Didik Al Quran

Wednesday, January 16, 2013

Awas Akhirat di Hadapan


Dengan nama Allah yang Maha sempurna..

Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau yang menghidupkan dan mematikan. Yang memberi balasan kepada setiap perbuatan yang dilakukan. Maha suci Engkau yang menciptakan dan meniadakan. Sungguh manusia itu lemah dan hina. Engkaulah yang menguatkan dan meninggikan kedudukan hamba-hamba yang Engkau kehendaki. 

Allahu Allah, pandanglah kami dengan pandangan kasih-Mu. Bimbinglah kami kejalan yang Engkau Redha. Jangan Kau palingkan hati kami dari mengingati-Mu, Rabbku yang Maha Esa. Sinarilah hati kami dengan sinar Iman yang tidak kan padam hingga kami berjumpa dengan-Mu. Oh Tuhanku yang Maha tahu. Sungguh kami memerlukan petunjukmu dalam menapaki hari-hari kami sehingga kami terselamat daripada kesudahan yang buruk di dunia mahupun di akhirat. Ya Allah selamatkanlah kami dari golongan yang Engkau sesatkan. Jangan pula Engkau  membiarkan kami sesat. Selamatkanlah kami daripada kesesatan. Amin3 ya Robb..

Wahai insan yang bernama hamba, ketahuilah bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan sahaja. Ladang tempat mengumpul sebanyaknya amalan dan pahala, untuk dituai kelak di hari akhirat. Ketahuilah wahai diri, bahawa setiap apa yg dilakukan tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah. Semuanya akan dipersoalkan. Takutlah akan azab Allah yang Maha pedih. Fikir dan renungkan semasaknya setiap tindakan sebelum bertindak. Lakukan sebanyaknya kebaikan. Hanya kebaikan yang bisa membantu dan memberi manfaat kepada kita, menggembirakan kita di hari pembalasan. 

Setiap apa yang dilakukan pasti dan pasti diperhatikan oleh Allah yang Maha Melihat. Walau dalam kabut dan kelam, walau dalam sunyi dan terang. Sungguh Maha Melihat dan Mengetahuinya Allah atas segala sesuatu. Waspadailah dirimu wahai insan. Yakinkan hatimu bahawa dunia ini hanya pinjaman, akhirat yang berkekalan. Dunia ini satu jambatan menuju ke alam yang berkekalan. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Dan setiap yang bernyawa pasti akan melaluinya tidak ada yang terkecuali, kaya mahupun miskin.

Yakinkanlah hatimu akan hari kebangkitan. Semuanya akan dipersoalkan dan diperhitungkan. Tiada siapa yang dapat memberi bantuan, melainkan amalan kebaikan. Hanya amalan. lakukanlah dan maknailah kehidupan ini dengan memperbanyakkan amalan. Bersihkan hati sucikan diri. Hanya hati yang bersih saja pembeza diri, yang akan membawa kepada bertemunya dengan Rabbul Izati. Allahu Rabbi..

Ingatlah dan ingatlah wahai diri. Agar dirimu sentiasa waspada dengan kehidupan ini. insya'Allah biiznillah..

~ MD

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca