Didik Al Quran

Friday, September 27, 2013

'Bercinta' nak keluar rumah


Bismillah..
Biasa tak dengar perkataan tu 'bercinta'. Apa yang anda faham bila membaca tajuk entri ini ye? Jangan salah faham sudah le ye ^_^ Orang Melaka bila sebut 'bercinta' tu maksudnya suatu perkara yang sukar dilakukan atau seakan ada sesuatu yang menghambatnya daripada melakukannya.

Masya'Allah masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Kini usia kandungan ana 7 bulan. Hmm ana pun x pasti dengan jelas usia kandungan ana sebab doktor tak cakap ape-ape pun. Ana yang kira-kira sendiri. Semakin lelah dan terbatas setiap perbuatan, mungkin tidak biasa dengan keadaan yang baru di alami sebagai seorang ibu hamil. Hanya ketabahan dan kesabaran dipohonkan kepada Allah, hanya Dia saja yang ada sentiasa menemani diri. Kepayahan yang dilalui benar-benar menginsafkan diri selaku anak kepada seorang ibu. Huk huk "yah sayang ummi isk, maafkan salah silap anakmu ini..". 

Keadaan fizikal yang semakin lemah dan ketidak upayaan ini menyebabkan diri memilih untuk berada di rumah saja. Kelas-kelas yang dijadualkan seperti kebiasaannya, hampir kesemuanya tidak dapat dihadiri saat ini. Bercinta sungguh nak keluar rumah, Allahu akbar. Selain itu banyak kekhuatiran yang bermain di fikiran. Di jalanan sukar untuk mengelak daripada dosa. Ibaratnya keluar saja rumah, dosa-dosa dah tersedia untuk diterima. Umpamanya memandang yang bukan mahram. Dosa yang sering kita lakukan sedar ataupun tidak. Memilih untuk di rumah saja lebih selamat dirasakan. 


Kelas jahitan hampir dua bulan tidak dapat dihadiri. Banyak faktor yang menyebabkan ana tak pergi ke sana. Antara faktor dosa yang tidak dapat di elakkan, innalillah. Bercerita hal orang lain sudah menjadi satu perkara biasa yang wajib dalam setiap perbualan mereka. Yang tak mahu dengar nak buang ke mana telinga? Apakah yang tidak mahu turut serta dapat mengelak? Corong telinga sentiasa terbuka tersedia menerima apa saja bunyi yang ada di persekitaran, sadisnya! Dosa dapat dengan begitu mudah sekali. Nak salahkan mereka? Bukan bgitu cume menyatakan situasi dunia sekarang yg terhidang untuk dosa. Sukarnya mengelak! Dan paling ditakuti ianya akan memperngaruhi zuriat dalam kandungan. Justeru di rumah saja adalah lebih baik, menurut hati yang sentiasa memohon yang terbaik dari Maha Pencipta.

Oleh kerana pergaulan ibu semasa hamil sangat berpengaruh kepada bayi dalam kandungan, justeru ianya sangat penting di ambil berat dan tidak dipandang remeh. Mengapa ianya kelihatan berat ye, insya'Allah akan ana kongsikan pada entri yang datang yang ana perolehinya daripada hasil pembacaan. Namun ana telah mempraktikkannya sebelum ana tahu mengenainya, Allah terlebih dahulu telah mendidik dan memelihara ana agar tidak bergaul dengan orang yang sebarang. Ianya sangat penting dalam kehidupan menuju akhirat. 

Sudah menjadi rutin, setiap hujung minggu menghadiri kelas Quran. Walaupun tujuannya sangat baik namun ianya tidak menjamin diri terhindar daripada dosa. Hati dihambat dilema entah yang keberapa kali. Akhirnya membuat keputusan untuk pergi di saat-saat akhir. Ini kerana rindu akan majlis ilmu. Kepada Allah dipohonkan bantuan agar diri terselamat daripada dosa-dosa yang tidak diketahui. Hanya kebaikan dan pahala saja yang diharapkan. Alhamdulillah sedikit terubat dahaga ilmu. Tidak seperti sebelum ini, semuanya dapat dilalui dengan mudah dan bersahaja. Kini bukanlah susah namun perlu kepada penelitian baik buruknya khususnya untuk bayi dalam kandungan. Sangat menjaga agar bayi hanya mendapat yang baik-baik saja. Mudah-mudahan Allah redha dan rahmati, amin.

Sungguh ana rasa bahagia berada di rumah daripada berada di jalanan/ luar rumah. Banyak perkara yg dapat dilakukan selain menambah amalan dan bacaan. Ana memang sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian sejak dari masa gadis lagi. Sehinggakan ayah ana menggelarkan ana sebagai 'gadis gua' yang memerap dirumah. Ana tak marah dengan gurauan itu malah merasa gembira. Dengan keadaan itulah diri ana terselamat dari dosa-dosa yang tidak disengajakan dan juga yang tidak diketahui.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ana, dosa kita semua yang sering alpa dan lalai dalam menyikapi masa yang diberikan Allah kepada kita. Astaghfirullah.. Mohon maaf ana pohonkan kepada semua yang mengenali ana. Minta dihalalkan semuanya ya, samada berupa budi mahupun harta yang tidak mampu dibalas. Kebaikan antum hanya Allah saja yg dapat membalasnya dengan kebaikan yang jauh lebih baik dari apa yang antum usahakan biiznillah. Mohon doa kalian juga, moga kita semua menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman dengan sebenar-benar iman, Allahumma amin.

wallahu taala a'lam..

Wednesday, September 18, 2013

What u give u get back!

Bismillah wa alhamdulillah...

Terkadang kita terguris dengan kata-kata orang kepada kita.. betul x? Mungkin kita juga pernah mengguris hati orang dgn kate2 kita, lalu berISTIGHFARlah dan mohon diberi keSABARan oleh Allah menghadapinya, MAAFkan dan berDOAlah agar kita tidak melakukan hal yg sm.. strive to mardhatillah insyaaAllah..


Tidak ada sesuatu yg menimpa seseorang melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya andai dia bersabar menghadapinya. Lalu bersabarlah dgn sabar yang terindah.. Sungguh Rasulullah adalah manusia yang paling sabar, sabar dalam sabar.

Sabar dalam sabar beerti apabila diuji kesabarannya menjadilah ia semakin sabar. Mampukah kita mencontohinya?! Allahu akbar.

Wednesday, September 11, 2013

Meniti Hari Dalam Penantian


Bismillah wa Alhamdulillah 

Rahim-Nya Allah menzahirkan kekuasaanNya dengan segala bentuk kejadian, subhanallah. Setiap penciptaan-Nya jika diamati dengan mata hati pasti mengungkap zikir dan merasa takjub. Kerana akal manusia sungguh terbatas dengan segala bentuk keterbatasan. Antara kejadian yang membuatkan hati sangat takjub adalah penciptaan manusia dari segumpal darah hinggalah menjadi manusia (little khalifah) apabila ia lahir kelak. Allahu akbar.

Menyingkap detik yang berlalu bagaimana ana disahkan hamil tanpa diduga. Ana yang naif dengan ilmu rumahtangga juga mengenai kehamilan tidak mengenal tanda kehamilan. Ana mengalami kesakitan pada salah satu anggota badan. Kesakitan yang di alami hingga menyebabkan ana dibawa suami berjumpa doktor untuk rawatan. Namun tak diduga kesakitan itu membawa kepada berita yang sangat mengejutkan ana dan membuatkan ana penuh syukur atas kurniaanNya.Subhanallah.

"Saya sakit di sini." ungkap ana kepada doktor wanita yang menjadi pilihan ana setiap kali mendapatkan rawatan di klinik Keluarga.
"Dah lama ke sakit?" Soalnya dengan lirih senyuman membuatkan hati ana musykil
"Hmm baru-baru ni je, dah 2 minggu" jawab ana
"Kita uji air kencing. P tandas dan kencing dalam bekas yang tersedia ye" minta doktor
 Setelah memenuhi permintaan doktor dan air kencing di uji..
"Awak mengandung ni" Kata doktor dengan senyuman manis. 
Ungkapan doktor mengejutkan ana dan ana tercengang dan akhirnya ana tersenyum  keriangan, alhamdulillah. Tiada lagi kerisauan di benak fikiran mengenai kesakitan yang di alami. Masya'Allah..

Alhamdulillah summa alhamdulillah kini my little khalifah dah semakin membesar. Antara detik yang membahagiakan ana adalah merasakan gerakannya dalam perut ana, saban waktu ana menantikannya. Dan setiap kali beliau menunjukkan respon ana akan ambil peluang mengusap perut seolah-olah mengusapnya dan berdialog dengannya, masya'Allah. Ana ada baca (tp x ingat d mn), bayi yang diransang akan lebih bijak daripada bayi-bayi lain. Inilah antara ransangan yg dapat ana lakukan saat ini dengan ilham dr Allah.

Menanti dalam hari-hari yang berbaki ini sebelum little khalifah menjengah dunia, ana rasakan banyak bekal yang ana kne siapkan untuk menyambutnya sebagai amanah yg paling berharga. Kini ana banyak merujuk dan membaca, alhamdulillah. Dalam pencarian ilmu mendidik zuriat soleh, ana terjumpa blog yang amat bernilai bagi ana iaitu blog yang menceritakan bagaimana seorang ibu mendidik zuriatnya menjadi pencinta al-Quran dalam usia bayi lagi, Masya'Allah membuatkan ana sangat teruja sekali untuk turut sama mempraktikkannya biiznillah.

Ana juga menyenaraikan buku-buku yang wajib ana baca dan beli kelak untuk ana dan juga zuriat ana. Alhamdulillah ianya antara langkah awal yang Allah ilhamkan. Antara buku yang sudah ana khatamkan adalah buku
33 Amalan Mendidik Anak Soleh dan Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam. Sangat-sangat bermanfaat dirasakan. Jika antum berhajat untuk dapatkan buku tersebut boleh beli secara online sahaja di kedai buku online ^_^ atau klik pada nama buku tersebut, ana dah masukkan link di situ bagi memudahkan antum mendapatkannya biiznillah.



Insya'Allah akan ana kongsikan kepada anda buku-buku dalam senarai menunggu untuk ana baca nanti insya'Allah. Sekarang ana strive to khatamkan buku ini pula ^_^



Semoga Allah rahmati para ibu dan bapa yang mensyukuri kurniaan amanah dari Allah dan berusaha mendidiknya dengan cara yang terbaik, Allahumma amin.

Ulasan Pembaca