Monday, May 14, 2012

Jatuh Cinta Vs Dicintai


Bismillah..

"sy jatuh cinta.. (^_^) "
"ooh hmm sy rasa dicintailah.(^^.) "

Bagaimana rasanya bercinta dan dicintai ye? Subhanallah.. Indahnya saat bercinta. Betul ke?  Allahu akbar. Ukhtifillah kita semua pasti dan pasti tidak akan terlepas daripada merasakan damainya CINTA di hati. Bibir mampu berdusta tapi hati? tentunya tidak.

Remaja adalah usia yang menjadi TUMPUAN cinta berlabuh? benarkah? Ini adalah pendapat peribadi penulis. Kerana di usia remaja banyak ujian yang datang bertamu terutamanya ujian perasaan. Namun masya'Allah tabarakallah, ada juga yang tidak melaluinya berkat doa ibu ayah dan rahmat dari Allah swt, alhamdulillah.

Salahkah Bercinta?
Ukhtifillah ketahuilah bahawa TIADA CINTA bagi seorang muslimah SOLEHAH until AKAD. Pasakkan sekuat2nya dalam hati, banyakkan doa dan munajat kepadaNya agar Allah pelihara daripada cinta yang tidak diredhai-Nya. Setkan minda bahawa "CINTAku saat ini hanya untuk meraih redha Allah". Taati semua suruhan-Nya dan jauhi semua larangan-Nya. Hormati ibu ayah dan orang yang lebih tua daripada kita. Semoga Allah rahmati kita insya'Allah.

ukhtifillah yg disayangi kerana Allah, Jangan sesekali terjebak dengan sindrom couple dan ikhtilat. Dua penyakit tersebut jelas-jelas HARAM dan tidak diajarkan dalam Islam. Jauhilah sekerasnya dan bagaimana nak hindarinya insya'Allah boleh rujuk entri yang lepas Salam Nakal  sebagai pencerahan insya'Allah. 

Cinta dan mencintailah hanya yang halal bagimu. Sungguh itulah yg dilakukan oleh muslimah solehah yang menginginkan rahmat dan redha Allah. 


Perasaan Cinta Hadir dengan Sendirinya

"sy jatuh cinta.. (^_^) "
"ooh hmm sy rasa dicintailah.(^^.) "

Allahu akbar.  CINTA yang hadir adalah anugerah Allah dari sumber yang suci dan jangan pula dicemarkan. Mungkin juga cinta yang dihadirkan oleh Allah itu sebagai UJIAN buat diri. Tentu anda ingat firman-Nya bahawa seseorang itu tidak beriman melainkan setelah di uji. 

Kita kata, kita nak Allah. Kita nak hanya cinta-Nya saat ini, kerana saat ini Allah belum hadirkan insan yang menemani hidup kita(suami). Maka Allah hadirkan ujian, bentuk ujian yang diberikan sesuai dengan diri masing-masing. Allah nak lihat apakah kita ini benar mahukan-Nya atau sekadar di bibir sj. Hadapilah ujian-Nya dengan benar semoga ujian itu dapat dilepasi dengan jayanya. Buktikan kata-kata kita!

Sungguh Allah tidak akan menzalimi kita dan Allah Maha tahu lagi bijaksana. Firman Allah dalam surah Nur (24:26) yang bermaksud " Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik". Janji Allah itu pasti ukhti.


Menyikapi fitrah Insani
Saat diri rasa dicintai yakni ada yang cuba merapati dan mencintai diri anda. Khabarkan padanya Firman Allah. Ingatkan diri sendiri dan dirinya Allah murka orang-orang yang zalim. Orang yang zalim adalah orang yang berbuat apa yang Allah haramkan ke atas dirinya. Meminta ampun kepada Allah atas kesilapan diri sendiri dan minta Allah tunjuki jalanNya yg benar.

"sy jatuh cinta.. (-_-)' " cemas

Perasaan cinta yang hadir tanpa dipinta. Resah dan meresahkan hati kerana hati itu saat ini hanya dikhususkan untuk Allah. Anda tidak bersalah memiliki rasa itu. Sikapilah rasa yang hadir itu dengan cara yang benar agar Allah redha. Lantunkanlah dibibirmu istighfar yang tidak sunyi. Teruskan istighfarmu biar syaitan mengeluh dan tidak berjaya memanah hati dengan panah beracunnya. 

Dalam solatmu.. Sujud dan berdoalah. Berbicaralah dengan Allah..
Allah..
Sungguh Kau tahu hatiku.. T_T
Aku jatuh cinta ya Allah..
tapi Aku tahu aku tidak mampu menepisnya..
Tolonglah aku ya Allah..
kuatkanlah aku ya Allah untuk tidak terlalai dariMu..
Aku tidak layak untuk cinta insani saat ini..
kerana hatiku ini hanya untukMu..
dan hanya untuk insan yg HALAL bagiku..
Tolonglah aku, kuatkanlah hatiku untuk
menepis rasa yang tidak layak bagiku kini..
Aku merayu pada-Mu
yang Maha Pengasih dan Penyayang.. T_T

Tika dinihari, bangkitlah dan berbisiklah dengan Allah, mohon kekuatan dari-Nya. Doamu saat itu di angkat naik ke langit untuk diperkenankan. Usah asyik dengan nikmat lena hingga membuatkanmu terlepas nikmat yang paling berharga saat orang lain di ulit mimpi. Ayuh! Bersegeralah bangkit dan merebut peluang berkhalwat dgn Allah.. Munajatlah semahu hatimu pada-Nya yang tidakkan menghampakanmu. Allahu akbar..


Wahai Allah Tuhanku yang satu.. T_T
Yang Maha setia dan memahamiku..
yang dari-Mu aku datang dan kepada-Mu, ku kembali..
Allah.. Ampuni aku lantaran dosa-dosaku yang banyak..
dosa yang tidak kusedari mahupun yang tidak ku sengajakan..
Yang tersembunyi mahupun yang nyata.. Ampunilah hamba ya Allah.. T_T

Ya Allah.. Sungguh ku damba Cinta Agung-Mu..
Banyaknya dugaan yang harus ku tempuhi, Sungguh Engkau Maha Tahu..
Allah.. hatiku ini lemah sekali.. 
Aku tidak mampu berdiri sendiri tanpa bantuan-Mu..
Ku rayu pada-Mu bantulah aku..

Hatiku telah jatuh cinta ya Allah pada yang tidak layak bagiku saat ini..
Ampunilah aku ya Allah, andai rasa ini satu dosa bagiku..
Sungguh ku takut akan azab-Mu dan ku damba keampunan-Mu..
Ampunilah hamba ya Allah..

Ya Allah aku hanya mahu Cinta-Mu dalam hatiku saat ini..
Dan aku hanya mahu cinta insan yang HALAL bagiku, suamiku kelak..
Tolonglah aku, kuatkanlah hatiku ini..
Andai dia itu jodoh yang Engkau titipkan untukku, mudahkanlah jalannya..
agar kami disatukan dalam akad.

Namun jika tidak, ampunilah aku dan kuatkanlah hatiku agar tidak terlalai..
kuatkanlah hatiku agar dapat reda dari rasa yang mencemaskan ini, T_T
tolonglah aku yang lemah lagi memerlukan bantuan-Mu ini..
Wahai Allah Rabb ku yang satu..
perkenankanlah doaku ya Allah.. T_T
Amin3 ya robbal a'lamin..

-- 
Munajat Gadis yang mendamba CINTA dan REDHA Allah..


Muslimah Terpelihara adalah Tujuan 
Insya'Allah mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan untuk berjalan atas landasan yang benar. Usahakan semahu hati sekuat tenaga untuk menjadi muslimah yang terpelihara didunia ini. Dirimu terlalu berharga, oleh itu hargailah dirimu sebagaimana Allah memuliakan kaum wanita.

wallau a'lam..

-- 
Damba Cinta-Nya | Pencerahan untuk remaja ^^
MD @ Al-hijrah Solehah

4 comments:

  1. subhanallah...
    air mata keharuan dan keinsafan jatuh berderai di sini...
    sungguh,,diri benar2 teruji saat ini dgn apa yg dikata...
    ya allah...di saat ku meminta mencintaiMu setulus hati, Engkau benar2 menguji meminta bukti dgn didatangkan cinta manusiawi...
    ya allah...jgn tinggalkan hmba sndri...ssghnya hmba tidak mahu cintaMu sirna dan pergi...
    kuatkan hmba ya tuhan utk hdapi ujian cintaMu ini... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah.. Allah masih syg ukhti lalu ditegur-Nya dengan sapaan keinsafan di hatimu saat ini. Moga rasa yang baru ditemui memberi nafas baru dalam mengejar CINTA ABADI dan HAKIKI sebelum CINTA manusia yg HALAL anugerah-Nya untukmu. Allah Maha tahu apa yg terbaik untuk hambaNya, yakinilah..

      hapuskan air matamu dengan firman-Nya..

      Delete
  2. subhanallah . menangis bace . subhanallah . kite dah lama terleka . tapi , tak tahu macam mane nak patah balik . kite rapat dgn lelaki tuh . dah 4 tahun kenal . see ? berape lame dah lalai . tapi , taktau ashane nak keluar dari kelompok org yg lalai . taktahu mcm mane nak bgtau dia . taktahu mcm mane nak kuatkan hati );

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya'Allah Allah dengan Rahmat-Nya menjadikan pena ini wasilah Nur-Nya kepada hamba yang terpilih. Alhamdulillah..

      Ukhti yang dikasihi kerana Allah, syukur kepada Allah kerana ukhti disinari Nur Ilahi saat menatap coretan ku yang penuh cela ini. Maha suci Allah..

      Insya'Allah Allah akan membantu nt. Ambil wudhu' dan Solatlah serta MUNAJATlah pd Nya. Adukan semua cerita dan MOHONlah pertolongannya..

      Insya'Allah, bacalah berulangkali coretan di atas, insya'Allah ukhti akan menemukan jawapan pada persoalan nt..

      Allahu yubarik fik, insya'Allah..

      Delete

Ulasan Pembaca