Dengan Nama Allah yang Maha Santun..
Longlai tubuhnya menghayun langkah namun digagahkan juga untuk berdiri dan terus berjalan. Biarpun dirinya nampak bersahaja tampak pada riak tubuh zahirnya, namun batinnya hanya Allah sj yang Maha tahu..
"ya Allah.. Ampunilah aku.. Aku tak mampu ya Allah.. Aku tak mampu.." merintih sendirian berteman dengan lilihan air mata yang mengalir deras.
Kenderaan pacuan empat roda meluncur laju di lebuh raya utara selatan. Pemanduannya dengan kelajuan 120 km/j namun jiwa dan raganya tidak fokus kepada pemanduannya. Hatinya bagai dihiris belati yang tajam yang baru saja di asah dengan limau. Sakit yang amat dirasakan.
"Ya Allah, jiwaku benar2 sakit menghadapi keadaan ini" rintihnya sendirian bertemankan air mata yang tidak jemu mengalir deras di pipinya..
* * *
"Ila dah xde baju dah nak pakai, cume baju ni je satu" tegas mahu memakai pakaian yang dipakainya.
"Xpe baju Mak Ani ada, pakai baju mak Ani aje lah" bicara Mak Ani memujuk Ila gadis belasan tahun agar tidak mengenakan pakaiannya yang seksi untuk dihantar pulang ke rumahnya.
"Ala.. Taknak! Nak pakai baju ni jugak! Ila bukannya keluar pun, Ila duduk dalam kerete je lah.." Bantah Ila
"Janganlah macam tu, Ila kan dah baligh. Pakaian tu tak tutup aurat, berdosa.." Mak Ani masih dengan keputusannya.
"xnak!" Ila protes
"Kalau Ila xmahu pakai Jubah ni, Mak Ani xnak hantar Ila balik.." tegas mak Ani sambil memberikan jubahnya kepada Ila. Ila dan mak Ani tak jauh beza saiz tubuhnya.
"Yelah!" Ila mengalah.
Mak Ani tersenyum puas.
"Alhamdulillah" bisik hatinya mengungkap syukur.
Perjalanan pulang tidak sama suasananya sewaktu perjalanan pergi. Suasana sepi dan Ila mati bicara. Mungkin hatinya membungkam geram. Tiba-tiba terlihat Ila terlentuk di kerusi, tertidur. Mak Ani meneruskan perjalanan dengan tiada teman berbicara.
Sesampainya di perkarangan rumahnya ia terus tersedar dari lenanya. Bagai dapat hidu akan bau rumah yang dirindu.
Nenek Ila menjamu Mak Ani sedikit hidangan. Mak Ani melabuhkan punggungnya sambil berbicara dengan nenek Ila. Sedetik kemudian, muncul Ila dari biliknya mengenakan pakaian putih sendat, berlengan pendek berseluar 'legging'. Pilu sungguh hati Mak Ani hanya Allah yang tahu.
"Mak Ani, hantar Ila ke kedai. Mak Ngah minta Ila ambil motor die" pinta Ila tanpa segan silu
Kelihatan nenek Ila kurang senang melihat cucunya berpakaian sebegitu didepan Mak Ani yang cukup disegani. Tetapi tidak pula Ila. Tiada malu seperti sebelumnya sewaktu mula bertemu dengan Mak Ani. Kini Ila makin menunjukkan siapa dirinya sebenar.
Mak Ani tidak dapat berbuat apa. Apa yang mampu dituruti saja. Namun hatinya menangis semahu-mahunya menunggu masa untuk dirembes keluar.
"Pergi dulu ye Teh" Mak Ani mengundur diri untuk pulang sementara Ila ada bersamanya untuk dihantar ke kedai seperti yang dipinta sebelumnya.
Sepi tanpa bicara. Segalanya bungkam.
Setibanya di kedai, Ila tanpa segan silu menghulurkan tangan bersalaman dengan Mak Ani dan menghayunkan langkah menuju kedai tersebut dengan pakaian yang ketat dan menjolok mata. Pilu hati Mak Ani melihat gelagat Ila, hatinya bagai ditoreh-toreh dengan pisau.
Air mata yang sebelumnya ditahan-tahan kini tumpah mencurah-curah tiada hentinya.
* * *
"Ya Allah sungguhku lemah dan tidak berdaya. Ku tak mampu untuk membimbingnya. Bimbinglah dia ke jalanMu. Aku benar2 tidak mampu ya Allah.." Rintih Mak Ani sambil memandu pulang. Hiba sangat hatinya dengan cara dan sikap Ila yang bangga dengan dosa.
Mak Ani jatuh sakit.
Mak Ani sedar dirinya masih belum mampu untuk menghadapi madu' yang bermasalah. Tindakannya kini berubah arah. Dia tidak lagi mahu berhadapan dengan Ila, dia tidak mampu untuk menhadapi si gadis liar itu. Yang hanya mampu adalah dengan menggunakan medium yang dapat menghubungkannya dengan Ila melalui doa, SMS, surat dan 'facebook'
* * *
"Astaghfirullah T_T" Tersentak pilu Mak Ani melihat gambar2 yang di upload Ila ke laman media sosial fb.
"Innalillah T_T Ya Allah. Kasihanilah dia, bimbinglah dia" rintih Mak Ani sendirian apabila melihat gelagat Ila d fb. Sedih yang amat.
Mak Ani terasa sangat malu dengan gambar2 Ila. Ia secara langsung menjejaskan biah solehah yang telah sekian lama Mak Ani jaga di dalam fb nya. Hatinya terdetik mahu 'unfriend' Ila namun dalam masa yang sama kasihan kepadanya kerana jika bertindak demikian siapa lagi yang akan menegur Ila. Dilema.
Mak Ani memberi masa kepada dirinya sekaligus memberi peluang kepada Ila. Dalam masa yang sama, Mak Ani cube memberi nasihat demi nasihat, teguran demi teguran apa yang patut di fb Ila. Namun ternyata ianya tidak sedikit pun membuatkan Ila terkesan malah bangga dengan dosa yang diperbuatnya. Dia kelihatannya sangat gembira dengan komen-komen lelaki. Tahulah Mak Ani bahawa Ila tidak sedikitpun merasakan keberadaannya malah tidak menghiraukan semua teguran Mak Ani. Pilunya hati Mak Ani bukan kepalang. Kepada Allah di adukan semua duka.
"Maafkan Mak Ani, Ila. Mak Ani terpaksa unfriend Ila. Mak Ani hanya boleh bantu dengan doa setakat ini T_T Ampunilah hamba ya Allah sungguh hamba lemah ya Allah.." rintih Mak Ani sendirian.
* * *
Andai sahabat pembaca pernah menghadapi madu' yang bermasalah, kongsikan pengalaman anda di sini. Insya'Allah mudah-mudahan ianya memberi manfaat dan membantu kita semua untuk menghadapi para madu' yang bermasalah. Ye mungkin kita sudah biasa hadapi madu' yang baik dan tidak banyak kerenah, tapi bagaimana dengan mereka yang bermasalah ini untuk kita hampiri dan dekati. Kongsikannya demi ummah. Syukran
No comments:
Post a Comment