Didik Al Quran

Friday, January 17, 2014

Ikon Remaja Islam





Bismillah wa alhamdulillah..

Syukur ya Allah masih diberi peluang yang kesekian kalinya untuk menapaki hari. Ya Allah jadikanlah hari-hari yang dilalui dipenuhi Rahmat dan Kasih Sayang-Mu kepada diriku, keluargaku, sanak saudaraku dan kaum muslimin. Kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami untuk menCINTAi keTAATan dan keBAIKan hingga kami dimatikan, Allahumma amin.

Pernah suatu ketika ana melewati dan beriktikaf sebentar di sebuah masjid saat menemani suami mengajar di Kuala Lumpur, sempat ana mendengar sedikit dari intipati program kanak-kanak mengisi masa cuti sekolah di kawasan itu barangkali. Antara pertanyaan ustaz yang mengendalikan program tersebut adalah "Adik dah besar nak jadi apa?". " Saya nak jadi macam Aron Aziz" jawab seorang kanak-kanak. Demikian juga jawab beberapa orang yang lain apabila ditanyakan soalan yang sama. Jawapan mereka menggambarkan bahawa minda kanak-kanak telah dirosakkan dengan dunia hiburan semata hingga matlamat sebenar seorang Islam kabur dan tidak dipupuk apalagi disemai dan disuburkan malah ianya terus terkubur. Innalillah. Inilah yang membimbangkan dan menggusarkan kita semua. 

Namun dibalik cerita tadi ada juga anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan tentang al-Quran, Solat, Cinta Allah dan Rasul juga matlamat Jihad dan Syahid dalam hidupnya. Semuanya bermula di rumah! 2 November 2013 telah mencatit sejarah seorang pemuda yang berusia 20 tahun meninggal dunia dan tersebar keseluruh dunia berita kematiannya dan beliau menjadi terkenal dan dikenali. Ramai juga yang ingin mengetahui siapa sebenarnya Muhammad Ammar bin Ahmad Azam ini. Subhanallah, semasa hidupnya sibuk dengan aktiviti membantu masyarakat dan dakwah. Kerana itu beliau dikenali dan dihormati. Jika dilihat telatah anak muda seusianya, apa yang dilakukan? Ramai juga yang telah hanyut dengan fatamorgana dunia. Cinta monyetnya! gila facebook! Kaki gaduh dan sebagainya. Innalillah. Bukalah minda dan hati wahai anak muda! Dunia ini bukan tempat tinggal tetapi ianya tempat menyemai amal sebagai bekal untuk dituai di negeri abadi, akhirat namanya.
 
Kembali kepada cerita tentang ibu dan bapa kepada seorang anak yang hebat yang juga seorang pelajar Malaysia di Turki. Video dan artikel tentang beliau  (arwah Muhammad Ammar) banyak disebarkan melalui laman sosial youtube sekarang ini. 
Kisah Ammar menjadi sebutan malah video mengenai kisah remaja berusia 20 tahun dari Malaysia yang merantau jauh semata-mata mahu mendalami ilmu Islam itu disaksikan lebih sejuta pelayar YouTube. 
 
Jenazah beliau disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki. Betapa hebatnya penghormatan untuk anak muda yang berumur 20 tahun ini. 
 
Baru-baru ini dalam temubual bersama ibubapa Ammar oleh akhbar tempatan, beberapa tips saya rasa yang telah diketahui oleh kebanyakkan ibubapa tetapi dalam mengimplementasinya... selalulah kebanyakkan kita melakukannya sambil lewa. Semoga ianya boleh menaikkan semangat ibubapa yang suam-suam kuku dalam mendidik anak secara Islami. 
 
“Memberi NAMA YANG BAIK supaya mereka mengikut contoh kepada individu tersebut, misalnya nama Muhammad, ajari mereka mengenai ketinggian adab kepada ALLAH, RASUL, ULAMA, GURU, ajari mereka ALQURAN.
 
"Wajibkan mereka SOLAT, ajari mereka SEJARAH ISLAM supaya mereka bersemangat untuk memperjuangkan agama ALLAH ini serta yang terakhir ajari mereka supaya mempelajari BAHASA ASING. Sebab itu saya hantar Ammar ke Turki (Negera Konstantinopal yang dibuka oleh Muhammad Al Fateh) supaya dia faham sejarah Islam Uthmaniah dan dapat memberi sumbangan pada Islam satu hari nanti, namun ALLAH lebih menyayangi beliau, saya reda dengan ketentuan-NYA ,” katanya.
 
Maka saksikanlah kebenaran dari kebenaran Allah, kemuliaan dari kemuliaan yang Allah janjikan kepada siapa yang mengejar akhirat. Bagi ana selaku 'ibu' (Alhamdulillah telah di iznkan Allah menjadi seorang ibu) adalah mengambil semangat dan motivasi daripada ibu bapa beliau (arwah Ammar) untuk mendidik zuriat pencinta agama dan syahid. Bersama-sama membanyakkan zuriat yang berkualiti yang membanggakan Rasulullah selaku ummatnya. InsyaAllah.

Saat ana sempat melihat salah satu vidoe di utube, berjujuran air mata ana menatapnya. Begitu tabah ibu dan bapa beliau menghadapi kematian anaknya dan begitu gigih sekali didikan yang diberikan kepada Ammar sehingga beliau menjadi insan yang dimuliakan. Dan ana terharu saat kematiannya yang begitu dihormati penghuni bumi, di langit apatah lagi masyaAllah hanya Allah yang tahu. Beginilah juga impian hati ana, untuk mempunyai zuriat seumpamanya, semoga Allah rezkikan dan memberi kekuatan dan ketabahan kepada kudrat yang kerdil ini dalam berbakti di dunia ini, Allahumma amin..

 Video tersebut adalah video yang ana lihat. Ana kongsikan di sini untuk tatapan semua..

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca