Si cilik ini berusia 6 Tahun telah khatam Al-quran pada awal usianya Alhamdulillah. Ditemani ibu beliau ketika majlis khatam Quran. Allah rahmati kalian, amin |
Bismillah..
Alhamdulillah syukur dengan Rahmat Kasih-Nya telah mengaturkan diri yang lemah ini menghadiri satu majlis yang indah yang di sana berkumpulnya para malaikat dan orang-orang yang memuliakan al-Quran. Majlis ini bagi menghargai usaha anak kecil ini mempelajari al-Quran dan telah khatam di awal usia. Subhanallah tabik spring diberikan kepada kedua ibu bapa beliau kerana berjaya mendidik anak dengan Al-Quran.

Saat si cilik memulakan majlis, subhanallah.. Tersenyum ana dibalik sehelai kain. Tanpa sedar air jernih merembes di anak mata, kagum. Bacaannya tartil, bertajwid dan dengan makhraj yang betul.. Memimpin majlis, subhanallah.. Sekecil ini sudah mampu dan layak menjadi imam, mengimami solat. Kerana ciri imam yang paling baik adalah yang paling baik bacaannya. Inilah generasi yang patut diwujudkan oleh ramai lagi para ibu bapa di luar sana.
"Tahniah3! Macam mane mendidik anak boleh khatam seusia awal begini?" tanya seorang tetamu kepada si ibu saat menemani si cilik bersalaman dengan tetamu yang hadir.
"Banyak sabar" Ringkas jawab si ibu dengan senyuman yang meniti dibibirnya
No comments:
Post a Comment