Didik Al Quran

Wednesday, December 26, 2012

Katakan TIDAK pada Iman DoWn!




Dengan Nama Allah yang Maha Tahu, Maha Bijaksana, segala puji hanya layak bagiNya, semoga Allah membantu kita dalam hal keimanan, insya’Allah amin ya Rabb3...

Biiznillah, masa yang telah berlalu…
Seusai solat berjemaah, seperti biasa bersalam-salaman dengan jemaah di rumah..
Biasalah seusai besalaman ada yang tetap d permaidani cinta dan ada bersurai menyambung tugasan yang belum dilunasi..

Namun, ada yang tidak enak dirasakan.. suram dan muram terpancar pada raut wajah adik yang sorang. Di usia mula menginjak remaja, tentunya hadapi pergelutan dalam dirinya. Namun Alhamdulillah sepanjang usia remaja ana terselamat daripada detik yang mencemaskan itu, semua adalah Rahmat dan kasih sayang daripada Allah..

“kenapa ni, monyok je?” pertanyaan yang menyentakkan hayalannya..
“hmm…” sepi, seakan mahu menuturkan namun tidak terluah..
Down ke?” mengagak..
“erk…” bundar matanya memandang pabila agakan itu terlontar menerjah ke telinganya..
“hmmm” menghela nafas puas kerana agakan mengena..

Owh sebab down ke? Sebenarnye iman kita ini memanglah ada turun naiknya. Al imanu yazidu wala yangkus.. Turun naiknya iman kita bergantung kepada aktiviti yang kita lakukan sehari-hari. Jika pada hari itu kita banyak melakukan amal kebaikan maka menaiklah iman kita, tp jk sebaliknya maka demikian jg iman..

Kita sebagai seorang mukmin (insya’Allah alhamdulillah) seharusnya bijak memahami keadaan diri. Bila dirasakan iman mula menurun, apa tindakan kita? Adakah kita hanya menyedarinya lalu meratapi dengan kesedihan! Murung seharian? Lalu dikhabarkan kepada insan, ana down la hari ni.. begitukah kita? Bangkitlah! Kamu adalah umat yang terbaik!

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada jalanNya, semoga kamu beroleh kejayaan” (Al-Ankabut, 5:35)

Saudaraku sehati seiman dan seperjalanan, bangkitlah memurnikan iman kita tatkala kita sedar kejatuhannya. Usah berlengah, saat itu juga harus kita bangkit, berwudu’ lalu lakukanlah solat taubat. Mungkin kita telah bermaksiat kepada Allah tanpa kita sedar maka hal itu menjadi punca turunnya iman kita. Kemudian carilah pintu-pintu kebaikan dan lakukanlah jangan bertangguh!

“Barangsiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jangan dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepadaTuhannya” (Al-Kahfi, 18:110)

Antaranya dengan berzikir setulusnya kepada Allah. Tentunya Rasul yang mulia telah menunjuki kita teladan yang banyak dalam hal berzikir ini. Salah satunya boleh kita dapati daripada kitab Al-Azkar oleh Imam Nawawi Rahimahullah, kitab ini bagus untuk kita miliki. Bacalah KalamNya, dan bermuhasabahlah, bertafakur sebentar kepada Allah..

Insya’Allah saudaraku, kamu bisa meraih kenaikan iman setelah itu, kamu akan dapat rasakannya dengan izin Allah. Semoga Allah membantu kita dalam hal ketaatan juga keimanan kita padaNya, amin. Tiadalah amal kebaikan yang dapat kita lakukan melainkan dengan Rahmat dan Kaseh sayang daripadaNya jua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah, insya’Allah amin..

Wallahu taala a’lam..

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca