Didik Al Quran

Friday, October 25, 2013

Berkat Menghormati Guru


Bismillah..

Suasana kelas hiruk pikuk, masing-masing sibuk bercakap dengan cerita yang tiada kesudahannya. Ada saja hal yang hendak dicakapkannya. Walaupun ada guru dalam kelas, tidak sedikit pun membuatkan suasana bertukar rupa malah sebaliknya bertambah bising. Keadaan itu membuatkan Aisyah tidak senang duduk, hatinya panas membahang saat rakan-rakannya tiada rasa hormat kepada guru yang ada di depan.

"Tolong lah diam! Cikgu kan ada di depan, hormatlah sikit.." Akhirnya Aisyah bersuara menyebabkan semua tertumpu kepadanya. Sedikit terkesan mungkin.

Keadaan kelas masih seperti awalnya namun senyap sedikit dari sebelumnya, penangan suara Aisyah.


Aisyah seorang pelajar yang dikenali sebagai pelajar pendiam di dalam kelas dan sering menumpukan perhatiannya kepada guru yang sedang mengajar. Sangat menghormati guru sehingga tidak keluar kelas walaupun dalam keadaan nak ter'kucil'! Aisyah sangat disegani oleh rakan-rakannya di kelas. Hanya kerana beliau menggunakan mulut pada waktu yang diperlukan sahaja dan tidak suka bercakap tidak tentu hala menyebabkan beliau dihormati rakan-rakan sekelas.

"Barangsiapa suka bersenda gurau, ia akan dianggap remeh oleh orang lain." (Umar bin Khththab)
Mengimbau detik awal mengapa kelas fizik kelihatan begitu tertekan dengan suasana bising adalah disebabkan faktor hilangnya minat di kalangan pelajar kelas itu terhadap pengajaran guru yang mengajar subjek itu. Tingkatan 4 sains 2 sudah hampir dua minggu tidak belajar subjek fizik kerana guru yang mengajar tidak ada. Yang ada pun mengajar sekejap saja dan telah tamatkan pengajaran kerana beliau adalah guru praktikal. Sehinggalah guru baru datang memenuhi ruang kosong tersebut.

"Assalammua'laikum murid-murid" Guru baru memulakan pengajaran.

Keadaan kelas senyap, semua pelajar menumpukan perhatian kepada guru baru dihadapan. Biasalah apabila guru baru demikian keadaannya. Apalagi jika guru tersebut adalah guru lelaki.

Keadaan sepi bertukar hinggar binggar apabila guru tersebut belum mahir dengan subjek yang di ajarnya. Mungkin beliau bukan guru fizik dan terpaksa mengajar subjek tersebut atas arahan pihak sekolah. Setiap kali beliau mengajar beliau akan lakukan pembetulan hingga membuatkan pelajar pening-pening lalat.

"eh eh.. salah-salah.. Sekejap ye.." Kata guru tersebut menyedari apa yang di ajarkan sebentar tadi salah.

Akhirnya pelajar tidak peduli lagi akan kehadiran guru tersebut di dalam kelas. Masing-masing bukan saja tidak mengendahkan guru tersebut. Malah boleh bermain-main di belakang dan berbuat bising! Keadaan kelas sedemikian begitu memberikan tekanan kepada Aisyah. Walaupun beliau juga turut merasakan apa yang dirasakan oleh rakan-rakannya namun beliau tidak tergamak untuk memperlakukan guru sedemikian rupa sebagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakannya. Apa yang dilakukannya hanya memnumpukan perhatian kepada guru dihadapan dan sesekali cuba membantu cikgu menenangkan keadaan kelas.

Walaupun pelajar lain hilang hormat kepada guru fizik tersebut, namun Aisyah tetap dengan caranya. Baginya cikgu wajib dihormati dan kelemahan yang ada pada diri seorang guru bukan untuk direndah-rendahkan tetapi ianya membuka peluang untuk pelajar lebih berusaha gigih. Tak mengapalah guru tidak mahir dalam pengajarannya, yang pastinya dirinya perlu berusaha lebih daripada biasa. Dan itulah yang dilakukan oleh Aisyah. 


Setiap kali ujian dan peperiksaan, perkara yang menggemparkan kelas 4 sains 2 adalah subjek fizik hampir keseluruhan pelajar GAGAL subjek itu, tetapi tidak bagi Aisyah. Aisyah seorang saja yang sering lulus subjek tersebut malah beliau mendapat markah tertinggi subjek itu dalam kelasnya. Dan mendapat markah kedua tertinggi di sekolah itu. Bagi Aisyah sendiri, beliau gusar menghadapi subjek fizik kerana akur dirinya sangat lemah subjek tersebut, apalagi usaha perlu dilipat gandakan berbanding subjek lain. Namun keputusan ujian dan peperiksaan membuatkannya kehairanan dan bingung dalam syukur. 

"Mungkin ini anugerah Allah berkat menghormati guru fizik" monolog hati Aisyah.
"Jangan meremehkan dalam menghormati guru kerana ada berkat ilmu yang Allah titipkan dan ada rahmat Allah bagi siapa yang mengetahui akan nilai hormat yang sewajarnya kepada seorang bergelar guru"

Friday, October 11, 2013

Mencari TV Kosong Untuk Tujuan Mendidik Al-Hafiz Hafizullah


Bismillah..

Alhamdulillah saat ini Allah mengizinkan tangan menaip kate di layar skrin yang sering kita tatap saban hari, tidak pernah tinggal. Betul x? ke ana sorang je macam tu.. Jika masa kita dengan laptop/komputer lebih banyak dari kita bersama Allah dan Al-Quran kita patut muhasabah dan ubah gaya tersebut, moga kita dapat kejar apa yang yang kita cita-citakan, Cinta Tuhan Amin3 ya Robb.. Saat menulis ni jam menunjukkan 5.59pm baru usai mendengar segmen 'Ibrah' di corong radio ikim.fm, Alhamdulillah. Dan sekarang sedang menikmati lagu Mahir Zain, 'Open your eyes'.. Allah beningnya saat bait-baitnya dihayati. Siaran radio ikim.fm telah lama sunyi, tidak dibuka kerana yang menggantikannya adalah jauh lebih baik iaitu alunan ayat-ayat sucinya. Dan itulah yang menemani pendengaran ini saban detik 24 jam sehari. Namun apabila mendapat makluman d twitter ikim.fm segmen2 yang sangat ana minat, ana akan beralih mendengarkannya untuk tujuan saqafah ilmu biiznillah.

"Ada tak jual TV kosong, yang tiada siaran?" soal ana kepada adik ana

Pertanyaan ana mengundang lucu di hatinya lantas ana ditertawakan. Ana bingung kenapa ketawa, lucu ke?
"Mana ada jual TV kosong.. Apa la akk ni" jawabnye dengan sedikit baki tawanya


Tidak jemu untuk mencari.. Soalan di ajukan di laman sosial dengan soalan yang hampir serupa. Namun jawabnya..

"Akak bergurau ke?" respon seorang kenalan
"Tidak, akk serius. Akk tidak bergurau.." Balas ana dengan tegas


Sememangnya ana serius dengan pertanyaan ana. Dan ana jarang mengeluarkan kata-kata yang tidak serius. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ana begitu beriya-iya mencari TV yang tiada siaran@TV kosong. Sebelum menyatakan sebabnya ana nak maklumkan respon ana terhadap TV terlebih dahulu. Ana adalah salah seorang pemBENCI TV. Sangat benci! Allahu akbar, semoga kebencian itu kerana-Mu. Masakan tidak, ana pernah memotong wayar TV d rumah sendiri kerana terlalu bencikannya! Mujurlah ana tak di boikot dan dimarahi, alhamdulillah. Semua hanya senyap atas tindakan ana, walaupun ana melakukannya saat tiada siapa yang melihatnya kecuali Allah, tapi mereka tahu angkara siapa. Hmm macam mana mereka tahu ana pun tak pasti.
"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan memberinya ganti yang lebih baik." (HR. Ahmad)
Kebencian ana kepada TV kerana bagi ana TV telah merosakkan minda, fokus kita. TV juga menjadikan kita alpa dan leka dan mensia-siakan masa yang Allah berikan kepada kita. Ianya virus yang sangat berpengaruh kepada ummat Islam khususnya kepada kanak-kanak. Sewaktu menikah, ana ada mengutarakan satu permintaan kepada sang suami bahawa ana tidak mahu TV. Suami akur dengan kehendak ana. Dan ana dah lama tidak melihat TV. Sesekali suami belanja makan di luar dan pastinya ada skrin TV, waktu itulah tidak dapat dielakkan mata menatapnya. Dah ada depan mata, taknak macam mana pun pasti akan terlihat juga. Sudah dihidang menanti santap! Saat itu jugalah hati panas membahang dengan hidangan-hidangan yang disajikan di layar TV. Tiada manfaatnya! Walaupun siaran agama, tiba saat iklan menayangkan wanita separuh bogel hanya dengan tuala mandi! Iman boleh terlucut bagi siapa yang melihatnya! Innalillah. Ana benci TV! Bagi ana, setelah menjadi isteri, ana wajar menjaga semuanya untuk suami termasuklah matanya, hidungnya dan telinganya. Justeru dengan adanya TV ana rasa ana akan tewas untuk menjaganya.

Berbalik kepada cerita asal, kenapa pula ana mencari TV? Ye sekarang ana sedang memikirkan cara mendidik zuriat ana. Medium apa yang sesuai dengan mengisi setiap masanya agar ianya bermakna. Pendidikan anak bermula dirumah. Ianya dimulai sejak anak berada dalam kandungan lagi. Dan ana memikirkan ana perlukan skrin TV sebagai medium didikan untuk anak-anak kelak. Namun TV yang tiada siaran saja yang menjadi pilihan supaya ianya berfungsi memasang VCD sahaja. Ana perlukan TV seumpama itu agar apa yang dipaparkan dapat dirancang dan memastikan didikan bagi membentuk jati diri anak-anak Islam tercapai. Soalnya adakah TV seumpama yang diharapkan itu ada! Semoga Allah membantu ana dalam hal ini, Allahumma amin.

Ulasan Pembaca