Bismillah..
Sebagaimana yang telah ana janjikan sebelum ini dalam entri 'Bercinta nak keluar rumah', ana akan kongsikan kepada anda bagaimana pergaulan wanita yang hamil sangat berpengaruh kepada bayi dalam kandungan. Entri yang ana bawakan kali ini adalah hasil pembacaan yang dilakukan daripada sebuah buku yang bertajuk 'Melahirkan Bayi Genius Akhir Zaman'. Buku ini tidak terdapat di kedai-kedai buku kerana ianya merupakan e-book yang dibeli secara online. Alhamdulillah sangat bermanfaat dalam usaha melahirkan bayi genius yang cinta Al-Quran. Mudah-mudahan Allah mudahkan jalan untuk mencapainya, Allahumma amin..
Menurut
seorang penyelidik, Robert Moss, "Kanak-kanak dalam kandungan
berkomunikasi bukan sahaja dengan ibu, tetapi juga dengan orang-orang
yang diterima oleh ibu mereka sebagai ‘selamat dan boleh didekati’ atau
‘bahaya dan perlu dijauhi’ dalam persekitaran ibu mereka itu sepanjang
kehamilan”. Maka ibu hamil sangat perlu berhati-hati dalam memilih orang luar dalam pergaulan kita
sehari-hari. Mereka ini memberi peranan sebagai pencetus kepada mesej
yang akan disampaikan oleh otak kita kepada bayi dalam memilih orang
yang bagaimanakah yang patut dihampiri bila mereka membesar kelak. Jadi
perlu ada penapisan yang jelas yang kita katakan kepada diri kita
sendiri dan bayi dalam membuat pemilihan. Ini bukan sahaja akan memberi
manfaat kepada ibu tetapi juga dalam mendidik bayi membentuk jiwa mereka
yang cinta untuk menghampiri orang-orang soleh-solehah dan menjauhi
orang yang sebaliknya.
Ikut pepatah bahasa Inggeris. “Birds of the same feather flock together.” Maksudnya jika berkawan dengan orang yang suka ke surau dan masjid, kita akan terikut kerana ajakan dan cerita mereka untuk kesana; tetapi jika berkawan dengan orang yang suka mengumpat dan memfitnah lama kelamaan kita juga akan jadi pakar dalam mengumpat dan memfitnah seperti mereka.
Sufyan Astsaury berkata,
“Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
Dengan itu, wanita hamil harus berhati-hati dalam memilih nilai luaran atau orang luar untuk bersama atau untuk dijadikan teman. Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Telah bersabdanya Rasulullah s.a.w. sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, “Seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.”
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, "Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya yang tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis lain yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Rakan ketika gembira dan ketawa memang senang ditemui. Sejujurnya bukan senang untuk mencari kawan yang baik. Memilihlah jika kita mahu bersahabat kerana Allah. Allah s.w.t berfirman dalam az Zukhruf, ayat 67 yang bermaksud;
“Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan iman dan soleh”.
Justeru itu kita sendiri hendaklah menjadi sahabat yang baik kepada rakan kita dan berharap mereka juga begitu.
Penyakit berkawan jika tidak kerana Allah s.w.t. akan menimbulkan penyakit-penyakit yang akan menular kepada penyakit hati dan menghitamkannya.. Lebih parah iaitu penyakit mengumpat.
Menurut Imam al Ghazali perkara yang menyebabkan manusia suka mengumpat antaranya:
1. Untuk memuaskan hati
2. Pergaulan yang tidak sihat
3. Menunjuk-nunjuk kelebihan, kemegahan dan keistimewaan diri
4. Hasad, dengki dan Iri hati
5. Menghadiri majlis gelak ketawa
6. Sifat takabur dan bongkak
1. Untuk memuaskan hati
Kerana marah, cemburu dan dengki maka disebut-sebut orang yang dimarah itu mengumpat untuk memuaskan hatinya. Jiwanya sudah tidak dikendalikan oleh jiwa agama. Menurut Imam al Ghazali, kedengkian yang menyebabkan dendam kesumat dan kemarahan itulah pendorong perbuatan mengumpat.
2. Pergaulan yang tidak sihat
Kerana tidak mahu digelar ‘anti sosial’ maka kita terus mendengar sesi mengumpat orang yang dimarah oleh sahabat kita. Tanpa sedar kita pula menunjukkan rasa simpati dan terjebaklah dalam dosa mengumpat tanpa mengetahui apa cerita yang sebenarnya.
Kerana tidak mahu digelar ‘anti sosial’ maka kita terus mendengar sesi mengumpat orang yang dimarah oleh sahabat kita. Tanpa sedar kita pula menunjukkan rasa simpati dan terjebaklah dalam dosa mengumpat tanpa mengetahui apa cerita yang sebenarnya.
3. Menunjuk-nunjuk kelebihan, kemegahan dan keistimewaan diri
Orang yang sombong dan angkuh akan merendahkan orang lain dengan mengadakan satu ‘story board’ (penceritaan) supaya orang lain percaya bahawa merekalah yang baik dan berkelebihan.
4. Hasad dan Iri hati
Apabila perasaan ini bersarang dalam hati , timbul rasa tidak senang bila orang lain pula dipuji, disanjung atau dimuliakan. Hati yang penuh hasad dan dengki akan mendorong seseorang melihat kelebihan dan kelemahan diri tetapi sebaliknya sangat berminat dengan melihat kekurangan dan kesilapan orang lain untuk diwar-warkan kepada orang ramai.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya, hasad dengki akan menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan kebaikan yang dilakukan seumpama api yang membakar dan menghanguskan kayu” Riwayat Abu Daud)
5. Menghadiri majlis gelak ketawa
Majlis seperti ini akan mendorong seseorang cuba sedaya upaya menimbulkan gelak tawa orang lain hingga tanpa sedar telah menggunakan keaiban orang lain bagi menjadi popular di mata orang ramai.
6. Sifat takabur dan bongkak
Sifat ini dan sifat sifat negativ seumpamanya adalah sifat yang diusahakan oleh syaitan yang sentiasa kreatif menghasut dan menggoda manusia supaya mengingkari Allah s.w.t.
Perkara ini akan menyebabkan hati yang tidak akan pernah puas, sentiasa sakit hati dengan orang lain dan akhirnya akan menyebabkan tekanan dan kemurungan pada diri sendiri. Bila diri berada dalam tekanan dan kemurungan, mustahil seorang wanita itu akan memikirkan kesejahteraan bayi dalam kandungannya.
Sudah tentunya semua ini akan mengganggu janin dalam kandungan dengan memberi kesan yang negatif. Ubah dengan melakukan perkara dibawah :
1. Dekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2. Carilah kawan yang solehah. Kawan mempunyai sifat yang mudah “menular”. Jika kita dikelilingi orang yang memiliki cara pandangan yang positif, bersemangat dan optimis, maka kita juga akan memiliki kecenderungan untuk meniru sifat tersebut. Selalulah berada dalam lingkungan mereka yang memberi manfaat dunia akhirat.
3. Berhenti menumpukan perhatian hidup anda pada sesuatu yang bukan milik anda. Pandang dengan penuh kesyukuran apa yang anda miliki. Contoh: kesihatan yang baik, suami yang bertanggung jawab dan keluarga tersayang.
4. Visualisasikan apa yang anda impikan.. hidup yang tenang, rumah tangga yang sakinah dan mawaddah, bahagia dengan anak yang didik dengan usaha sendiri yang bijak dan terkehadapan.
1. Dekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2. Carilah kawan yang solehah. Kawan mempunyai sifat yang mudah “menular”. Jika kita dikelilingi orang yang memiliki cara pandangan yang positif, bersemangat dan optimis, maka kita juga akan memiliki kecenderungan untuk meniru sifat tersebut. Selalulah berada dalam lingkungan mereka yang memberi manfaat dunia akhirat.
3. Berhenti menumpukan perhatian hidup anda pada sesuatu yang bukan milik anda. Pandang dengan penuh kesyukuran apa yang anda miliki. Contoh: kesihatan yang baik, suami yang bertanggung jawab dan keluarga tersayang.
4. Visualisasikan apa yang anda impikan.. hidup yang tenang, rumah tangga yang sakinah dan mawaddah, bahagia dengan anak yang didik dengan usaha sendiri yang bijak dan terkehadapan.
Menurut Robert T. Kiyosaki dalam memilih kawan, pemilihan kawan adalah penting jika seseorang ingin kaya dan berjaya. Bila kita fokus ke satu usaha, secara automatik kita mempunyai aura untuk menarik kawan-kawan yang sama fokus dengan kita.
"If you want to be rich, choose your friends carefully. It's important to be friends with the right people. Many people will find that, as they get richer, the friendships that they had before also change. If you're rich, it's harder to be friends with people who are adverse to money, business and investing. It's simply a matter of different focuses in life.” (Robert T. Kiyosaki)
Walau bagaimanapun, untuk mencari kawan yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. tidak semudah mencari kawan ketawa.. Syaitan akan cuba untuk memesongkan kita dengan mendatangkan kawan-kawan yang akan melarikan fokus itu.
Ya Allah lindungilah diriku, zuriat keturunanku daripada kawan-kawan yang menjauhkan kami dari Mu, dan hampirkanlah orang-orang soleh kepada kami agar Cinta-Mu tetap subur dalam sanubari kami, Allahumma amin..
No comments:
Post a Comment