Didik Al Quran

Wednesday, May 22, 2013

Jatuh Bangun Hamba Tuhan



Jatuh bangun IMAN
Membuatkan mata membasah kerananya
Hati resah tiada penyudah
Rintihan memecah kesunyian hati

Demikianlah kebiasaan seorang hamba
hamba bernama insan
Tiada kekuatan mahupun kemampuan
Semua kudrat milik Tuhan

Jatuh bangun Insan
terletak pada iman
Lemahnya iman menghinakan insan
Kuatnya iman memuliakan insan

Hanya Iman yang mampu mendekat mahupun menjauhkan
jarak insan dengan Tuhan
Taubat dan taubatlah
Kerana diri saban saat berdosa

Taubat memutihkan yang hitam
Menerangi kegelapan
membuang kotoran menjadi bersih
hina menjadi mulia


--

~ Yazidul Iman sentiasa menjadi buruan~
Musafir Dunia
21052013 | 12.28 a.m

p/s: Kuatkan Iman hamba wahai Allah yang Maha Rahim

2 comments:

Ulasan Pembaca