Allah untuk menjadi tempat curahan rasa, maka gunakanlah peluang itu sebaiknya untuk menyulam kesabaran dan ketabahan dalam hati sahabatmu. Bila ditimpa ujian semua keyakinan yang terpahat padu seakan goyah dan tidak mencengkam kukuh. Maka perlunya pengukuhan dan penyuburan kembali keyakinan tersebut dalam hatinya.. Moga saja anda dirahmati Allah..

Namun,
Saudaraku yang dikasihi kerana Allah, usah bertindak melulu dalam tuturmu pada insan yang meluahkan. Itu hanya akan menambah pilu di hatinya. Jangan pula menghindarkan diri darinya. Bertindak bijaklah dalam menyikapinya.

Sedikit luahan kata buat pesanan diri sendiri dan juga semua, untuk sama kita amalkan bersama, insya'Allah.. Semoga kita bisa raih Redha-Nya, amin..

saudaraku.. 
ayuh sama kita batasi setiap sangkaan kita dgn doa..
hidup ini ibarat putaran roda..
Hari ini kita melihat insan lain di uji dengan perasaan sendiri, mungkin esok siapa tahu kita pula di ujiNya dengan hal yang sama.. D
iwaktu itu, barulah kita tahu apa rasanya perasaan insn yang pernah meluahkan.. Barulah kita sedar akan keperitan dan kesakitan yang dihadapinya.. Allahu akbar.. 
Alhamdulillah Allah memberikan kita rasa..
Allah berhak menguji setiap hamba2Nya dgn pelbagai rupa bentuk ujian... Semoga kita dapat REDHA apa sj ujian menimpa insya'Allah.. Amin..

KeSABARankeTABAHanKeREDHAan adalah hak mutlak Allah swt. Dia akan anugerahkan kpd insn2 pilihanNya, bersyukurlah sekiranya kita adalah insan yg terpilih itu.. namun jika tidak, mk berusahalah sekuat tenaga demi RedhaNya.. itulah jalan MUJAHADAH yg wajibinsan tempuhi bilamana diri sendiri belum pun punya semua MAHMUDAH itu.. Insya'Allah.. semoga Allah memberikan nikmat tiga RASA itu kpd ht2 kita, amin...

Bila kita sedar sahabat kita sedang di uji, apa yg perlu kita lakukan adalah terus-teruslah mendoakannya.. disamping mengingatkannya kepada janji Allah bagi orang-orang yang sabar.. ingatkan dia, bahawa semua ini ujian yang hanya sementara.. katakan lagi kepadanya bahawa setiap insan pasti di uji.. Allah mahu melihat sejauh mana hamba-hambaNya menyikapi ujian dari Nya itu.. belailah dia dengan kata lemah lembut, katakan padanya, "bersabarlah dengan sabar yang terindah.. Allah sedang mengujimu.. Allah bersamamu, yakinlah.." Insya'Allah, itulah bukti kaseh sayang kita kpd nya kerana Allah.. insya'Allah..  

wallahu a'lam.. sebarang penambah baikkan sangat di alu-alukan. Mungkin ada fakta yang ana sendiri terlepas pandang untuk menyisipkan, tugas andalah melengkapnya insya'Allah ^^

Semoga ukhuwah yang terjalin makin intim dalam Rahmat Kaseh Sayang-Nya serta Redha-Nya, insya'Allah.. Amin..


p/s: ukhti yang dikasihi kerana Allah, maafkan ana atas semua khilaf yang pernah terjadi tanpa sedar telah melukakan antum.. Maafkan ana ukhti, ana uhibbukifillah.. Jangan pernah meninggal pergi seakan menjauh dariku kerana ana sangat perlu pada huluran tangan antum semua, dalam menapaki hidup ini. 

Ulasan Pembaca