Saturday, September 29, 2012

Tunaikanlah Hutangmu Wahai Insan


Bismillah.. Alhamdulillah..

Pernah tak orang berhutang dengan anda? Dan anda malu untuk meminta? Kemudian anda mengambil langkah malas nak fikir dan buat tak kesah je lah.. Jika demikian kita banyak persamaan.. Tetapi Slot Mukmin Profesional di IKIM.FM membuatkan rasa 'malas nak fikir' menjadi 'mari fikirkan kembali'. Justeru satu warkah telah ternukil dengan izin Allah. Sebagai usaha dan tindakan daripada 'sedar' yang wujud usai mendengar getar rohani dalam Slot Mukmin Profesional. Syukran Ustaz Pahrol, moga Allah sentiasa merahmati ustaz amin.

Assalammua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.. 
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang.. Allah Maha teliti atas semua perkara dan Maha berat siksa-Nya...
Ukhti yg dikasihi kerana Allah.. Semoga sihat dalam pelindungan Allah swt, insya'Allah.. 
Ukhti yang dikasihi, beberapa hari yg lalu ana ada dengar slot MUKMIN PROFESIONAL d IKIM.FM yg mengupas ISU kerohanian. Mendengarnya membuatkan ana teringatkan nt. (^_^) SLOT tersebut sering ke udara pada hari ISNIN pkul 5.15pm. Jika FREE boleh lah luangkan masa untuk turut serta. Insya'Allah bersama sejenak beriman. 
Berkenaan dgn Slot tersebut. seorang pemanggil telah bertanyakan soalan kepada ustaz Pahrol lebih kurang bgini bunyinya "Ustaz, sy ni sakit hati sebenarnya dengan orang yg berhutang dengan sy tp xmahu bayar. Dan sy malas dah nak fikir. Biarkan ajelah dia. Soalannye betul tak tindakan sy ni ustaz?" 
Jawab ustaz lebih kurang bunyinya bgini "Tindakan tu tidak tepat, sebagai seorang Islam, apabila orang berhutang dengan kita wajiblah kita menuntut hutang dan mengingatkannya akan hutangnya. Soal hutang bukanlah isu kecil dalam Islam. Ia melibatkan dosa dan siksa. Apabila kita bertindak bersahaja dan seolah-olah sudah malas nak fikir berkenaannya, kita belum tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim terhadap orang yg berhutang. Kita kene tegur dan minta hutang dilunaskan. Dengan itu kita selamatkan dia daripada sentiasa berdosa selagi hutang tidak dibayar dan menyelamatkanya dari siksa yg lebih berat di akhirat kelak"
Justeru itu, ana dengan rendah hatinya menuntut hutang daripada nt yang masih belum nt lunaskan. Insya'Allah ana yakin nt sudah ada kemampuan untuk membayarnya. Nikmat Allah yang kita kecapi akan Allah ambil apabila kita tidak menunaikan hak orang lain. Semoga dengan hadirnya warkah ini, tertunailah tanggungjawab ana sebagai seorang muslim kepada org yg berhutang. 
Mohon maaf atas salah silap ana terutamanya kata-kata ana d atas. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampuni kita, amin..
wallahu a'lam..
wassalam..

Wednesday, September 26, 2012

Cukup bagiku Allah


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...



Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Nenangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa
Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang




Dapatkan lagu ini di SINI ^^


Oh Allah, Inilah hasratku..
Untuk merasa cukup hanya denganMu,
Merasa tenang hanya denganMu,

Oh Tuhanku, aku ini insan biasa,
terkadang ku tersungkur dalam kelam,
Namun Kaseh-Mu menyedarkanku,
Alhamdulillah..

kuharap pimpinan-Mu sentiasa,
hinggaku bertemu dengan Mu..

Usah Kau membiarkanku,
meniti hari sendiri,
ku tegar ditinggal pergi oleh manusia banyak,
namun tidak oleh Mu..

Kerana Kau lah segalanya bg ku
Tanpa-Mu tiadalah erti hidup ini bg ku
Sungguh ku dambakan Mu
Sungguh ku perlu akan 'rasa' didampingimu,
sentiasa untuk ku

---

Musafir Dunia
~ Cukup bagiku hanya Allah, Hati bisa tenang ~
30 Safar 1432 H
03|02|11

Wednesday, September 19, 2012

Rindu Menghilang


Dengan Nama Allah Maha Pengaseh, Maha Penyayang..



Dimanakah Rindu

Mengapa hati yg merindu kini hilang rasa..
Apakah yang menggugat rasa hingga menyingkir RINDU di jiwa..
Diriku mahu sentiasa merasa RINDU itu..
Namun tidaklah rindu yang meruntun hti hingga mata basah kerananya..
cukuplah dengan hati yang peka rasa..
bukan mata yang sering membasah.. ^^ 


---

Musafir Dunia
~ Hadirlah rindu di hati kerana-Nya ~
01 Rabiu'l awwal 1432 H
04|02|11



Wednesday, September 12, 2012

Agar Langkah Kukuh tidak Rapuh



Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh
Opick - Rapuh


Usah Rapuh

Langkahku rapuh dalam meniti hari..
Lemah longlai sendirian hampir rebah..
Mata sering membasah memikir noda hitam yang kelam..
Mampukah aku menggapai sinar,
sedang hati hampir mati..

Hancur lebur remuk iman diri,
Apakah ada kekuatan lagi untukku bina tembok iman..
sungguhku rapuh dalam langkahku..

Sememangnya aku ini insan yang lemah.. 
Tujuanku hanya kepada Mu Rabbi,
kepada-Mu kupohon kekuatan
kuatkanlah langkahku pada hijrahku
Hijrahku menuju-Mu
T_T

---

Musafir Dunia
~ Agar Langkahku Kukuh tidak Rapuh ~
02 Rabiu'l awwal 1432 H
05|02|11

Insya'Allah.. ^_~

Wednesday, September 5, 2012

Koleksi Si Cilik Mujahid Mujahidah


Bismillah..
Allah, saksikanlah DOA ini sebagai salah satu USAHA ^^
Amin3 ya Robbal A'lamin


Mudah-mudahan dengan izin Allah, 
dikurniakan anak kembar yang KUAT IMANnya spt Abu Bakar, 
KENTAL TAQWAnya spt Umar, 
Amin3 ya Robb


Mudah-mudahan dikurniakan anak seINDAH Nabi Yusuf 
yang Kacak dan tinggi Taqwanya kepada Allah, 
Allahumma Amin..


Mudah-mudahan dikurniakan anak perempuan yang Kuat Iman-Nya 
seperti Asiah Isteri Firaun, 
sesuci Maryam ibu Nabi Isa alaihissalam,
Sebijak dan secantik Aisyah Humaira', Isteri Rasulullah tercinta. 
Allahumma amin..

Mudah-mudahan dengan izin Allah, 
dikurniakan anak kembar 
yang mempunyai semangat JIHAD spt Muaz dan Mus'ab,
Amin3 ya Robb 


Mudah-mudahan dengan izin Allah, 
dikurniakan anak kembar yang KUAT IMANnya spt Abu Bakar, 
KENTAL TAQWAnya spt Umar, 
Amin3 ya Robb




Mudah-mudahan dengan izin Allah, 
dikurniakan anak kembar yang CERDIK, BIJAK dan LUAS Ilmunya spt Ali, 
KENTAL TAQWAnya spt Umar, 
Amin3 ya Robb

-- 
by Musafir

Ulasan Pembaca