Didik Al Quran

Wednesday, March 6, 2013

Dia Sedang di Uji oleh-Nya


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang..

Sungguh, hidup ini adalah medan ujian buat insan yang bernama hamba. Hamba Kepada Tuhan-Nya. Tidak seorang pun yang akan terlepas daripada menghadapinya, cuma bentuk dan keadaannya saja yang berbeza. Sesuai dengan diri masing-masing. Mungkin seakan sama namun tidak serupa. Itulah dari sudut pandang lahir mata insan yang selalu khilaf dan tersalah. Subhanallah..
Firman Allah yang bermaksud; "Maha suci Allah yang menguasai segala kerajaan. Dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. (Surah Al-Mulk:1-2)
Saudaraku sehati, seiman dan seperjalanan. Pernahkah anda didatangi sahabat anda dalam keadaan duka nestapa, sedihnya amat dengan derita hidupnya yang merupakan ujian dari Allah buatnya.. Setelah sekian lama memendam rasa, menyimpan derita sendiri hingga satu saat yang Allah izin maka terluahlah semuanya padamu selaku insan bernama sahabat. Masya'Allah beruntungnya anda saat itu, tahukah anda? Kerana andalah insan terpilih, yang dipilih Allah menjadi pendengar setia sang peduka yang sedang bersedih. Allah mahu berikan sesuatu kepada anda. Tapi semua itu bergantung kepada bagaimana anda menyikapi luahan sahabat anda. Subhanallah.

Saudaraku sehati seiman dan seperjalanan, andai dirimu menjadi pilihan Allah untuk menjadi tempat curahan rasa, maka gunakanlah peluang itu sebaiknya untuk menyulam kesabaran dan ketabahan dalam hati sahabatmu. Bila ditimpa ujian semua keyakinan yang terpahat padu seakan goyah dan tidak mencengkam kukuh. Maka perlunya pengukuhan dan penyuburan kembali keyakinan tersebut dalam hatinya.. Moga saja anda dirahmati Allah..

Namun,
Saudaraku yang dikasihi kerana Allah, usah bertindak melulu dalam tuturmu pada insan yang meluahkan. Itu hanya akan menambah pilu di hatinya. Jangan pula menghindarkan diri darinya. Bertindak bijaklah dalam menyikapinya.

Sedikit luahan kata buat pesanan diri sendiri dan juga semua, untuk sama kita amalkan bersama, insya'Allah.. Semoga kita bisa raih Redha-Nya, amin..

saudaraku.. 
ayuh sama kita batasi setiap sangkaan kita dgn doa..
hidup ini ibarat putaran roda..
Hari ini kita melihat insan lain di uji dengan perasaan sendiri, mungkin esok siapa tahu kita pula di ujiNya dengan hal yang sama.. D
iwaktu itu, barulah kita tahu apa rasanya perasaan insn yang pernah meluahkan.. Barulah kita sedar akan keperitan dan kesakitan yang dihadapinya.. Allahu akbar.. 
Alhamdulillah Allah memberikan kita rasa..
Allah berhak menguji setiap hamba2Nya dgn pelbagai rupa bentuk ujian... Semoga kita dapat REDHA apa sj ujian menimpa insya'Allah.. Amin..

KeSABARankeTABAHanKeREDHAan adalah hak mutlak Allah swt. Dia akan anugerahkan kpd insn2 pilihanNya, bersyukurlah sekiranya kita adalah insan yg terpilih itu.. namun jika tidak, mk berusahalah sekuat tenaga demi RedhaNya.. itulah jalan MUJAHADAH yg wajibinsan tempuhi bilamana diri sendiri belum pun punya semua MAHMUDAH itu.. Insya'Allah.. semoga Allah memberikan nikmat tiga RASA itu kpd ht2 kita, amin...

Bila kita sedar sahabat kita sedang di uji, apa yg perlu kita lakukan adalah terus-teruslah mendoakannya.. disamping mengingatkannya kepada janji Allah bagi orang-orang yang sabar.. ingatkan dia, bahawa semua ini ujian yang hanya sementara.. katakan lagi kepadanya bahawa setiap insan pasti di uji.. Allah mahu melihat sejauh mana hamba-hambaNya menyikapi ujian dari Nya itu.. belailah dia dengan kata lemah lembut, katakan padanya, "bersabarlah dengan sabar yang terindah.. Allah sedang mengujimu.. Allah bersamamu, yakinlah.." Insya'Allah, itulah bukti kaseh sayang kita kpd nya kerana Allah.. insya'Allah..  

wallahu a'lam.. sebarang penambah baikkan sangat di alu-alukan. Mungkin ada fakta yang ana sendiri terlepas pandang untuk menyisipkan, tugas andalah melengkapnya insya'Allah ^^

Semoga ukhuwah yang terjalin makin intim dalam Rahmat Kaseh Sayang-Nya serta Redha-Nya, insya'Allah.. Amin..


p/s: ukhti yang dikasihi kerana Allah, maafkan ana atas semua khilaf yang pernah terjadi tanpa sedar telah melukakan antum.. Maafkan ana ukhti, ana uhibbukifillah.. Jangan pernah meninggal pergi seakan menjauh dariku kerana ana sangat perlu pada huluran tangan antum semua, dalam menapaki hidup ini. 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca