Didik Al Quran

Monday, August 6, 2012

Sapaan 'Penipu'

Boleh kenal?

Dengan Nama Allah yang Maha segalanya. Allahu akbar..


Alhamdulillah, syukur masih diberi pinjam nyawa untuk kesekian kalinya. Allahu akbar. Namun kita sering alpa untuk mensyukuri NIKMAT-Nya ini, astaghfirullah.. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita lantaran kealpaan dan kelalaian yang kita lakukan dalam kehidupan sehari-hari kita, amin.

Innalillah, saban waktu dan ketika kita saksikan di dada-dada akhbar sangat menyedihkan hati. Lantas berkeputusan untuk TIDAK membaca 'paper' kerana banyaknya paparan yang membuat hati menangis merintih dalam kesedihan yang tidak berkesudahan. Innalillah. Berita yang sangat menyedihkan hati apabila ramai para wanita yang tergadai maruahnya oleh kerana lelaki. Astaghfirullah.. Inilah PENYAKIT akhir zaman, KRISIS IMAN dalam hati. IMAN sakit, bukan sahaja sakit malah sudah TENAT.

Duhai para muslimah yang dikasihi sekalian, janganlah mudah terpedaya dengan LELAKI yang menghulurkan salam PENIPU kepada kalian. Bagaimana nak kenal? Jawapannya mudah saja. Pertama sekali bina hubungan intim dengan Allah, dan Allah akan berikan 'rasa' di hati anda saat anda melakukan hal yang Allah tidak suka. Bagaimana rasanya? Berbagai ukhti, mengikut diri masing-masing dan bagaimana rasa yang Allah anugerahkan. Ada yang rasa hatinya sakit sangat secara 
tiba-tiba. Jika anda sudah dapat rasakannya, maka JAGA dan RAPIkanlah hubungan dengan Allah agar ianya makin UTUH dan TEGUH, insya'Allah.

Sebagai pengajaran dan pedoman semua, insya'Allah kali ini sukacitanya ana bawakan dialog sapaan 'penipu' kepada anda sebagai langkah berhati-hati dan waspada dengan TEKTIK para PENIPU di luar sana. Ini adalah kisah benar (gangguan telefon) bukan rekaan. Semoga anda mendapat manfaat dan pencerahan dalam bertindak insya'Allah. 

tut.. tut.. Isyarat mesej masuk..

Lelaki: Umur awak bape?

Peliknye! Salam pun xde, tetibe jek ckp mcm tu! 

Mesej balas di taip.
Perempuan: ?

tut.. tut.. Isyarat mesej masuk..

Lelaki: Saya ingin berkenalan nan awak umur awak ape?

Merepek! Allah.. Ujian sebegini tak pernah hentinya, apakah aku belum lulus ujian seumpama ini ya Allah.. Malas layan..

Tiba-tiba...
"laukana bainanal habib...." Isyarat deringan hp berbunyi. Ada call. Capai dan lihat skrin. 

Macam no td je ni. Astaghfirullah. Beraninya kamu! hmm mungkinkah seorang perempuan? 

Mesej di taip. 
Perempuan: Salam ukhti, Cari siapa ye? Dari mana dapat no hp sy?

tut.. tut.. Isyarat mesej masuk..
Lelaki: Saya bukan aunti lah saya abang lah saya orang baik saya ingin tahu umur awak

Lailaha illallah.. Merepeknye! Allah.. sebut nti pun salah! Mengarut!

Mesej di taip.  
Perempuan: Orang baik BUKAN begini caranya. Nak berkenalan dengan suami saya?

Lelaki: xpelah saya silap, ingat kawan saya lagi satu. okey by.

Tahu takut, kecut! Allahu akbar.. Dasar penipu, kalau kawan knp lah tanya umur dan siape di awalnye? ish3! penipuan.. Penipuan.. Ini satu lagi tektik-tektik mereka rupenye.. Tektik mengurat dan merosakkan kaum wanita! Innalillah.. Astaghfirullah.. Allahu akbar..

Ini mungkin cara org awam, tidak perlukan DALIL sebagai hujjah seperti sebelumnya dalam 
 'Salam Nakal'. Semoga Allah selamatkan kita daripada kejahatan makhlukNya yang jahat dan bertopeng. Dan semoga Allah memberikan taufik kepada mereka yang menjadikan diri mereka agen peROSAK agar kembali ke jalan-Nya. Amin.

wallahu a'lam...

2 comments:

  1. :-)

    Yep, pernah beberapa kali dapat sms sebegini. Sejak 10 tahun lalu hingga kini. hmmmm..... wat donno ajer. Bo layan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. sesekali KENEkan mereka.. Sekurang-kurangnya kita telah memainkan peranan kita demi Islam dan Iman yg kita miliki, insya'Allah..

      Delete

Ulasan Pembaca