Wednesday, January 23, 2013

Cinta Setelah Nikah Cinta Dambaan Hati



REPOST : 
Cinta Setelah Nikah Cinta Dambaan Hati

Sungguh indah ciptaan Tuhan
jodoh dan pertemuan ditentukan
indah tika dua jiwa dipertemukan
dalam redha yang diperkenankan
pertemuan yang dinantikan
sekian lamanya oleh dua insan

pertemuan yang tidak dirancang
mahupun di ada-adakan
tidak diduga mahupun diteka-teka
segalanya dalam pengetahuanNya
Tuhan yang Maha Esa

Bila dua jiwa ada satu rasa
Bergetar tika merasainya
Mohon padaNya agar terpelihara dari dosa
Salurkan pada yang sepatutnya
Orang tengah itu sebaiknya

syariat dititik beratkan dan diutamakan
tidak disampingkan mahupun disisihkan
kerna jiwa terikat dengan peraturan Tuhan
restu ayah bonda dalam ingatan
segalanya mengikut kehendak Tuhan

Insya’Allah segalanya dipermudah
Allah Maha Tahu lagi Maha Bijaksana
Dengan izinNya bersatulah dua insan
Demi mencari redha Tuhan
Melayari bahtera impian
Merenangi lautan bersama insan pilihan
Bukan pilihan diri untuk insan
Tapi pilihan Tuhan untuk insan

Hasil Nukilan: Musafir Dunia, May 2008

* Alhamdulillah kini diriku sudah menjadi suri sang suami yang dinanti, CINTA setelah NIKAH. Kami tidak pernah saling mengenali hanya mengenali setelah diHALALkan dengan AKAD, alhamdulillah. Doakan moga kami bahagia, amin..

Wednesday, January 16, 2013

Awas Akhirat di Hadapan


Dengan nama Allah yang Maha sempurna..

Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau yang menghidupkan dan mematikan. Yang memberi balasan kepada setiap perbuatan yang dilakukan. Maha suci Engkau yang menciptakan dan meniadakan. Sungguh manusia itu lemah dan hina. Engkaulah yang menguatkan dan meninggikan kedudukan hamba-hamba yang Engkau kehendaki. 

Allahu Allah, pandanglah kami dengan pandangan kasih-Mu. Bimbinglah kami kejalan yang Engkau Redha. Jangan Kau palingkan hati kami dari mengingati-Mu, Rabbku yang Maha Esa. Sinarilah hati kami dengan sinar Iman yang tidak kan padam hingga kami berjumpa dengan-Mu. Oh Tuhanku yang Maha tahu. Sungguh kami memerlukan petunjukmu dalam menapaki hari-hari kami sehingga kami terselamat daripada kesudahan yang buruk di dunia mahupun di akhirat. Ya Allah selamatkanlah kami dari golongan yang Engkau sesatkan. Jangan pula Engkau  membiarkan kami sesat. Selamatkanlah kami daripada kesesatan. Amin3 ya Robb..

Wahai insan yang bernama hamba, ketahuilah bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan sahaja. Ladang tempat mengumpul sebanyaknya amalan dan pahala, untuk dituai kelak di hari akhirat. Ketahuilah wahai diri, bahawa setiap apa yg dilakukan tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah. Semuanya akan dipersoalkan. Takutlah akan azab Allah yang Maha pedih. Fikir dan renungkan semasaknya setiap tindakan sebelum bertindak. Lakukan sebanyaknya kebaikan. Hanya kebaikan yang bisa membantu dan memberi manfaat kepada kita, menggembirakan kita di hari pembalasan. 

Setiap apa yang dilakukan pasti dan pasti diperhatikan oleh Allah yang Maha Melihat. Walau dalam kabut dan kelam, walau dalam sunyi dan terang. Sungguh Maha Melihat dan Mengetahuinya Allah atas segala sesuatu. Waspadailah dirimu wahai insan. Yakinkan hatimu bahawa dunia ini hanya pinjaman, akhirat yang berkekalan. Dunia ini satu jambatan menuju ke alam yang berkekalan. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Dan setiap yang bernyawa pasti akan melaluinya tidak ada yang terkecuali, kaya mahupun miskin.

Yakinkanlah hatimu akan hari kebangkitan. Semuanya akan dipersoalkan dan diperhitungkan. Tiada siapa yang dapat memberi bantuan, melainkan amalan kebaikan. Hanya amalan. lakukanlah dan maknailah kehidupan ini dengan memperbanyakkan amalan. Bersihkan hati sucikan diri. Hanya hati yang bersih saja pembeza diri, yang akan membawa kepada bertemunya dengan Rabbul Izati. Allahu Rabbi..

Ingatlah dan ingatlah wahai diri. Agar dirimu sentiasa waspada dengan kehidupan ini. insya'Allah biiznillah..

~ MD

Wednesday, January 9, 2013

Mar'ah Solehah


Menjadi SOLEHAH itulah impian hati..
Bukan dimata manusia tp di sisi Allah Rabbul izati..
Kerana JANNAH idaman hati..
Hati terpaut pada CINTA ILAHI..

Walau hebat fitnah dunia..
Namun pantang diri menyerah..
Badai dan duri dilalui penuh tabah..
Agar Iman dan Taqwa kekal terpelihara..

Taubat suatu kemestian sehari-harian
kerana ianya bukan pilihan
Moga diri sentiasa dalam kesucian
Moga akrab dengan Tuhan

insya'Allah akan diusahakan sehabis baik, biiznillah..

--

~ Tegar kejar Solehah ~
- Musafir Dunia -
27082012 | 12.56 PM

Wednesday, January 2, 2013

Usah Lelah Melangkah




Berjalanlah dan teruslah berjalan..
Dunia semakin rakus memangsakan manusia..
Aku perlu lebih kuat dan kental hadapi hari depan..
Perlu lebih banyak doa dan amal, krn ramai yg perlukan bantuan.. 
Masing2 sedang TENAT dan NAZAK..
Ku perlu kekuatan dari-Mu ilahi Rabbi..
Ku rayu padaMu, cekalkan hati ini..
Moga tetap teguh menempuh hari demi hari..
Moga diri menjadi wasilah pembaikan diri insani..

Insya'Allah, Allahumma amin..

--
Usah lelah dalam melangkah
- Musafir Dunia -
27082012 | 12.46PM

Ulasan Pembaca