Didik Al Quran

Wednesday, August 29, 2012

Air Mata Penantian

Dengan Nama Allah yang Maha Menciptakan lagi Maha Bijaksana mengatur alam ini. KepadaNya hamba memohon keampunan lantaran kekhilafan samada sedar mahupun tidak, sungguh setiap yang bernama insan pasti dan pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Jalan yang terbaik adalah kembali kepada-Nya dengan bertaubat. Dan taubat itu adalah keperluan insan sehari-hari kerana kita bukannya maksum. wallahu a'lam.. Semoga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya kita semua berada dalam keadaan sihat dalam IMAN, ISLAM dan AMAL insya'Allah...



Pertanyaan demi pertanyaan

"Dah berisi ke belum?" tanya seorang sahabat
"Akak dah ada ke?" tanya seorang adik
"Awak dah pregnant?" tanya seorang makcik

"Demam biasa ke, demam berisi?" tanya seorang jiran

Persoalan sedemikian datang bertalu-talu tanpa ada fullstop sehinggalah nanti Allah tolong jawabkan dengan adanya baby dalam kandungan, insya'Allah Allahumma amin. Demikian saban hari dan waktu. Subhanallah beginilah ujian seorang yang telah bergelar isteri. Masya'Allah berat dirasakan menanggung semua persoalan yang di ajukan. Sebak dan sedih sebenarnya untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Hanya yang melaluinya saja dapat merasakannya. Namun ketahuilah bahawa tiada siapa yang terlebih gembira melainkan insan yang dikurniakan khabar gembira oleh Allah dengan hadirnya cahaya mata. Bersyukurlah andai anda telah pun dikurniakan Allah, maknailah setiap pemberianNya dengan nilai Iman dan Taqwa dalam mendidiknya. Allahu akbar..

Sebak dada saat bertalu-talu
ditanyakan mengenainya,
Mengalir mutiara jernih di pipi
sebagai jawapan kepada soalan yang diberi ,

Hati itu ada rasa untuk dirasa
Ada sedih dan tawa
Namun bila itu yang ditanya
apakandaya bukan diri berkuasa

Ada dan tiada
Semuanya rahsia Allah
Sungguh Dia Maha tahu
Atas semua penciptaannya

Kita hanya hamba
yang berjalan atas TAQDIR dan ATURAN-Nya
Tugas kita hanya mengabdi serta akur dan TAAT
Hanya kepada-Nya

DOA, itu sj yang diperlu
Moga ianya membantu
Moga berakhirnya sebuah penantian
dengan khabar kegembiraan

--

Fahamilah itu adalah rahsia Allah
- Al-Hijrah Solehah @ Musafir Dunia -
12082012 | 9.55am




Itu Jawabnya

Pada awalnya semua pertanyaan tersebut tidak mampu dijawab, hingga menyentuh kalbu yang paling dalam, sebak hingga menumpahkan mutiara jernih. Namun Allah itu Maha bijaksana, mengajarkan hati agar tabah. Diilhamkan-Nya untuk menjawab semua pertanyaan dengan bersahaja, akhirnya. Namun penuh makna alhamdulillah..

"belum lagi, insya'Allah ada simpanan yang terbaik dari Allah. Doakan ye" jawapan diberi
"Insya'Allah, doakan ye ^^" seakan tidak menjawab soalan, tapi itulah jawapan
"belum lagi, doakan sy ye" jawapan dengan harapan.

Itulah jawapan bersama dengan harapan. Sudi-sudilah hulurkan DOA untuk yang mengharapkan DOA. Mudah-mudahan ianya membantu DOA dan USAHA yang sedia ada. Segalanya TIDAK mustahil bagi Allah. Hal ini sungguh sulit pada fikiran manusia namun TIDAK sulit bagi Allah mengadakan atau meniadakan. Yakinilah wahai insan, bahawa ALlah itu Maha bijaksana. Usah khuatir dan sedih akibat manusia kerana ALLAH ada, sebagai penghiburmu. Allah tahu apa yg mereka tidak tahu.

Sejarah telah membuktikan betapa Allah itu MAHA BERKUASA dan MAHA MENCIPTAKAN. Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia dan isterinya yang mandul, diberikan khabar GEMBIRA kelahiran zuriat bg nya. Kehairanan Nabi, namun apa kata Allah, Allah lah yang berkuasa atas sesuatu. Lantas apa? Yakinilah! Siti Sara isteri pertama Nabi Ibrahim juga wanita yang mandul, dengan izin Allah Allah kurniakan zuriat darinya. Lahirlah Nabi Ishak dari rahim Siti Sarah. 

Usah dikhuatirkan akan kata manusia. Senyumlah dengan senyum terindah. Jawablah dengan penuh hikmah. "Allah Maha tahu, insya'Allah akan ada.. Allah Maha Mendengar akan semua DOA, tolong doakan ye ^^". Berjalanlah sebaiknya atas taqdir-Nya, redhalah dan sabarlah atas semua ujian-Nya. Semuanya tidaklah sia-sia melainkan ada NILAIan di sisi-Nya, akal fikiran manusia tidak terjangkau namun Allah sediakan suatu yang terbaik buat hamba-hambaNya. Allahu akbar..
Demikianlah kehidupan.. Suka duka yang perlu dilalui. Usah sedih dan dukacita. Kerana orang mukmin itu TIADA keSEDIHan dan keTAKUTan baginya, kerana dia ada ALLAH.. Allah lah segalanya. Allahu akbar.. USAHA itu sudah pasti kerana manusia tugasnya adalah berUSAHA, USAHA dan terus berUSAHA. NATIJAHnya hanya Allah yang menentukannya. 

SENYUMlah dengan SENYUM yang terindah wahai diri. Allah sedang SENYUM padamu (^_^)

Nantikan KOLEKSI pict si COMEL dari Musafir. Ianya meterjemah hasrat hati, juga sebuah DOA. Secebis USAHA dari USAHA2 yg lain insya'Allah ^^

wallahu a'lam..

--

by Musafir Dunia

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca