Thursday, March 13, 2014

MH370



Bismillah

Semoga JIWA2 makin hampir dengan Allah..

sy memang dah lama x tengok TV, surat khabar pun x suka nak baca. Akibatnya berita yang hangat diperkatakan ini tidak sy tahu.. Baru beberapa harini sj sy mengetahuinya, itupun setelah membaca komentar rakan fb.. Allahu akbar..

Tatkala UJIAN-Mu datang menduga
Tiada siapa yang menyangka
Tiada angin yang membawa berita
Semuanya menjadi rahsia sang Pencipta

Namun disebalik dugaan yang menimpa
Ada cerita yang besar untuk kita manusia
Iktibar sejagat juga semesta
Agar kita makin akrab dengan pencipta

Sungguh dari Dia kita datang
dan kepada-Nya lah kita kembali
Tabah dan sabarlah mengharungi
Secubit rasa untuk dicicipi

Pahit manis ditelan walaupun sukar
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Hakikat sebenar sebuah kejadian
bukanlah beban tapi dalam kemampuan insan

Hasil Nukilan : MD | 3.09pm | 13/3/2014

p/s: Allah tidak akan menguji hambaNya dluar kemampuan

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca