Tuesday, January 10, 2012

Harapan dan Penantian


Duhai anak..
Kan kutetap sabar menantimu,
menyayangi dan merinduimu,
setulus hatiku kerana-Mu (Allah)

Duhai anak..
Walau bukan dari rahim ini kau dilahirkan,
Kan ku tetap mengasihi dan menyayangimu,
Menuntun langkahmu kerana-Mu (Allah)

Duhai anak..
Kerana Allah kuhadir menjalin pertalian,
Kerana Allah jualah ku mencintai kalian,
menyayangi merindui kerana mengharapkan 
redha Tuhan

Duhai anak..
Walau kapan kuterpaksa menunggumu,
Mudah-mudahan sabarku dalam penantian,
Dinilai Allah untuk bekal jihad ke sana

--
SABAR itu JIHAD
Al-Hijrah Solehah @ Musafir Dunia
7.22 am | 10 Jan 2012

Ukhti Bahagia?



Dengan nama Allah, pemilik setiap rasa yang dirasakan kepada hamba-hamba-Nya..

'Alhamdulillah', ucapan yang wajar sentiasa dituturkan di bibir insan bernama hamba. Walau apa pun keadaan yang dihadapi insan, insya'Allah di sisi Allah itulah yang terbaik untuk hamba-Nya. Masakan tidak, Allah itu kan yang Maha tahu dari segala sisi hamba-hambaNya. Pasti dan pasti Dia tidak akan menzalimi hamba yang sangat disayanginya. Allah sangat mengasihi hamba-hambaNya, sehingga Allah sendiri berfirman bahkan Allah lebih dekat kepada hambaNya.

Kehidupan ini bagaikan sebuah madrasah. Di sinilah manusia di ajar erti kehidupan. Suka duka, pahit getir, diberi rasa oleh Allah kepada hamba-hambaNya. Siapakah yang paling beriman? Sedangkan dia tidak di uji. Kehidupan inilah ujian yang tidak pernah henti, bagi setiap insan yang sedar dirinya hamba kepada Rabb-Nya. Allahu akbar. Maha Hebat Penguji kita. Maha Bijaknya Allah menyusun ujian-ujianNya buat setiap hamba-hambaNya. Sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripadanya. 

Bukanlah bahagia itu di ukur dari sudut kebendaan dan keselesaan. Namun bahagia yang sebenarnya adalah hati yang dapat menerima segala ketentuan Allah terhadap dirinya. Redha dan sabar dalam menghadapi ketentuan Allah. Syukur atas segala limpahan rahmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Walau dalam keadaan sulit sekalipun, sungguh Allah itu pasti tidak akan menzalimi hambaNya. Ada hikmah yang besar disebalik susun atur Allah terhadap kita.
Jelas. Bahagia itu letaknya di hati yang redha, sabar dan syukur kepada Allah. 
Merasakan cukup atas segala pemberianNya, alhamdulillah. Bukankah dunia ini hanya tempat persinggahan sahaja, bercucuk tanam selagi dibenarkan. Sampai masa akan dituai, yang tuaiannya adalah amalan. Amalan hati adalah yang terutama dari selainnya. Demikian juga kerosakan hati, adalah kerosakan yang paling bahaya. Waspadailah diri kita dengan hati. Semoga Allah memberikan kita hati yang bersih, ikhlas dan suci. Amin3 ya Robb. 


Hiasilah hari-hari kita dengan doa. Doa kekuatan untuk setiap umat Islam, itu satu kebutuhan yang tertinggi. Kerana doa itu senjata terutama kita. Sampai-sampaikanlah doa kekuatan untuk semua, dalam sunyi. Kerana doa seumpama itu dijamin dimakbulkan oleh Allah. Insya'Allah. Sedikitkan bicara kerana banyaknya bicara hanya membuat hati manusia itu sakit menerima, hingga mengundang dosa tanpa sedar. Semoga Allah memelihara lisan kita dari menyakiti hati manusia lainnya dan menjadikan lisan kita tidak sunyi dari memuji Allah, amin3 ya Robb..


wallahu a'lam...

Ulasan Pembaca