Bismillah wa Alhamdulillah
Rahim-Nya Allah menzahirkan kekuasaanNya dengan segala bentuk kejadian, subhanallah. Setiap penciptaan-Nya jika diamati dengan mata hati pasti mengungkap zikir dan merasa takjub. Kerana akal manusia sungguh terbatas dengan segala bentuk keterbatasan. Antara kejadian yang membuatkan hati sangat takjub adalah penciptaan manusia dari segumpal darah hinggalah menjadi manusia (little khalifah) apabila ia lahir kelak. Allahu akbar.
Menyingkap detik yang berlalu bagaimana ana disahkan hamil tanpa diduga. Ana yang naif dengan ilmu rumahtangga juga mengenai kehamilan tidak mengenal tanda kehamilan. Ana mengalami kesakitan pada salah satu anggota badan. Kesakitan yang di alami hingga menyebabkan ana dibawa suami berjumpa doktor untuk rawatan. Namun tak diduga kesakitan itu membawa kepada berita yang sangat mengejutkan ana dan membuatkan ana penuh syukur atas kurniaanNya.Subhanallah.
"Saya sakit di sini." ungkap ana kepada doktor wanita yang menjadi pilihan ana setiap kali mendapatkan rawatan di klinik Keluarga.
"Dah lama ke sakit?" Soalnya dengan lirih senyuman membuatkan hati ana musykil
"Hmm baru-baru ni je, dah 2 minggu" jawab ana
"Kita uji air kencing. P tandas dan kencing dalam bekas yang tersedia ye" minta doktor

Setelah memenuhi permintaan doktor dan air kencing di uji..
"Awak mengandung ni" Kata doktor dengan senyuman manis.
Ungkapan doktor mengejutkan ana dan ana tercengang dan akhirnya ana tersenyum keriangan, alhamdulillah. Tiada lagi kerisauan di benak fikiran mengenai kesakitan yang di alami. Masya'Allah..
Alhamdulillah summa alhamdulillah kini my little khalifah dah semakin membesar. Antara detik yang membahagiakan ana adalah merasakan gerakannya dalam perut ana, saban waktu ana menantikannya. Dan setiap kali beliau menunjukkan respon ana akan ambil peluang mengusap perut seolah-olah mengusapnya dan berdialog dengannya, masya'Allah. Ana ada baca (tp x ingat d mn), bayi yang diransang akan lebih bijak daripada bayi-bayi lain. Inilah antara ransangan yg dapat ana lakukan saat ini dengan ilham dr Allah.
Menanti dalam hari-hari yang berbaki ini sebelum little khalifah menjengah dunia, ana rasakan banyak bekal yang ana kne siapkan untuk menyambutnya sebagai amanah yg paling berharga. Kini ana banyak merujuk dan membaca, alhamdulillah. Dalam pencarian ilmu mendidik zuriat soleh, ana terjumpa blog yang amat bernilai bagi ana iaitu blog yang menceritakan bagaimana seorang ibu mendidik zuriatnya menjadi pencinta al-Quran dalam usia bayi lagi, Masya'Allah membuatkan ana sangat teruja sekali untuk turut sama mempraktikkannya biiznillah.
Ana juga menyenaraikan buku-buku yang wajib ana baca dan beli kelak untuk ana dan juga zuriat ana. Alhamdulillah ianya antara langkah awal yang Allah ilhamkan. Antara buku yang sudah ana khatamkan adalah buku 33 Amalan Mendidik Anak Soleh dan Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam. Sangat-sangat bermanfaat dirasakan. Jika antum berhajat untuk dapatkan buku tersebut boleh beli secara online sahaja di kedai buku online ^_^ atau klik pada nama buku tersebut, ana dah masukkan link di situ bagi memudahkan antum mendapatkannya biiznillah.

Insya'Allah akan ana kongsikan kepada anda buku-buku dalam senarai menunggu untuk ana baca nanti insya'Allah. Sekarang ana strive to khatamkan buku ini pula ^_^
Alhamdulillah..
ReplyDelete