Wednesday, April 24, 2013

Bidadari buat Suami




Ya Allah.. 
Dambaku adalah Redha suamiku..
Redha-Mu terletak di atas redha suamiku padaku..
Bantulah aku untuk sentiasa menyenangkan suamiku..
Memandangku membuatkan hatinya tenang dan bahagia..
Mendengarkan kata-kataku hatinya runtun..
Berpisah menggamit rindu segar..
Indah sang bidadari..
Bidadari dunia..

Ya Allah ya Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati-Mu..
Isteri yang dikasihi suami..
Isteri yang solehah buat suami..
Isteri yang sentiasa di hati suami..  
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..
Tolonglah aku ya Allah..

--

~ Bidadari sang suami matlamat hidup demi mencapai REDHA dan CINTA-Nya ~
Musafir Dunia
17122012 | 1.38am 
     

Bidadari

Artist: Rabbani

Ketika hilang segala yang nyala
Kau hadir dengan pelita hati
Simpuhmu melangkah kesopanan
Tiada bicara dapat dilafazkan

Pulangku kau sambut dengan senyuman
Pemergianku didoakan kemuliaan
Kau sulam kasih sayang ini
Dengan kemesraan

Walau kesederhanaan
Yang mampu kuhulurkan
Kau tadah penuh keredhaan
Limpah syukurmu kususun rapi
Agar dirimu dapat kuhargai
Sebagai bidadari

Kau permaisuri hati
Kau permata suci
Akan tatahkan hatimu
Dengan sinar iman
Akan kuhiasi jiwamu
Dengan kewajipan
Tanda mensyukuri anugerah Tuhan
Serta anak yang menjadi penawar

Dirimu anugerah Tuhan
Amanah buat insan beriman
Rusuk kiriku
Dicantumkan
Agar dapat kita bergandingan

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca