Wednesday, December 12, 2012

Mencari Cinta Hakiki Mendamba Redha Ilahi

Mencari Cinta Hakiki, Mendamba Redha Ilahi


Payah benar kurasakan,
menelusuri Hari demi hari..
mencari cinta hakiki,
yang mekar di hati insan..
bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,
yang disalurkan kpd jalan yg suci..
hanya satu cara..
melalui satu ikatan yang suci,
itulah Pernikahan abadi..

Kuingini cinta itu hanya d alam pernikahan..
dan kuyakini, cinta setelah itu
adalah cinta yg diredhaiNya..
kerana itulah syariatNya
yang MESTI kita ikuti
demi meraih redha ilahi..

Allahu Rabbi..
adakah aku dipandang mundur
hanya kerana berpegang pada prinsip ini
bertegas pd kaum adam
agar iman mereka tak luntur
dek kelembutan kaum hawa..
Apakah ianya salah?

Mencari pasangan hidup..
bagiku bukanlah semudah memetik jari..
apakah insan bernama wanita,
perlu menggunakan semua wataknya untuk memaut hati lelaki??
Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?
Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!

wahai insan bernama wanita..
tetaplah teguh dirimu pada jalanNya
memenuhi semua tuntutanNya
memagar dirimu dengan malu dan taqwa
usah terpesona dengan madah berbunga sang nafsu yg berpuaka
kerana Allah dan Rasul ada janjinya
buatmu muslimah yang memelihara diri
jangan pernah dikau ragu!
kerana janjiNya pasti BENAR!

allahu Rabbi..
sabarkanlah hatiku, tabahkanlah jiwaku
moga pendirianku tetap teguh padaMu
sungguh ku mencari cinta hakiki dan
Aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..
Agar segalanya indah bersama Tuhan..
Amin3 Ya Rabbal A'lamin...

Hasil Nukilan : Musafir Dunia, 31 Oktober 2010

*Alhamdulillah CINTA HALAL telah kuperolehi sepertimana yg kumohonkan pada-Nya, CINTA setelah AKAD.. Namun CINTA-Nya belum kuperoleh.. ~_~ DOAkan moga RUMAHtangga menjadi JAMBATAN bg ku dan suami untuk mendapat CINTA AGUNG-Nya, amin

2 comments:

  1. Subhanallah... Indahnya bait-bait puisi ini... Terasa keagungan cinta akan ilahi melebihi segalanya... Insyallah, semoga cinta admin bersama si dia yang tercinta berlandaskan cinta admin kepada Allah dan Rasul berkekalan hendakNya... Amin... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahu khoiran kathira ya ukhti.. insya'Allah biiznillah.. Allahumma amin..

      Delete

Ulasan Pembaca