Wednesday, November 28, 2012

Mendekati Mati


Tuhanku, dalam sendu tangisku menghiba
Ku pohon dengan rahmat kasih sayang-Mu
Jangan biarkan aku terlalai dan alpa
walau sedetik dari mengingati-Mu

Ku perlukan-Mu Tuhanku yang satu
Rezekikan aku ingat padaMu setiap detik dan waktu
Ku pinta dengan penuh rayu
Agar aku makin akrab dengan-Mu

Bertambahnya usiaku tika ini
Biarlah ia dalam Rahmat dan Berkat Ilahi Robbi
Tidak tegar membiarkan detik waktu berlalu pergi
Kerana selayaknya ia dimaknai

Bimbinglah aku wahai Tuhan
Menelusuri Jalan hidup dengan 'Satu Cinta'
Cinta Agung-Mu yang sentiasa didambakan
Demikianlah matlamat yang disasarkan

~ Meningkat usia, mendekati mati ~
- Musafir Dunia @ Al-Hijrah Solehah -
28112012 | 2.29a.m


p/s: Hari ini rupenye hari lahir ana. Kelupaan [-_-]' Terima kasih kepada yang mengingatkan. DOAkan moga detik usia yang mendatang bg ana lebih AKRAB diri ana kepada Allah.. Insya'Allah, Amin ya Allah ya Robb.

Wednesday, November 21, 2012

Apa Matlamat HidupMu?!



 Ingat! Ingatkan kembali dirimu duhai insan akan Matlamat Hidupmu..
Katakanlah "Matlamatku hanya Redha Allah dan destinasi tujuanku adalah Akhirat yang kekal Abadi"...
Tepislah semua yang menghalang dirimu untuk mencapainya...
Tepislah semua penghalang itu! Usah dikau menoleh kebelakang lagi!

Susunkan langkahmu melaju..
Menuju apa yang dikau impikan..
Demi Dia yang menciptakan dirimu..
Demi Dia, yang sangat menyayangimu..
dan hanya kerana Dia..
Semoga al-falah di sisi Allah menjadi milikmu..
Amin Ya rabbal A'lamin...

Hasil nukilan: Musafir Dunia (MD), 11 November 2010, 3.56pm

Wednesday, November 14, 2012

Usah Dikau Berpaling!



Sekiranya hatimu merasakan kesedihan yang teramat sangat..
Janganlah berpaling..!
ALLAH sentiasa bersedia mendengar rintihan hambaNya..
ALLAH tidak pernah zalim..
Tapi manusialah yang sering menzalimi diri sendiri dan sesama mereka..

Apakah kamu tegar melempiaskan kesedihanmu, amarahmu,
Dengan memijak ranap runtuh binaan iman kamu..
Mencampakkan semua ilmumu..
Lantas menuruti kehendak nafsumu yang ditunggangi syaitan!
Sehingga kamu seolah-olah tidak pernah tahu..
mana HALAL mana HARAM?!

Lupakah kamu kepada JANJI ALLAH..
Lupakah kamu dunia ini sementara cuma..
Dan kita pasti dihisab semuanya..
SEMUANYA! tanpa sedikitpun tersisakan..

Bawalah hatimu kepada Tuhan yang menciptakanmu..
Dia jauh lebih tahu daripada kamu..
Menangislah mengadu padaNya..
Merintihlah hanya padaNya, Rabb seluruh alam..
Pasti dan pasti hatimu akan menjadi tenang..
YAKINIlah wahai hamba Allah...
Kerana hanya kepadaNya, kamu akan kembali


Hasil Nukilan: Musafir Dunia (MD), 21 November 2010, 1.00 a.m

Sunday, November 11, 2012

Dilema Hadapi Pilihan


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyantun

Allah.. Tuhan yang menciptakan dan mematikan. Yang memberi pilihan dan ujian kepada setiap hamba-Nya. Hanya yang sedar hakikat kehidupan ini sahajalah yang mampu harungi semuanya dengan REDHA dan SABAR. Semoga Allah membantu kita membuat pilihan yang betul di sisi-Nya, amin.
 
Erti Hidup pada Pilihan
Setuju dengan kata-kata Ustaz Zamri Mantop, 'Erti hidup pada pilihan'. Benar, setiap hari kita dihidangkan dengan lambakan pilihan. Betul tak? Mana tidaknya bangun pagi celik mata saja pilihan demi pilihan dah menjengah. Nak bangun solat atau sambung tidur? Nak pakai tudung labuh atau pendek? Nak pakai Jubah atau t-shirt. Nak masak apa pagi, tengahari dan malam hari? Nak kemana hari ini, Jusco atau Tesco? Nak tengok TV3 atau TV al-Hijrah? Dan banyak lagi. Itulah pilihan-pilihan yang biasa dihadapi. Pilihan besar juga turut sama mengintai kehidupan kita. Nak belajar di UTM atau Al-Azhar? Nak Poligami atau Monogami? Nak terima pinangan si A atau si B? Nak Kahwin waktu belajar atau habis belajar? Kita semua akan hadapi samada pilihan yang kecil mahupun yang besar. Namun bagaimana kita menyikapi pilihan demi pilihan yang Allah hantarkan kepada kita? Itulah persoalannya.

Menyikapi Pilihan dalam Kehidupan
Pilihan yang kecil insya'Allah tiada masalah bagi kita untuk membuat keputusan. Namun pilihan yang besar selalunya agak sukar untuk kita tempuhi dan lalui apalagi membuat keputusan. Soalnya, bagaimana kita menyikapi 'pilihan besar' itu. 

Saat kita digugah dengan pilihan, pertama sekali apa yang perlu kita lakukan adalah kita jumpa Pemberi Pilihan yakni Allah. Allah yang beri kita pilihan dan Dialah Penyelesai kepada segala kekusutan kita. Lakukanlah solat istikharah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah disamping doa istikharah Lalu bermusyawwarahlah dengan orang-orang terpecaya, ibu bapa dan suami (buat orang yang telah berumahtangga). Insya'Allah Allah akan membantu kita membuat pilihan dengan baik sekali. Yakinilah insya'Allah. Walau sesulit manapun bagi kita tapi sangatlah mudah bagi Allah.



Amatilah makna doa istikharah, ianya sudah cukup bagi kita meluahkan segalanya kepada pemilik segala persoalan yang kita hadapi. Makna doa istikharah mencakupi keseluruhan perkara dalam kehidupan kita selaku hamba yang tidak sepi dan sunyi dari pilihan. Dengan penuh pengharapan kepada Allah kita melafazkan doa istikharah, sudah cukup menunjukkan bahawa kita menyerahkan urusan kita kepada Allah. Itulah sebaiknya bagi kita selaku hamba Allah. Setelah istikharah dan munajat kepada-Nya, laluinya dengan hati yang tenang. Yakinilah bahawa kita dah serahkan urusan kita kepada Allah. Lalu lakukan musyawwarah. Apa yang datang sesudahnya (kecenderungan hati atau sebagainya) insya'Allah itulah jawapan dari Allah buat kita. 

Istikharah Satu Keperluan Bukan Pilihan
Memandangkan hari-hari kita diwarnai dengan lambakan pilihan demi pilihan ibarat warna-warni sang pelangi. Justeru istikharah adalah suatu keperluan kepada diri kita bukan pilihan. Ianya wajar dijadikan sebagai rutin yang menghiasi hari kita agar setiap perilaku dan langkah kita terpandu dengan panduan ilahiah, Allah bersama-sama dengan pilihan kita. Kita tentu mahukan keputusan yang terbaik untuk hidup kita, lalu apa lagi? Lazimilah istikharah! Insya'Allah pilihan dan langkah kita adalah yang terbaik dari-Nya untuk kita. Selepas lakukan solat dhuha, tambahlah 2 rakaat lagi untuk istikharah. Moga Sepanjang hari kita dipandu Ilahi. Jika kita menjadikan Allah tempat rujuk yang terpenting dan utama, pasti Allah tidak akan menyia-nyiakan kita. Lakukanlah dan insya'Allah dikau pasti akan menjadi tenang menghadapi apa jua pilihan yang mendatang.

wallahu a'lam..

p/s: Pencerahan untuk insan yang di ingati lagi disayangi ^_~


-By Musafir

Saturday, November 10, 2012

PadaMu Ku Bersujud




PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
Esok ataukah nanti

Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Pada-MU 

~ Oleh Afgan


Ku Sujud Pada-Mu 

Sujud ku pada-Mu Tuhan
Syukur pada TAKQIR-Mu
Qudrah dan Iradah-Mu pada ku
Kurniaan terbaik dari-Mu

Walau seberat apa pun TAKDIR-Mu
Walau sehebat mana pun UJIAN-Mu
Ku akur segalanya baik untukku
Hamdalah buat-Mu

Demi-Mu kuREDHA atas sedikit kesakitan
Demi-Mu kuharungi semua ketentuan
Tiada sesal tiada kecewa
Kerana kutahu Kasih Sayang-Mu

Tundukku merendah
Sujudku bersyukur
Pada-Mu wahai zat yg Maha Mulia
Pada-Mu ku bersujud

~ Sujudku syukur pada ketentuan-Mu Tuhan ~
- Musafir Dunia @ Al-Hijrah Solehah -
10112012 | 3.23pm

Ulasan Pembaca