Didik Al Quran

Thursday, July 3, 2014

Bulan Istimewa


Assalammua'laikum kepada semua pembaca setia blog yg tidak seberapa ini, salam Ramadhan di ucapkan. Diam tak juga diam, dah 5 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.

Dah lama rasanya ana tidak menjenguk mahupun mencoret di blog ini B-) Tugas yang digalas makin bertambah dan masa yang ada telah banyak ditumpukan kepada hal yang lebih penting dan utama. Apakah halnye? Ada yang nak tahu ke? Hee :-) Halnye adalah menjadi ibu dan manager kepada perniagaan yang diusahakan sendirilah. Alhamdulillah. Sahabat pembaca sokonglah ana ya, kalau tidak bermuamalah pun, cukuplah dengan doa ;-) Sungguh doa adalah sangat power! kita saja yang tidak tahu. Semoga cita-cita ana untuk membantu keluarga dengan pekerjaan sendiri tercapai, amin.

Tulisan kali ini hadir bertujuan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kpd smua dan memberitakan hal keadaan ana sahaja. Mudah-mudahan kita dipertemukan Allah lagi nanti, amin

Posted via Blogaway

Ulasan Pembaca