Tuesday, August 7, 2012

Mujahid Cilik





DEDIKASI PUISI ini untuk MUJAHID yg baru LAHIR, insya'ALlah...



Duhai MUJAHID Cilik..
Akhirnya dengan izin Allah dikau melihat dunia..
Alhamdulillah, dr berjuta yang bertarung dikaulah juara..
Berjaya dalam pertarungan di alam rahim..



Duhai Mujahid Cilik..
Syukurku tatkala melihatmu..
Sihat dan Elok rupa parasmu..
Bukti Kebijaksaan Allah menciptakanmu



Duhai Mujahid Cilik,
Antara ramai wanita yang menanti, 
Ibumu terpilih untuk mengecapi,
Nikmat anugerah Ilahi..



Duhai Mujahid Cilik..
Moga besarmu disinari deenul Islam..
Moga setiap detikmu membesarkan Allah..
Moga dirimu menjadi Mujahid Agama..



FROM me to ur son, Nur Saadah Mohd Shapri ^_~ insya'Allah..
DOAmu kuperlu untuk ku ~_~ Allahu akbar..


--

~Moga ada berita gembira untukku dari-Mu, amin~

-by Musafir Dunia @ Al-hijrah Solehah 
10.20pm | 7/8/2012 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca