
Aku hanya seorang hamba
Yang berkelana di dunia
Berjalan dan terus berjalan
Musafir di dunia
Aku hanya seorang hamba
Bukan siapa-siapa
Oleh itu jangan mengagungkanku
Kerana yang layak di Agungkan hanya Allah
Aku ini hina umpama najis dijalanan
Tiada siapa yang sanggup melaluinya
Malah menghindari dari laluan itu
Itulah hakikat seorang hamba
Tiada kemuliaan dan kebanggaan yang layak untukku
Kerana sememangnya aku tidak layak untuk itu
Aku hanya seorang hamba
Tugasku hanya mengabdi pada Tuanku
Bukan pangkat dan darjat menjadi tujuan
Namun redha dan Cinta-Nya menjadi impian
Biarku hina dimata manusia
Jangan terhina di mata Allah
Biarku tidak dipandang oleh manusia banyak
Tetapi cukuplah dipandang oleh Allah
Kerana aku hanya seorang hamba
Hamba kepada Tuhanku
--
- Agar HATI mengerti HAKIKAT diri -
Musafir Dunia @ Al-hijrah Solehah
18072012 | 12.00a.m
Assalamu'alaikum wbt..
ReplyDeleteSalam ziarah..
#Hakikatnya, kita cuma hamba..
Waa'laikumussalam wbt ukhti Liyana, Syukran 'ala ziarah ^^
Deleteahsanti ya ukhti..