Didik Al Quran

Saturday, September 29, 2012

Tunaikanlah Hutangmu Wahai Insan


Bismillah.. Alhamdulillah..

Pernah tak orang berhutang dengan anda? Dan anda malu untuk meminta? Kemudian anda mengambil langkah malas nak fikir dan buat tak kesah je lah.. Jika demikian kita banyak persamaan.. Tetapi Slot Mukmin Profesional di IKIM.FM membuatkan rasa 'malas nak fikir' menjadi 'mari fikirkan kembali'. Justeru satu warkah telah ternukil dengan izin Allah. Sebagai usaha dan tindakan daripada 'sedar' yang wujud usai mendengar getar rohani dalam Slot Mukmin Profesional. Syukran Ustaz Pahrol, moga Allah sentiasa merahmati ustaz amin.

Assalammua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.. 
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih dan Penyayang.. Allah Maha teliti atas semua perkara dan Maha berat siksa-Nya...
Ukhti yg dikasihi kerana Allah.. Semoga sihat dalam pelindungan Allah swt, insya'Allah.. 
Ukhti yang dikasihi, beberapa hari yg lalu ana ada dengar slot MUKMIN PROFESIONAL d IKIM.FM yg mengupas ISU kerohanian. Mendengarnya membuatkan ana teringatkan nt. (^_^) SLOT tersebut sering ke udara pada hari ISNIN pkul 5.15pm. Jika FREE boleh lah luangkan masa untuk turut serta. Insya'Allah bersama sejenak beriman. 
Berkenaan dgn Slot tersebut. seorang pemanggil telah bertanyakan soalan kepada ustaz Pahrol lebih kurang bgini bunyinya "Ustaz, sy ni sakit hati sebenarnya dengan orang yg berhutang dengan sy tp xmahu bayar. Dan sy malas dah nak fikir. Biarkan ajelah dia. Soalannye betul tak tindakan sy ni ustaz?" 
Jawab ustaz lebih kurang bunyinya bgini "Tindakan tu tidak tepat, sebagai seorang Islam, apabila orang berhutang dengan kita wajiblah kita menuntut hutang dan mengingatkannya akan hutangnya. Soal hutang bukanlah isu kecil dalam Islam. Ia melibatkan dosa dan siksa. Apabila kita bertindak bersahaja dan seolah-olah sudah malas nak fikir berkenaannya, kita belum tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim terhadap orang yg berhutang. Kita kene tegur dan minta hutang dilunaskan. Dengan itu kita selamatkan dia daripada sentiasa berdosa selagi hutang tidak dibayar dan menyelamatkanya dari siksa yg lebih berat di akhirat kelak"
Justeru itu, ana dengan rendah hatinya menuntut hutang daripada nt yang masih belum nt lunaskan. Insya'Allah ana yakin nt sudah ada kemampuan untuk membayarnya. Nikmat Allah yang kita kecapi akan Allah ambil apabila kita tidak menunaikan hak orang lain. Semoga dengan hadirnya warkah ini, tertunailah tanggungjawab ana sebagai seorang muslim kepada org yg berhutang. 
Mohon maaf atas salah silap ana terutamanya kata-kata ana d atas. Semoga Allah sentiasa merahmati dan mengampuni kita, amin..
wallahu a'lam..
wassalam..

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca