Didik Al Quran

Tuesday, January 10, 2012

Harapan dan Penantian


Duhai anak..
Kan kutetap sabar menantimu,
menyayangi dan merinduimu,
setulus hatiku kerana-Mu (Allah)

Duhai anak..
Walau bukan dari rahim ini kau dilahirkan,
Kan ku tetap mengasihi dan menyayangimu,
Menuntun langkahmu kerana-Mu (Allah)

Duhai anak..
Kerana Allah kuhadir menjalin pertalian,
Kerana Allah jualah ku mencintai kalian,
menyayangi merindui kerana mengharapkan 
redha Tuhan

Duhai anak..
Walau kapan kuterpaksa menunggumu,
Mudah-mudahan sabarku dalam penantian,
Dinilai Allah untuk bekal jihad ke sana

--
SABAR itu JIHAD
Al-Hijrah Solehah @ Musafir Dunia
7.22 am | 10 Jan 2012

10 comments:

  1. Tahniah.. moga selamat.. dan dipermudahkan segala urusan.. Alhamdulillah.. Moga berjaya mendidik buah hati kesayangan menjadi insan soleh/solehah..

    ReplyDelete
  2. tahniah..moga menjadi penyeri hidup dan berjaya mendidik menjadi pejuang agama

    ReplyDelete
  3. benarkah ??? subhanalllah ana tumpang gmbira ^^

    ReplyDelete
  4. Amin3 ya Robb.. Insya'Allah doa tulus saudara seIMAN sgt2 diperlukan dan dihargai. Semoga rahmatNya bersama kita.

    Semoga Allah berkenan memberikan KHABAR GEMBIRA bg menjawab sejuta PENANTIAN, amin3 ya robb..

    Andai ada INGAT di minda kalian untuk ana yg lemah dan tidak berdaya ini, hulurkan DOA kekuatan untuk ana. Insya'Allah moga Allah perkenankan doa2 tulus tersebut.

    ReplyDelete
  5. ada doa 'disana'..

    moga ada KHABAR GEMBIRA menjengah dihati kamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahu khoir..
      Subhanallah.. Allahumma amin.. Insya'Allah biiznillah..

      Delete

Ulasan Pembaca