Wednesday, May 2, 2012

Salam 'Nakal'

salam....

Bismillah..


Alhamdulillah syukur masih diberi pinjam umur hari ini. Semoga umur yang diberi pinjam ini dijadikan MODAL untuk kita dapat sebanyaknya keuntungan di negeri abadi, akhirat sana, insya'Allah amin.

Hari demi hari yang dilalui tidak sunyi dengan usikan nakal manusia bernama lelaki. Dimana lagi kalau tidak di media sosial (FB), ruangan chatting. Ramai manusia bernama wanita sering tertipu dan terjebak dengan menyahut 'salam nakal' hingga menjatuhkan diri ke dalam jurang ikhtilat. Bila ikhtilat tidak dikekang dan ditegah maka berlanjutan kepada peringkat couple. Seterusnya ke fasa yang lebih tinggi 'darjat'nya hingga terjadilah apa yang kita lihat di dada-dada akhbar. Nauzubillah. 

Hawa yang dikasihi sekalian, teguhkan pendirian anda. Tetap tegas, tidak kiralah daripada siapa salam dihulurkan. Asal saja yang menghulurkan salam itu lelaki WAJIBlah bertegas. Agar dirimu dihormati dan dikenali sebagai perempuan yang baik. Semoga kita semua diberi taufik oleh Allah untuk tetap menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Ramai manusia bernama lelaki tidak segan silu mengajukan salam kepada muslimah. Rasanya dia tak segan silu kerana dia lupa bahawa Allah sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya. Ayuh muslimah sejati sekalian, tugas anda adalah memberi sedar kepada lelaki yang alpa ini. Bagaimana? Ikuti sketsa salam 'nakal' berikut mudah-mudahan anda dapat ilham dalam bertindak. Insya'Allah.

Akhi: " salam... "
Ukhti: " waalaikumussalam.. ada yg boleh dibantu? "
Akhi: " xde pn...saje...nama pe?"
Ukhti: "Tidak ada perBUALan antara LELAKI dan WANITA yg HALAL NIKAH melainkan ada URUSAN yg dbenarkan SYARA'. MAAF ye.."
Akhi: " nak kenal2 tu...x benarkan syara ke?"
Ukhti: "TIDAK!"
Akhi: "hehe kalau mcm tu...x yah lawk join fb ni...hehe"
ukhti: "Allah sentiasa MELIHAT setiap apa yg HAMBA-Nya lakukan. Dan tiada yg tersembunyi hatta di dalam HATI sekalipun.. Boleh rujuk surah al-baqarah ayat 284.."
  • "Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi. Sekranya kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu sembunyikannya, maka Allah akan memperhitungkannya..." (2:284)
Akhi: "benar...tapi kita sebagai hambaNYA...jgn la bersangka buruk dengan saudara seagama...rujuk kitab muntakhab hadith...haram bersangka buruk..."
Ukhti: "Jika ada URUSAN (JUAL beli- muamalah) silakan. Namun Jika TIDAK hentikan perbualan dan ISTIGHFARlah byk2.."
Akhi: "hhmm...sy takut sgt..."
Ukhti: "ana telah tnye d awal perbualan "ada apa yg boleh dibantu?" untuk tahu apa tujuan perbualan. Jika benar URUSAN mk TERUSkan. Jika TIDAK hentikan perbualan. Allah MAHA melihat dan MAHA teliti serta SANGAT pedih AZAB-Nya
wallahu a'lam.."
Akhi: OFFLINE
Ukhti: "Alhamdulillah"



wallahu a'lam..

--

Damba Redha Tuhan
- MD -

2 comments:

  1. salam. betul3. memang selalu kena, ada jugak balas ngan DALIL. hah, salah guna dalil la bro. tenks atas ingatan akak. TETAP TEGAS ! TETAP TEGUH !

    ReplyDelete
  2. Salam aidhan.. Allahu akbar.. Allahu yubarikfik insya'Allah amin.. Aiwah..

    ReplyDelete

Ulasan Pembaca